Hari Hak Mahasiswa:Otai PMN Membiarkan PAS Meliwat Gerakan Mahasiswa?

Ada yang mengatakan bahawa penulis suka menyemburkan peluru kapur. Peluru kapur itu boleh membawa pelbagai maksud tersurat dan tersirat. Mungkin peluru kapur tdak mampu membunuh di alam realiti. Tetapi, di dalam dunia cyber ini, barangkali cukuplah sekadar peluru kapur. Namun, peluru kapur ini sengaja ditembak tepat di kulit tepat pada jantung. Itulah cara dan gaya penulis menggunakan peluru kapur.

Gerakan mahasiswa sering diangkat oleh pemujanya setaraf dengan gerakan sekerja. Mimpi dan harapan silam sering dinyanyi dan didendangkan. Malahan, atas nama itu, ramai mahasiswa turut bertanding dan membiarkan diri tercalon yang kononnya “pro mahasiswa”. Tetapi akhirnya mereka kecewa dan hampa.

JIK sering memprojeksikan dirinya semangat jamaah yang syumul. Kononnya ia adalah untuk semua. Dikatakan orang lain berkasta dan hanyalah untuk professional semata-mata. Ada pula dituduh sebagai alat kepada matlamat menghalalkan cara pula. Tetapi, hakikatnya, golongan bukan ahli jamaah yang thiqah kepada pimpinan jamaah pada akhirnya sedar bahawa diri diperalatkan. Laungan pro mahasiswa hanyalah umpan.

Keputusan kabinet ataupun gabungan hanya boleh dibuat dengan persetujuan murabbi ataupun wakil Pemuda PAS semata-mata. Begitulah hakikatnya Gagasan pro-Mahasiswa dilacurkan sebegitu rupa. Pandangan perwakilan mahasiswa bukan jamaah walaupun jujur dan ikhlas dalam perjuangan tidak diambilkira.Dan akhirnya pro mahasiswa sebenar mengundur diri dari dunia poltik kampus yang fana.

Penulis memuji mereka ini kerana kebenaran hati mereka. Mereka memuja semangat lama sebelum Tragedi 1982 dan terpedaya dengan bujukan rayu aparat JIK ini untuk mencapai impian mahasiswa. Namun,itulah nasib mereka. Tetapi, akhirnya yang diingati hanyalah sang kepala Gagasan.Pro mahasiswa sebenar tinggallah sebagai sejarah. Cuma ketidakpuasan disuarakan dan dibangkitkan di kedai kopi dan kalangan sahabat rumah sewa sebagai ubat sakit jiwa.

Namun, harus diingat, semua perkumpulan yang ingin menguasai kampus memasukinya dengan saluran depan. Namakan sahaja, ABIM melalui PKPIM ataupun JIM dengan KARISMA semuanya masuk melalui lubang depan. Walaupun bercempera dengan gagasan taadud jamaah, tetapi gerakan mahasiswa dilacurkan melalui “pintu depan” bukannya melalui “lubang najis” belakang.

Tetapi, PAS menunggang gerakan mahasiswa melalui lubang najis. Gerakan mahasiswa diliwati buat sekian lama oleh PAS. Tiada front yang dibuat secara sah oleh PAS, semuanya melalui saluran belakang sahaja. Maka, akhirnya anu PAS terpalit dengan najis-najis. Mungkin inilah sahaja analogi yang boleh difahami oleh ahli jamaah JIK mengikut petua Prof. Emeritus Shahnon Ahmad.

Difahamkan penulis bahawa otai PMN juga seolah-olah sama sahaja analogi ini. Sewaktu dengan PMN, nampak kejantanannya. Hitam, legam dan buncit serta perkasa nampaknya. Tetapi, apabila bersama lidah PAS, si hitam legam bertukar menjadi si intan payung. Laksana si jantan sudah diandam. Di atas pusatnya seperti wanita, di bawah pusatnya seperti jantan.Hanya tinggal garuknya sahaja di media PAS itu seperti sang otai. Jikalau tidak, tiadalah manusia yang tahu apa yang didepannya tetapi saluran belakangnya sudah bersedia untuk diliwat oleh ideologi PAS seadanya. Lagaknya seolah-olah pelacur dari kalangan maknyah di Jalan Sultan Ismail pula.

Oleh itu, hari ini tidak perlulah bersuka dan berpesta meraikan Hari Kesedaran Hak Mahasiswa. Kerana gerakan mahasiswa sudah lama diperkosa oleh orang yang seideolog dengan mereka. Mahasiswa tidak boleh menjadi seperti watak Bruce Wiliis di dalam Sixth Sense, hanya mahu melihat apa yang mahu dipercaya. Selagi mana minda pengikut gerakan mahasiswa sebegitu, maka berakhirlah mereka seperti si intan payung JIK dan Parti Islam Se-Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: