Berdemonstrasikah Mahasiswa PAS Apabila Tiada Disuruh?

Ketawa berdekah-dekah penulis melihat aksi-aksi PAS menentang kenaikan harga minyak. Tiada cadangan dan penyelesaian yang konkrit. Asyik-asyik protes dan demo. Seolah-olah paksi pemikiran mereka sejak dari zaman mahasiswa sehingga jadi Tuan Guru pun masih lagi berputar di khatulistiwa bernama demonstrasi dan memorandum. 5 minggu diberikan masa oleh Protes supaya kerajaan mengurangkan harga minyak. Itu sahaja yang termampu.

Penulis suka membayangkan bagaimana keadaan PAS memerintah nanti. PAS  berangan-angan kononnya hendak menjadi pemerintah. Ada “ustaz” (ada yang taksub sehingga meletakkan manusia ini sebagai ulamak tersohor dunia!)yang mencadangkan cara menghapuskan riba kepada mahasiswa adalah dengan cara organisasi berkenaan “menyewa” tempat pelajar tersebut di universiti ataupun kolej.

Kemudiannya, organisasi pinjaman tersebut bolehlah mengIslamkan riba tersebut dengan memajakkan tempat tersebut kepada mahasiswa dengan kadar yang “fleksibel” dengan aqad ijarah yang kononnya akan dibayar selepas tamat pengajian . Dalam bahasa marhaennya, jika yuran pengajian dan sara hidup itu berjumlah RM 36,000, maka organisasi itu akan “menyewakan” penempatan tersebut RM 60,000 kepada mahasiswa itu.Mahasiswa tersebut selepas bergraduasi akan membayar RM 60,000 kepada organisasi itu sebagai bayaran hutang. 

Bijak benar ustaz tersebut, dan eloklah dilantik beliau menjadi Pengerusi PTPTN untuk menyelamatkan dosa riba mahasiswa. Dalam soal ini, kita akan tengok bagaimana mahasiswa pembangkang mahu menjawab persoalan ini. Bagus benar dikatakan Ustaz itu telah bertindak di dalam Harian Metro. “Dicabar” kononnya mahasiswa, bila lagi? Oleh itu, mahukah mahasiswa ingin juga membayar lebih sebegini melalui sistem yang kononnya selamat dari riba ini? Mungkin Ustaz tersebut dengan pemujanya tidak pernah membeli belah di Mydin nampaknya.

Begitulah jua dengan kes harga minyak naik. Apakah suatu organisasi yang kaderisasinya memaksa peserta tamrin mereka makan nasi talam dengan ikan kering ini mampu meningkatkan taraf hidup rakyat? Kononnya, ini akan membuatkan kader mereka kuat dan berdaya tahan. Maka, janganlah hairan, jika Parti ini naik memerintah, akan disuruhnya rakyat makan nasi talam kosong berlaukkan ikan kering dan budu jika harga minyak naik. Beginilah cara hidup yang akan mereka cadangkan kerana mereka tidak mampu berfikir lebih melainkan protes dan ikat perut sewaktu tamrin. Itu sahaja, tiada lebih.

Dan malang sekali, mahasiswa JIK yang dilatih makan nasi talam dengan ikan kering ini. Sehingga artikel ini ditulis. PMIUM, PMN, GAMIS dan segala macam bayang-bayang yang direka JIK ini belum lagi mengadakan demonstrasi. Hairan dan takjub. Pertubuhan yang matang dalam demonstrasi ini belum lagi mengangkat jarinya pun. Apakah yang sebenarnya terjadi, tidakkah sepatutnya mahasiswa agen perubahan mengikut tafsiran golongan ini?

Tidak lain dan tidak bukan, bahawa mereka ini hanyalah alat PAS. Punat-punat handset Pemuda PAS belum lagi memetik nombor telefon amir Jamaah Islam Kampus. Oleh itu, tiadalah ahli mesyuarat kampus yang terdiri daripada exco jamaah yang dipanggil ke rumah jamaah lagi untuk mendengar arahan dari Pemuda PAS. Siapa yang bakal menjadi tukang karut demosntrasi kali ini belum lagi diatur.

Arahan-arahan dari rumah jamaah pusat belum lagi disampaikan kepada mas’ul-mas’ul di kolej-kolej dan rumah-rumah sewa untuk berkumpul. Samada di Masjid Ar Rahman, Masjid Negara ataupun Masjid Jamek yang akan menjadi mangsa. Siswi-siswi yang terpedaya dengan jejaka yang hangat di PASaran ini pula bagaimana hendak disusun dan “diselamat”kan selepas FRU menyuruh bersurai?

Perkara-perkara ini belum berlaku. Belum berlaku kerana PMN dan PMI masih terigau dengan tuntutan bai’ah serta wahdatul amal dan wahdatul fikr mereka dengan Pemuda PAS. Oleh itu, mereka tidak termampu berfikir dan berdiri dengan sendirinya walaupun itulah yang mereka tuntut-tuntut dan mereka bisingkan selama ini. Oleh itu, jika manusia-manusia ini berdemonstrasi pada minggu hadapan seperti cadangan Pemuda PAS di dalam Harakahdaily hari ini, maka tepatlah apa yang dinyatakan oleh penulis. Dan, harapnya janganlah mahasiswa terpedaya dan terjebak dengan hasutan manusia-manusia ini.

Maka, tidak perlulah mahasiswa dan rakyat serahkan negara ini kepada mereka yang dikaderkan dengan nasi talam kosong berlaukkan ikan kering ini, kerana jika harga minyak naik nanti di zaman pemerintahan mereka (harap-harap jauh panggang dari api), kita akan disuruh makan makanan sebegitu pula. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: