PKR Dibantu Agensi Perisikan Asing?

Anwar Ibrahim pada masa ini dijangkakan keluar daripada Kedutaan Turki setelah tempohnya sebagai “tetamu” tamat. Kedutaan Turki juga seboleh-bolehnya mahukan DSAI keluar dari kedutaan tersebut secepat mungkin. Mungkin sudah menjadi adat bagi bangsa Turki untuk menjaga tetamunya dan inilah kesempatan yang diambil oleh DSAI untuk menjaga “keselamatan dirinya”.

Hairan, seorang “pejuang” yang menyeru rakyat berhadapan dengan FRU dan pasukan keselamatan ini sangat takut dan terbirit-birit sehinggakan merayu-rayu pula jaminan keselamatan dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri kita. Dengan ber”human shield”kan isterinya, Datin Seri Wan Azizah, sepucuk surat diutuskan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan “perlindungan dan keselamatan”.

Namun, pelbagai tuduhan dan fitnah telah dilemparkan oleh penyokong-penyokong PKR dan PR terhadap pasukan keselematan khususnya dan kerajaan Malaysia amnya yang boleh kita saksikan di laman-laman web pembangkang. Mereka megatakan bahawa terdapat konspirasi untuk membunuh Dato’ Seri Anwar.

Kita lebih terperanjat bahawa telah didedahkan oleh seorang ahli Parlimen PKR, En.Zulkifli Noordin dari Kulim-Bandar Baharu akan DSAI akan dibunuh. Yang menjadikan kita takut apabila tuduhan ini adalah bersumberkan dari unit perisikan asing. Adakah ini membawa makna bahawa PKR selama ini dibantu oleh unit perisikan asing? Begitu rapatnya PKR dengan unit perisikan asing ini! Apakah sebenarnya hubungan PKR dengan agensi perisikan asing ini?

Zulkifli Mendedahkan Agensi Perisikan Asing Membantu PKR

Zulkifli Mendedahkan Agensi Perisikan Asing Membantu PKR

Kenyataan ahli parlimen ini ditarik balik dari sebuah laman penyokong PAS setelah menyedari bahawa tembelang mereka ini akan terdedah dan akan menimbulkan backfire kepada mereka dalam perang saraf PAS.

Maka, fikir-fikirkanlah apa disebalik kejadian ini?

Berikut adalah sumber asal kenyataan tersebut:

Cubaan Bunuh DSAI 

Assalamua’laikum to all,

Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

  1. Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
  2. Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
  3. Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
  4. Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
  5. Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios

Zulkifli Noordin

Dipetik dari:

http://zul4kulim.blogspot.com/2008/06/cubaan-bunuh-dsai.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: