GAMIS Tidak Mampu Mendepani Isu?

Apabila penulis menegur tindakan sesetengah pihak menyunting artikel penulis untuk kesesuaian dan keselesaan pihak berkepentingan, penulis sebenarnya berharap suatu tindakan segera dapat diambil oleh mereka yang kononnya bersifat hadhari dan faham sangat dengan konsep syahadatain. Oleh itu, suka juga penulis mengingatkan mereka bahawa janganlah ayat-ayat Al Quran itu hanya tinggal di tenggorok sahaja. Apabila kita bertemu dengan kepentingan hawa nafsu kita, iman kita terpelanting samalah seperti anak panah terbit dari busurnya.

Mereka ini kononnya mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam. Namun, mereka gagal sebenarnya mengambil yang terbaik dari pejuang dan perjuangan Islam itu sendiri. Jauh sangat akhlak dan kelakuan mereka daripada Salahuddin Al Ayubi yang hadhari. Ingatlah, bahawa Salahuddin tercatit namanya di dalam sejarah sebagai pemimpin tentera Islam yang terulung bukan kerana machiavelisnya tetapi kerana adabnya di dalam peperangan.

Lihatlah betapa mulianya hati Salahuddin yang menawarkan tabib kepada Raja Baldwin yang kusta.Dan juga dengan risikonya diriwayatkan, Salahuddin menyamar sebagai seorang tabib, masuk ke kem Richard the Lion Heart untuk merawat Raja Inggeris yang gering ketika itu (ada yang mengatakan bahawa Salahuddin sekadar menghantar doktor peribadinya, hanya Allah sahaja yang mengetahui). Itulah contoh pejuang dan pemimpin Islam. Walaupun dalam peperangan, beliau membawa rahmat hatta kepada musuh-musuhnya.

Tetapi, mereka yang mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam dan faham sangat dengan syahadatain ini lebih serupa dan sama seperti Reynald of Chatillon dan Guy of Lusignan yang gasar dan tidak hadhari menyerang dan menjarah penziarah dan pedagang Muslim yang tidak bersenjata. Tidak hairanlah mereka ini suka menggunakan kekerasan walaupun ke atas sesama Islam apabila mereka bertindak memukul seorang pegawai HEP beberapa tahun yang lalu.Dengan sifat seperti ini, yakin dan percayalah bahawa kemenangan puak-puak ini akan terhijab dan mereka akan dihinakan ALlah seperti dua crusader yang disebutkan tadi.

Terhijabnya kemenangan puak-puak ini dapat dilihat apabila mereka ini tidak menjadikan al wala’ wa al bara’ sebagai asas dalam menentukan perjuangan mereka. Mereka ini hanya menjadikan kesukaan dan kebencian PAS sebagai penentu dasar dan bukannya Allah. Apabila ini menjadi intipati perjuangan mereka, maka PASlah yang menjadi patung berhala mereka. Jika PAS marah kepada konsert, maka bergentayanganlah mereka memegang sepanduk di luar stadium mengharapkan rahmat dan barakah dari jamaah.

Dan begitu juga dengan pengikut jamaah lain,  al wal’ dan al bara’ mereka hanyalah pada yang disukai dan dibenci oleh jamaah berkenaan. Perjuangan jamaah lain yang betul, pun dianggap tidak perlu disokong atau lebih buruk lagi ditentang, hanyalah kerana patung berhalanya bukan jamaah berkenaan. Tukang nujum dan tukang tilik moden dalam jamaah ini adalah amir ataupun murabbi  yang menafsirkan terbangan burung dari markaz jamaah untuk diambil keputusannya.

Apabila terjadi perkara ini, maka yang tercapai adalah keagungan Jamaah bukannya kebesaran dan keagungan ALlah. Tidak hairanlah apabila isu hendak dibesarkan tempat-tempat mensyirikkan ALlah, tiada terkesan hatinya kerana yang menjadi sebahagian pembuat dasar inilah adalah tukang tilik-tukang tilik jamaah yang berkepentingan.

Pengikut-pengikut patung-patung semberono ini terbungkam apabila diketahui peguam yang membantu kes murtad Fatimah Tan yakni Ahmad Jailani Abdul Ghani itu penceramah PAS. Oleh itu, di manakah al Wala’ dan al Bara’ mereka? Allah ataupun PAS? Tidak kurang juga kes babi di Selangor, hanya sang amir sahaja terhegeh-hegeh menyatakan rasa tidak selesa di dalam blognya, tetapi ahlinya tidak rasa benci. Maka, tiada hairanlah mereka ini tiada pemikiran yang tersendiri dan hanya mampu berkokok senada dan seirama dengan patung berhala mereka sahaja. Jikalau tidak, nukilan mereka hanyalah sekadar membandingkan kelembutan dan kekasaran gadis di antara negeri sahaja.

Oleh itu, selagi mana, al Wala’ dan al Bara’ yakni menyukai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah tidak dihayati, maka jangan berharaplah GAMIS ataupun wajah-wajah JIK yang lain akan memimpin umat. GAMIS, BBMN, PMN dan PMIUM akan terus mandom dan tidak mampu mendepani isu untuk maslahah umum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: