Teguran Kepada Pengirim Artikel “BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin” ke Laman Kampusnegara

Terdapat perubahan yang dilakukan oleh individu yang menghantar artikel di atas kepada Kampusnegara pada perenggan ke-4 baris ke-3:

“Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan.”

ditulis di dalam versi kampusnegara sebagai:

“Mungkin keyakinannya untuk puppet leader hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan.”

Manakala pada perenggan ke-3 baris keempat, sepatutnya berbunyi:

“Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh  sesetengah  pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. “

Dalam kampusnegara, dipadamkan kenyataan di dalam kurungan sebagai:

“Zulkifli Yusof yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. “

Dan terakhir, dalam versi sebenar, perenggan ke-4, baris ke-5 mengandungi:

“Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali.”

Tetapi, perkara ini tidak dinyatakan dalam versi kampusnegara.

Pihak admin berharap agar pihak Kampusnegara supaya lebih berhati-hati menerima petikan daripada mana-mana pihak. Pihak yang memetik pula lebih profesional dalam mengambil mana-mana artikel dan tidak menyunting mana-mana bahagian tanpa meminta izin dari penulis walaupun mana-mana tulisan ataupun artikel boleh diambil dan disiarkan tanpa mendapat keizinan penulis.

Oleh itu, diharapkan pihak Kampusnegara dapat menyunting semula versi yang diperolehi tersebut seperti yang terdapat di dalam laman penulis untuk menjaga kethiqahan laman tersebut kepada pembaca-pembaca.Teguran ini bukan sahaja dalam pengambilan artikel tetapi juga dalam tugasan akademik yang lain supaya ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian. 

Walaupun berlainan fahaman ataupun ideologi tetapi etika yang baik seharusnya diteruskan dan diamalkan. Semoga pihak Kampusnegara dapat mengambil tindakan sebagai jasa baik kalian dalam menghormati hak intelek orang lan.

 Sekian, Terima kasih.

Barakallahu fiih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: