Cerpen Santai hari Ini: Riwayat Hidup Bekas Pemimpin Jamaah!

Dipetik dari Akhbar Mahasiswa

Nukilan-Subky Rais

Ceritanya bermula sewaktu sang Amir masih berada di kampus. Sangat gemilang, cemerlang, terbilang namanya. Sohor sungguh dirinya. Zakaria namanya. Perlantikannya kontroversi sekali. Sehingga ramai yang boikot akan dirinya di kalangan orang yang sebaya dengannya. Tetapi, itulah nasibnya. Kontroversi, sensasi dan jomheboh sifatnya.

Lalu, naiklah si Zakaria. Memerintah jamaah Islah dan Usrah di kampus.  Nasib baik di bawahnya budak-budak junior yang masih tongong dan bangang, tidak seperti yang satu lapis dengannya. Peluang untuk lebih glamor bagai ulam dicita,maka jadilah revolusi. Zakaria tak berani guna nama sebenar di pentas Parti Cap Bintang Malam. Di pentas Parti Sabit Bengkok Dua pun dia tak berani. Dia guna nama Zaharul. Konon pejuang Islam, tapi takut SB lebih dari takut Mungkar Nakir.

Cita-citanya hendak ditahan ISABELA sama macam Azhar Ismail pasal Azhar Ismail di zaman mahasiswa samseng, dialah kepala taik paling besar. Mana tahu, nanti ada buku mahasiswa yang tulis namanya, Zakaria Pemimpin Mahasiswa Menjelang Abad Baru. Hasratnya, lepas keluar ISABELA pasal sokong revolusi, boleh masuk politik.Revolusi, air liur basi, nasi basi…meleleh keluar dari mulut Zakaria.

 
Malangnya, hasrat Zakaria tak kesampaian untuk jadi gelamor lebih dari Azhar Ismail. Untuk sambung agendanya supaya gelamor dalam politik, terpaksalah ceramah di sana dan sini. Akhirnya, dapatlah jadi machai politik bekas tukang jual air liur yang kaya raya. Bolehlah beli kereta baru buat usung bini yang cun, tak macam kawan-kawan yang masih bermotosikal cabuk.

Tapi, tukang jual air liur pun lama-lama papa kedana. Dulu ya, sebab Tukang jual air liur kroni pencetus revolusi. Sekarang cuma tinggal air liur basi. Shit. Aku kena cari peluang lain. Jadi, mulalah Zakaria mengorak langkah. Ya, nak jadi orang hebat macam Tukang air liur mestilah sekurang-kurangnya jadi Tuan Sarjana. Sambunglah si Zakaria mengaji di Universiti Timur Tengah.

Cop Universiti di Timur Tengah mesti kena ambil. Apa kelas jadi Ustad lulusan Universiti Tanah Melayu. Shahadah mau kena gelek juga dengan cop tangan Tok Arab. Nanti, masuk politik, pemimpin Parti Cap Bintang Malam mesti tabik punya, kalau takat ustad lokal, buang masa sahaja.

 
Ya la, lulusan Universiti Tanah Melayu dan suku sakatnya baca Arab pun merangkak, cakap bahasa Nabi macam bangla baru masuk kerja restoran mamak cakap Melayu sahaja. Presiden Parti yang bertahun-tahun belajar di Mesir dan Madinah pun bila kena interview stesen Tok Arab pun nyaris terkencing dalam jubah. Ini yang Zakaria tak mahu. Zakaria bukannya bodoh.

Zakaria nak maintain gelamornya. Biar jasad di Tanah Arab, tapi mindanya masih bergema di tanah air. Ilmu kelentongnya digunakan sehabis mungkin, rajinlah dia menghantar fatwa dan pendapat. Sukalah orang Parti Cap Bintang Malam bila baca fatwa Zakaria di internet. Gelamor nak mampus. Kembang hidungnya, rasa macam Yusuf Qardawi pun ada. Kadangkala, macam Yusuf Kera Dawi dan Yusuf Labi labi pun ada. Kembang kempis hidungnya.

Datanglah Presiden Parti Cap Bintang Malam ke Kawasan Timur Tengah. Zakaria jadi kepala budak-budak parti tu pun bertambah kembang. Hidung dan mulut bertambah kembang sehingga meleleh air liur dan air hidung. Ada can jadi exco balik nanti, kata hati nurani Zakaria. Budak penjaga ketuanan Melayu yang jadi musuh azali Cap Bintang Malam ini sedikit sahaja di negara Timur Tengah. Apa macam kita lanyak budak-budak penjaga ketuanan Melayu ini macam Israel bantai Palestin untuk tunjuk machonya kita?

Untuk tunjuk jagoannya, lebam-lebam mata budak-budak Ketuanan Melayu kena belasah. Masuk akhbar, masuk internet. Polis Timur Tengah dan Tanah Melayu mula mencari dan menyiasat, tapi Ariel Sharonnya masih terlepas. Lega hati Zakaria. Tapi, namanya naik sebagai penghasut, selamat sahaja si Zakaria kerana tiada bukti bertulis. Kalau tidak, naya!

Pulanglah Zakaria ke tanah air selepas bergelar Tuan Sarjana. Kerja sana, kerja sini. Tapi, kena low profail. Pasal orang masih ingat kes bantai itu tadi. Jadi penceramah di masjid sana, jadi penceramah di masjid sini. Kena kurang sikit garangnya, tak macam zaman revolusi, air liur basi, nasi basi. Sekarang orang sokong parti Ketuanan Melayu, bukan macam zaman Azhar Ismail kena pecat. Orang dah tak sokong lagi revolusi, nasi basi, roti basi.

 
Buatlah Al Fadhil Ustad Zakaria program sana dan sini cari makan. Alhamdulillah, dapatlah Ustad Zakaria sikit fulus. Lagi nasib baik, kabel ustad kat TiVi17 panggil. Bodoh juga orang kat Tivi 17, boleh ambil kroni usrah Cap Bintang Malam kerja. Ini peluang Ustad Zakaria. Kembang lagi hidungnya, mana ada amir usrah masuk Tivi 17, masuk warta perdana pulak tu. Gelamor habis.

Zakaria tak puas hati. Duit adalah, tapi tak banyak. Orang politik mesti ada banyak wang. Orang kata masuk parti Ketuanan Melayu boleh jadi kaya. Tapi, Ustad Zakaria tak mau kena kutuk dengan budak-budak usrah.Maklumlah orang masih sebut nama Ustad Zakaria, pemimpin usrah Universiti Tanah Melayu yang paling gelamor. Meleleh juga air liur terkenangkan senior-senior yang dah masuk Parti Ketuanan Melayu. Ada yang sudah jadi Datu Patinggi. Meleleh air liur sampai mengigau malam-malam.

Tiba-tiba, Karlsburger cap arak terkenal dunia mahu lancarkan minuman halal baru. Tak mabuk, minuman berasaskan malta. Karlsbuger ada kilang buat arak kat Tanah Melayu. Orang Timur Tengah kata khamar. Karlsburger tahu orang Melayu takkan beli minuman tu, pasal Karlsburger dah lama jual arak. Tauke Karlsburger fikir kita mesti tubuh panel syariah. Kalau ada ustad dan panel syariah dalam kompeni, mesti orang Islam kat Tanah Melayu beli punya. Baru laku.

Ada salah seorang pengarah urusan dalam Karlsburger rajin dengar Ustad Zakaria kat masjid. Ditulisnya surat jemput Ustad Zakaria jadi panel syariah Karlsburger. Lagi pun katanya Musa Deng, ustad terkenal yang boleh halau hantu dan polong Tanah Melayu pun kata minum malta halal.Apa salah kerja dengan Karlsburger kat seksyen halal?

Dengan kembang sebab tengok gaji yang diberi Karlsburger, Ustad Zakaria jadi Panel Syariah Karlsburger seksyen Malta, minuman Islam. Semuanya halal. Sengih Ustad Zakaria. Lalu berkempenlah Ustad Zakaria di internet,suratkhabar dan lain-lain,macam-macam ada, untuk menghalalkan produk minuman Islamnya.Sampai keluar forum, Minuman Malta: Halal Dan Haram.

Keluar pula di radio. Kroni Ustad Zakaria ramai di radio Islam, jadi kabelnya pun diguna untuk gelamorkan minuman halal buatan Karlsburger. Berangan Ustad, naiklah gaji aku nanti bila orang pakat-pakat ambil Malta dengan pakej-pakejnya sekali. Dalam sesi tu, sempat kempen lagi, sambil komen orang yang tak mahu minum Malta Karlsburger,” Ana pun minum jugaakkk!!!”.Sambil meneguknya di depan deejay radio Islam. Glurrpp, glurrpp, glurrpp! Bangga sambil sendawa tinggi. Burrp!

Sekarang, tibalah masanya untuk sesi soal jawab melalui telefon.

“Ustaz, saya nak tanya. Apa hukumnya bekerja di satu institusi perbankan yang ada riba tetapi saya bekerja di kaunter yang tiada riba? Halalkah rezeki saya?”

Ustad Zakaria menjawab lagi cepat dari Power Rangers tukar baju,” Hukumnya HARAM, mana boleh kita jamin rezeki yang kita dapat itu seratus peratus berasal dari kaunter syariah! Hukumnya HARAM, enta mesti berhenti kerja, nanti enta punya daging di akhirat kena sambar sama api neraka pasal makan hasil yang haram!”

Sambil tergelak-gelak, penelefon berkata,” Yang Ustad kerja di syarikat jual arak tu apa macam? Tak haram ke kerje kat situ?” Terdengarlah bunyi tuutt..tuutt…tuutt..tanda telefon kena letak..

“Nate mu! “, batin Zakaria menjerit tetapi tiada suara.

Terduduklah Ustad Zakaria…bengong lima enam saat…termanggu-manggu…

Si juruhebah tersenyum sinis melihat muka Zakaria yang pucat lesi.Kena jual Ustad Zakaria hari ini, bisik hatinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: