Strategi PMI Menawan Kembali UM

Diterima pada: 6 Julai 2005

Keadaan PMIUM buat masakini tidak ubah seperti PMI 10 tahun yang lalu. PMIUM ketika itu dipimpin oleh Sdr. Muhyiddin Abdul Aziz. Dua tahun kiranya beliau memegang jawatan Presiden PMI ketika itu sebelum digantikan oleh Abu Zaki Ismail.

Sekarang, PMI sedang menyusun strategi untuk menawan semula kampus. Pelbagai taktik sedang dilaksanakan untuk mencapai agenda mereka. Adakala, strategi mereka dianggap yang paling canggih dan terhebat dan sesuai diaplikasikan sebagai yang terhebat di pasaran.

Bagaimanapun wajar kita lihat samada perancangan mereka akan membuahkan hasil:

Bimbingan Senior Yang Baru Tamat

Kebanyakan senior PMI terutamanya dari Akademi Pengajian Islam, belum lagi beroleh pekerjaan. Masing-masing berharap bantuan kerajaan Barisan Nasional dalam bentuk KPLI ataupun mengharapkan tiba-tiba wujud “bank islam” baru untuk menampung mereka yang masih tidak lagi bekerja.

Oleh itu, aktiviti “past time” mereka bolehlah dihabiskan untuk melatih saki baki anak usrah mereka di kampus dengan program bawah tanah mereka. Mereka ini terlibat merangka kertas kerja dan menyusun strategi buat anak-anak usrah mereka yang makin hilang tulang belakang tersebut.

Dengan bantuan senior mereka ini, mereka berharap, seni tempur piliharaya kampus dapat mereka kuasai dengan memperlekehkan kemampuan aspirasi yang baru setahun jagung memegang kuasa.

Bantuan dari Dewan Pemuda PAS

Keyakinan mereka bertambah dengan bercambah lagi senior-senior mereka memegang jawatan di dalam Dewan Pemuda. Perlantikan Nazri Chik sebagai AJK Dewan Pemuda serta kerapatan Ridwan Mohd Noor yakni Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan bekas-bekas pemimpin PMIUM memberikan satu impak baru kepada gerakan bawah tanah pembangkang tersebut di kampus.

Begitu juga dengan perlantikan Hafeez Abdul Samad bekas Presiden PMU dokongan PMI sebagai pegawai khas PAS di Taman Melewar, bakal mewarnai senario politik kampus UM.

Anak-anak usrah PMI tentu sekali mengharapkan campurtangan dari senior-senior atau lebih tepat lagi bekas naqib mereka terutamanya dari segi bimbingan, motivasi dan tentu sekali kewangan. “Derma Jihad” sudah pasti akan dikumpul dari senior-senior mereka, dan ia sudah pasti mencecah ribuan terutamanya bantuan dari YB-YB PAS Kelantan.

YB Husam tentu sekali akan membantu PMI dalam mendominasi kampus-kampus tersebut setelah hampir 8 tahun memerintah. Wang mencurah-curah sudah pasti tiba gerangan mahu menunjukkan bahawa anak muda mula terpengaruh dengan “kehebatan” barisan kepimpinan PAS yang baru. Apatah lagi, kampus UM, bumi keramat gerakan mahasiswa mesti dijadikan sebagai perintis kepada kejayaan kepimpinan baru PAS.

Perangkaan Aktiviti Bawah Tanah Yang Tersusun

Program bawah tanah akan terus disusun. Strategi mengelabui pihak berkuasa aktif dilakukan. Bersembunyi di sebalik purdah Islam Hadhari akan menjadi agenda utama. Namun, pihak Islam Hadhari kampus sudah pasti akan berjaga-jaga.

Markas-markas PAS luar bandar di sekitar Selangor, bakal menyaksikan tentang berbondong-bondong saki baki pengikut PAS kampus merangka agenda. Malang sekali, pihak keselamatan dan HEP masih buta dan bodoh akan hal ini. Padahal, perkara ini berlaku lebih dari 23 tahun.

Menggunakan Balai Islam sebagai Umpan

Balai Islam akan digunakan sebagai markas. Walaupun surau-surau “dikawal rapi”, tetapi hakikatnya ia hanyalah umpama menara tidak berkawal.

Penyelia yang bertugas menjaga Balai Islam terus tidur,tidak mempedulikan aktiviti di surau. Akhirnya, golongan bawah tanah ini akan mengadakan program menarik perintis baru selepas minggu suai kenal melalui ceramah-ceramah oleh “senior-senior” surau dari golongan PMI.

Acara “keluar” ala tabligh yang mobil akan diaplikasikan untuk menarik sasaran setelah usrah diharamkan di kolej-kolej. Tetapi, disebabkan “pertahanan” kolej yang sangat utuh, PMI boleh menarik mahasiswa baru dari kunjungan-kunjungan ini.

Di fakulti terutamanya API, PMAPIUM, akan mula menyucuk jarum. HEP juga perlu memantau persatuan-persatuan di fakulti lain seperti ASMUM (Sains), AKIUM (Kejuruteraan), PSIPUM(Perubatan) dan lain-lain agar tidak bersetongkol dengan elemen PAS di kampus. Mereka akan masuk bukan sahaja melalui pelajar tetapi juga melalui pensyarah bekas PMI.

Pelbagai strategi dan tipu helah PMI telah dirangka. Cumanya, samada pihak aspirasi boleh menghidu atau tidak dan mampu bertindak.

Malang sekali, jika perancangan PAS secara langsung dibiarkan HEP. Jika HEP menganggap sekadar ceramah pro-kerajaan (BTN dan sebagainya) sehari dua mampu menyelesaikan masalah brainwash pelajar oleh PAS, maka ini kerja mereka yang pemalas dan sia-sia. Tugas utama keselamatan dan HEP adalah untuk menghapuskan anasir subversif dalam bentuk aktiviti bawah tanah.

Selagi mana HEP terus dengan syok sendiri dengan ceramah-ceramah tersebut, ia bakal memakan diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: