PAS Juga Parti ‘Asabiyyah?

Label-melabel merupakan kerja biasa bagi pendokong dan mahasiswa PAS. Pelbagai label telah digunakan untuk menjatuhkan pihak lain dan mereka sering merasakan bahawa mereka sahaja mempunyai lesen untuk melabelkan orang lain. Biasanya, perkara ini yang menjadikan “perjuangan” mereka cukup rempah dan garam. Kalau setakat metodologi da’wah biasa yang Rasulullah sampaikan, tentulah mereka tidak dapat tahan walaupun seminit.

Perkara ini boleh dibuktikan. Mudah sahaja. JIkalau kita melawat laman web mahasiswa pembangkang, kita dapat melihat artikel-artikel pimpinan mereka yang berkaitan dengan idea dan cadangan ataupun teguran mendapat “rating” yang rendah. Tetapi, apabila tiba cerita berunsurkan kelamin yang dipaparkan seperti “Gadis Prepaid” ataupun “Gadis RM 5”, maka bacannya mencecah 1000 dan ke atas. Inilah pembacaan di kalangan “pejuang Islam”. Itulah sebabnya di kalangan golongan yang tidak mahu berfikir, tulisan penulis adalah umpama meletakkan batu jemala di atas bahunya.

Seringkali PAS melabelkan UMNO sebagai parti ‘asabiyyah. Kerana namanya adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. PAS bukan ‘asabiyyah kerana namanya Islam. Maka, ia bukan parti ‘asabiyyah. Persamaan dan formula mudah ini digunakan di mana-mana sahaja. Usrah, kuliah ilmu, malahan khutbah jumaat memuatkan perkara ini. Tetapi, soalnya melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku mutakhir ini, adakah PAS bukan partai ‘asabiyyah?

Mari kita lihat beberapa hadith dan syarah tentang ‘asabiyyah:

Sesiapa yang berperang dibawah royah ‘immiyah ‘(bendera buta) dan menyeru kepada `asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematianya adalah jahiliyyah.

(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)

Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: “Lafaz bendera kebutaan ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil” .

Dalam riwayat Abu Daud:

Daripada Jubair bin Mut’im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah.

Dalam menjelaskan maksud ‘asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’:

(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-‘asabiyyat? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”

Oleh itu, adakah tepat untuk mengatakan bahawa ‘asabiyyah itu semata-mata bantuan ke atas kaum? Diriwayatkan daripada suatu hadith:

“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dibenarkan oleh Rasulullah dan menjadi kecintaan pula bagi Rasulullah untuk sesuatu kaum membantu ahli di dalam kaumnya yang menghadapi kesusahan. Maka, jikalau orang Melayu dalam keadaan susah, maka tidakkah menjadi tanggungjawab kepada UMNO (dan juga pertubuhan orang Islam dan Melayu) untuk membantu mereka yang susah?

Kita berbalik kepada isu ‘asabiyyah. Dikatakan bahawa ‘asabiyyah itu bendera buta dan juga ‘asabiyyah juga membawa maksud membantu puak ataupun kaum itu atas dasar kezaliman. Maka, kita melihat dari konteks perjuangan PAS sendiri kadangkala ahlinya sendiri telah menjerumuskan diri mereka kepada ‘asabiyyah.

Contoh ‘asabiyyah adalah apabila terjadinya murtad Siti Fatimah Tan yang mana peguambelanya adalah seorang penceramah bebas PAS. Maka, sang peguam ini tidak menerima bantahan ataupun memorandum dari pihak PAS. Mereka hanya bising pada mulanya sahaja, kerana menyangka yang membantu itu sefikrah dengan peguam Lina Joy, tetapi apabila mendapati peguamnya sama parti, perkara ini didiamkan sahaja.

Begitu juga pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dalam tempoh 24 jam, dianggap wajar oleh penyokong PAS. Padahal, sepatutnya penyokong PAS perlulah menghantar surat ataupun bantahan meminta ehsan supaya diberi notis sebulan ataupun 3 bulan kepada Dato’ Jamry untuk mengosongkan pejabatnya atas dasar sesama Islam.Termasuk juga dalam kes ladang babi bernilai RM 100 juta. Penyokong PAS menjadi syaitan bisu dan syaitan bising menyokong kewujudan ladang tersebut.

Maka, tidakkah PAS juga menjadi ‘asabiyyah? Di mana penyokongnya menyokong sesuatu atas bendera buta di atas tiket “kaum dan bangsa” PAS. Ingatlah, bahawa fahaman politik sesuatu pihak boleh menyebabkan sesuatu bangsa atau kaum menjadi kaum yang lain dan berbeza. Contoh yang paling jelas, Syiah pada asalnya wujud sebagai sokongan politik kepada keluarga Saidina Ali untuk mendapatkan kekhalifahan. Namun, hari ini, orang Syiah tidak dikenali sebagai penyokong politik lagi, tetapi sebagai kaum yang berbeza di mana-mana sahaja mereka berada samada di Iraq, Pakistan, India dan Lubnan.

Dari situ, penyokong PAS perlu insaf dan faham, bahawa menyokong parti siyasah tersebut tidak bermakna mendapat lesen percuma untuk selamat dari mati jahiliyyah dan boleh melabelkan orang lain sebagai ‘asabiyyah. Kerana yang nyata tindakan-tindakan PAS dan peyokongnya kebelakangan ini boleh juga ditafsirkan sebagai “perkauman” ataupun bahasa yang orang PAS faham-‘asabiyyah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: