Idea Presiden PMIUM Terpinggir di Laman Mahasiswa Pembangkang UM!

Di kalangan ahli jamaah, pembongkaran dan juga pendedahan kebejatan JIK sebagai alat PAS amatlah menakutkan mereka. Sesungguhnya barangkali kewujudan penulis di alam cyber ini mengambil iktibar daripada kewujudan Hajjaj Ibn Yusuf At Thaqafi kepada umat di zaman kemunculannya. Diriwayatkan oleh Hassan Al Basri (rahmatullahi alaih) bahawa Hajjaj tersebut adalah hukuman dari Allah. Maka, kewujudan penulis adalah sebagai hukuman dan juga ancaman kepada kezaliman dan penindasan yang pernah, sedang dan akan dilakukan oleh PMI di kampus.

Idealis Mahasiswa telah hilang fungsinya. Maka, berseronok dan berpestalah hamba-hamba sahaya PAS di kampus-kampus. IM sebagai khalifah yang menjaga kedaulatan mahasiswa aspirasi telah tumbang. Namun, kegembiraan aparat PAS tidak lama. Muncul kerajaan-kerajaan baru seperti blog penulis yang akan mempertahankan aspirasi daripada serangan mahasiswa saluran belakang PAS yang sombong. Keangkuhan mereka terserlah setelah mereka mendesak Presiden MPMUM meletakkan jawatan kononnya dengan undi tidak percaya. Kesombongan ini tidak pernah wujud dalam sejarah politik kampus.

Oleh itu, tidak usah diperangi penulis mahupun idea penulis. Maka, sebelum mereka melancarkan perang terhadap blog penulis, penulis sudah lama menghunuskan pena sewaktu mereka masih lagi merangkak-rangkak membezakan bingkai cermin mata yang pelbagai.Tulisan penulis adalah seumpama bedilan-bedilan meriam yang menghumban kubu-kubu reput alat Pemuda PAS di kampus-kampus.

Sebenarnya, menjadi pemimpin mahasiswa merupakan tanggungjawab yang besar. Wacananya perlulah tinggi tarafnya. Ideanya patut menjadi rujukan ataupun sekurang-kurangnya boleh menarik perhatian ramai. Tulisannya sekurang-kurangnya boleh menimbulkan rasa kesedaran walaupun sekelumit di hati.

Namun, kualiti pimpinan mahasiswa hari ini boleh dipertikaikan. Walaupun barangkali mahir dengan teknologi pemblogan tetapi ideanya rapuh dan dangkal. Bingkai cermin mata, saiz perut dan kadar kelegaman kulit seseorang menjadi hujah dan asbab untuk ujub serta bangga diri. Malang sekali, yang dikatakan sanggahan kepada seseorang menjadi rencana utama bagi sebuah laman yang sepatutnya menjadi rujukan gerakan mahasiswa.

Malahan, jikalau dibaca ia cumalah rengekan dan rasa geram tidak bernilai yang sepatutnya hanya menjadi bualan dan bicara di rumah jamaah. Bayangkan apakah kualiti lidah sesuatu organisasi yang tradisinya mulia dan terpuji dicemari dengan suatu tulisan yang rendah kualiti dan picisan sifatnya. Tetapi, itulah yang menjadi rencana utama bagi golongan yang kononnya pro mahasiswa dan sarat dengan idea.

Seharusnya, rencana yang ditulis merupakan analisa yang bernas. Mahasiswa ingin melihat bagaimana seseorang yang kononnya pimpinan itu dapat mencernakan ilmu dan kemahiran yang dimiliknya. Asas atau fundamental acuannya digunakan untuk mencanai maklumat siyasi yang ada. Bukan sekadar memuntahkan apa yang hanya dibaca di Harakah ataupun dalam teks-teks usrah semata-mata.

Contohnya, seorang mahasiswa ekonomi sepatutnya wajar mengaitkan waqi’ ekonomi sekarang melalui kaedah agihan kekayaan yang dipelajari dan membandingkannya dengan fikrah yang ada untuk menyelesaikan masalah umat. Analisa graf dan survey yang simplistik dan tidak menunjukkan kaedah dalam mendapatkan data sepatutnya serta tafsiran yang dangkal membuatkan orang tertanya, sekadar inikah pimpinan harapan jamaah? Jika ini tidak terjadi, (yakni dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya ada pada graduan kursus tertentu) kesesatan dibawanya samalah seperti berubat atau membawa orang berubat dengan seorang wartawan bukannya dengan seorang doktor perubatan.

Itu dari segi bagaimana untuk membina diri sebagai seorang mahasiswa yang seharusnya cekap dengan acuan yang membentuknya. Malang sekali lagi, jikalau dinilai dari fikrahnya. Walaupun muda, tetapi ingatlah bahawa dalam berjemaah, pimpinan wajar diletakkan di hadapan dan  sebagai ahli jamaah, kepimpinan janganlah dilangkaui. Tetapi, nyatalah, bahawa idea pimpinan seolah-olah diboikot dan dipandang sebagai kelas kedua.

Ini boleh membawa makna bahawa adakah wujud lagi jurang antara golongan siasah dan golongan tarbiah di dalam PMI? Ataupun kata-kata amir yang layak, terbatas kepada perutusan semata-mata? Mungkinkah idea Amir ataupun Presiden tidak laku dan tidak layak dipamerkan untuk bacaan umum?

Padahal sang Presiden telah menunjukkan rasa tanggungjawabnya berkenaan contohnya dalam hal babi yang sepatutnya dikupas juga oleh yang lain. Adakah fikrah amir itu sendiri tidak selari dengan jamaah? Ataupun sebenarnya sang muda ada agenda lain dengan golongan yang sealirannya yang sekarang mendominasi media jamaah?

Persoalan itu wajar ditanya segenap ahli jamaah apabila menjelang kuliah ilmu. Akhirnya, Presiden PMI tidak dikenali ramai! Kelak, janganlah kerana ada pimpinan yang gila glamour, maka disebut pula Presiden PMIUM telah menjadi Presiden GERAK oleh mahasiswa biasa di Universiti Malaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: