Harakah Islam:Benarkah Wujud Wajah Hitam Agama?

Saya amat tertarik dengan tulisan Fathi Aris Omar berkenaan dengan “Kegagalan Mentor Agama”. Persoalan yang cuba dikupas adalah ideal tetapi tidak mustahil untuk dihadam dan dilaksana dalam kehidupan sehari-hari apatah lagi untuk seorang ahli gerakan Islam.Kritikan beliau pedas dan berbunyi “sekular” bagi ahli Harakah Islam,tetapi yang penting ialah isi, bukannya presentasi.

Beberapa penulis bebas yang dahulunya lineant dan berlemah lembut terhadap PAS,mula bersikap skeptik terhadap partai yang menggunakan nama agama itu. Antaranya ialah Fathi Aris Omar. Setengah pihak mengaitkannya dengan Jamaah Islah Malaysia, tetapi nyata beliau condong kepada Keadilan.

Beliau lebih lembut kepada Hishamuddin Rais yang berlabelkan sosialis,mungkin tampak Isham lebih demokratis dari pemimpin PAS yang kesombongannya mengalahkan buih pepsi-Cola apabila menjadi tuan di Terengganu dan Kelantan.

Lemas dan rimas dengan perkembangan tersebut,menyebabkan beliau dan beberapa penulis bebas yang lain mengacukan meriam dan istinggar bukan sahaja kepada parti pemerintah tetapi juga kepada pembangkang yang memerintah iaitu PAS. Malaysiakini yang totok semangat cina dan anti Islam dan Melayu menjadi medan puak-puak penulis ini untuk menyebarkan idea demokratik dan anti sifat “holier than thou” (Kawe lebih suci dari demo).

Perubahan sikap beliau dan rakan-rakan amat berkait dengan tajuk yang agak kontroversial bunyinya tersebut. Apakah Islam mempunyai wajah hodohnya? Persoalan kontroversial oleh pemikir politik yang idealis yang pernah melihat wajah buruk pemimpin PAS,JIM dan ABIM,tidak kurang juga perangai suka mengambil kesempatan oleh pemimpin tarekat dan ajaran sesat.

Secara prinsip, penulis-penulis itu tidak akan mengaku bahawa Islam mempunyai wajah buruk, dan tentu Fathi antara Imamnya dan boleh jadi Farish adalah bilalnya. Namun, klarifikasi atas kecelaruan ini perlu dijejak akarnya. Akar yang penulis cadangkan adalah kurangnya ilmu dan juga kurangnya sifat belas ihsan dan common sense.

Idea Fathi mengingatkan saya detik-detik ketika Nabi Isa A.S. baru sahaja diangkat sebagai Rasul. Puak Pharisee dan Sanhendrin tidak ubah seperti PAS dan puak-puak yang penulis sebutkan di atas. Kulit sahaja yang ada, tetapi tidak ada roh. “Sufi”nya tidak ada.Jiwanya kotor, intipatinya kosong. Syariat Musa A.S.diambil hanya pada permukaannya.

Maka,wujudlah golongan penghukum dan bukannya pendakwah. Maka,kata-kata ‘kafir’,’taghut’ dan sesat menjadi zikir dan mudah sekali terlucut dari mulut. Ilmu yang sedikit memudahkan lagi kata-kata itu dihamburkan. Sedikit sekali yang mengajak “golongan yang sesat” untuk berdiskusi dan mengeluarkan hujah-hujah dan nas yang kuat untuk mematahkan hujah kaum “muktazilah moden” dan “anak didik orientalis”.

Maka,dengan itu,wujudlah wajah “hitam”,bobrok dan hodoh,bukan kerana agama tetapi kerana golongan “agamawan” yang sedikit ilmu. Kenapa saya gunakan perkataan ilmu, kerana ilmu bersertakan amalan. Kebanyakan “tuan guru” banyak informasi tetapi amalan Islamnya hanyalah permukaan sahaja,masih baik untuk orang biasa tetapi masalah jiwa yang kronik membolehkan syaitan menerobos dan mengelirukan umat yang terpinga-pinga melalui Pharisee dan Sanhendrin versi moden ini.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.Jika kita mengakui kita adalah pejuang Islam,maka lihat juga adakah kita membawa rahmat kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Adakah masyarakat lebih bahagia ataupun lebih porak peranda dan terkeliru. Ataupun sebenarnya ilmu Islam kita belum cukup dalam membolehkan kita menafsir sesuatu. Jika salah langkah, nama Islam yang akan tercemar bukannya nama individu.

Gerakan Islam dalam menyusun strategi kadangkala gagal dalam perkara-perkara asas kemanusiaan apabila berkait dengan politik. Sedangkan ia adalah basic kepada petunjuk kebenaran. Atas nama politik, sabotaj dan machivallisme dihalalkan. Malang sekali, ia dibenarkan si “agamawan” dengan menggunakan contoh dan petunjuk dari agama. Tetapi, tidak disangka oleh “agamawan” bahawa interpretasinya salah kerana mengambil hukum yang jauh sekali sesuai dengan situasi yang dialami.

Bolehkah hanya kerana musuh itu UMNO ataupun bukan seharakah, sabotaj dilakukan? Sehingga menderita ataupun perjalanan hidupnya? Adakah benar tafsiran “agamawan” tersebut.Bagi yang menghadapinya, apatah lagi yang cetekilmu dan tohor imannya,maka ia adalah perishtiharan perang oleh si “agamawan”. Tidak mustahil akhirnya,yang disalahkan mangsa bukannya “agamawan” tetapi Islam itu sendiri bahana dari perbuatan tidak bertanggungjawab “agamawan” segera tersebut.

“Harakah Islamiyyah” ditubuhkan untuk satu matlamat kebanyakannya. Kuasa. Arqam,PAS, JIM dan ABIM menghendaki kuasa. Sedangkan Nabi diturunkan bukan untuk mendapatkan kuasa,jika kuasa yang menjadi matlamat,sudah tentu Nabi akan menerima tawaran Quraisy untuk menjadi Raja.Untung-untung Islam diterima secara tipu helah,tetapi cara itu bukan cara Nabi, kerana cara Nabi,cara gentleman. Dakwah diteruskan walaupun tanpa kuasa.

Gila kuasa adalah punca wajah hitam selain dari ilmu yang sedikit tetapi diamplikasi dan dihebohkan “kealiman”(lebih tepat kebodohan) pemiliknya beribu kali ganda. Maka, selagi mana,berhala yang disembah gerakan-gerakan ini adalah kuasa, maka selagi itulah akan wujud wajah bobrok tersebut.Harus diingat bahawa wajah keji itu tentu sekali bukanlah Islam tetapi kuasa hitam yang memacu nafsu gerakan berkenaan.

Nota: Tulisan asal penulis di Idealis Mahasiswa. Diambil semula dari portal UMNO Beaufort http://www.umno-beaufort.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=87

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: