Hasbi Muda Perlu Letak Jawatan Bendahari PMI Kerana Mengatakan UMNO Syirik!

Menyatakan sesuatu perkumpulan ataupun individu sebagai murtad ataupun syirik merupakan kenyataan yang perlu diambil tanggungjawab sepenuhnya. Selain dari itu, sebarang kenyataan tersebut perlu mendapat fatwa ataupun pengesahan dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Jika tidak mendapat pengesahan tersebut, maka perkara tersebut perlu diambil tanggungjawab oleh individu terbabit ataupun organisasi yang dikatakan diwakili oleh individu yang mengeluarkan kenyataan terbabit.

Hasbi Muda iaitu Bendahari PMIUM yang berasal dari Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataannya di laman ahli pembangkang Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya iaitu laman Mahasiswakini di “Peti Aduan”nya pada pukul 14:39 bertarikh 12 Jun 2008. Pada kenyataa tersebut, saudara Hasbi Muda telah mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang syirik dan sesat. Oleh itu, apakah maksud syirik tersebut?

hasbikafirkan

hasbi2

Bukti bahawa Saudara Hasbi telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mempunyai dasar yang sesat dan syirik. Hasbi perlu meminta maaf kepada UMNO dan PMIUM mesti bertegas dengan Hasbi kerana mengeluarkan kenyaatn tersebut dalam suara rasmi “pro mahasiswa” iaitu Mahasiswakini.com

Kenyataannya adalah kenyataan yang berautoriti kerana dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dalam MPMUM dan PMIUM.Kenyataan beliau bahawa UMNO sesat dan syirik ini membawa maksud bahawa UMNO adalah parti yang menduakan Allah.Ini bermakna UMNO adalah parti yang kafir serta pemimpin dan ahli UMNO adalah sesat dan kafir. Oleh itu, adakah saudara Hasbi Muda telah menghukumkan bahawa pengikut UMNO adalah kafir dan perkahwinan kaum muslimin dengan ahli UMNO adalah tidak sah, sembelihan orang UMNO adalah tidak sah, dan orang UMNO tidak berhak menjadi waris atau mewariskan harta mereka kepada mana-mana individu Muslim?

Sebarang kenyataan yang bersifat hukum yang merujuk kepada mana-mana situasi dan individu ataupun mana-mana perkumpulan perlulah diambil serius oleh PMIUM.Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya perlu bertegas dalam soal ini kerana PMIUM seringkali mendakwa ia persatuan yang membawa imej Islam dan menjadi sumber rujukan mahasiswa Islam di Universiti Malaya. Dan ini bermakna, kenyataan daripada seorang ahli Majlis Tertinggi PMIUM adalah merupakan kenyataan yang mencerminkan pendirian PMIUM.Sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa ditambah pula jawatannya sebagai Bendahari PMIUM, maka kenyataan Hasbi Muda tersebut adalah merupakan pandangan rasmi PMIUM selagi mana tidak dinafikan oleh mana-mana pihak yang lebih berautoriti dari saudara Hasi Muda.

Oleh itu, saudara Hasbi Muda perlu bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut. PMIUM perlu meminta maaf secara rasmi kepada UMNO dan dengan ini sekeras-kerasnya menuntut saudara Hasbi Muda supaya melepaskan jawatannya sebagai Bendahari PMIUM serta ahli MPMUM dan juga tidak lagi mengendalikan laman Mahasiswakini.com serta merta di atas kenyataannya yang cuai dan tidak bertanggungjawab.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: