Wajarkah Sang Bughah (PMRAM) Diberi Wang Zakat?

Diterima pada: 16 Julai 2005
Name: Maharaja Zhou
http://www.idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar695.html

Keras tajuk penulis kali ini. Lagaknya seperti Muhazam Mustapha dalam Forum Politik Nasional. Jika ditanya Muhazam ataupun gurunya,Ustaz Rasul Dahri,maka tiadalah wajar sang bughah diberi zakat.

Zakat diberi kepada asnaf. Asnaf pula ada lapan golongan. Salah satunya adalah orang yang berjuang fi sabilillah. Fi sabilillah adalah berjuang di jalan Allah,dan menuntut ilmu adalah sebahagian dari tuntutan perjuangan tersebut.Maka dari situ, orang yang menuntut ilmu dikira sebagai salah satu golongan yang harus menerima zakat.

Isu zakat adalah isu hangat. Di kalangan pelajar IPTA, jarang-jarang kedengaran yang heboh dengan isu zakat. Cuma apabila ada pelajar yang tersepit, maka sumber alternatifnya adalah wang zakat. Maka, di situlah,ada yang menerima zakat dari kerajaan negeri masing-masing.

Selalunya yang mengharapkan wang zakat adalah pelajar Timur Tengah. Sumber tradisi kewangan mereka adalah dari Baitul Mal. Tidak salah untuk meminta wang zakat,namun,jangan dianggap wang zakat eksklusif untuk jurusan agama sahaja. Jurusan teknikal dan ilmu lain juga afdhal menerima wang zakat, tatkala orang Barat mencipta senjata pemusnah besar-besaran, orang Islam masih lagi berkelahi tentang kepimpinan ulamak. Lantas,Barat semakin maju, dan negara Islam hanya mampu menjadi negara pengguna.

Tersebut suatu kisah,di dalam Harakah, betapa kasihannya 9 orang pelajar “dihalau” dari asrama. Kesimpulan mereka adalah, zalimnya kerajaan terutamanya kerajaan Khir Toyo. Orang yang berjuang fi sabilillah pun dihalau dan merempat di tepi jalan,padahal wang zakat berkoyan-koyang dikutip bertahun-tahun.

Isu ini boleh diulas dari pelbagai aspek. Aspek ugama, yang memungkinkan lebih menyakitkan hati sehingga membabitkan syurga neraka, atau aspek duniawi yang melibatkan konsep man jadda wa jadda. Siapa yang berusaha,maka dialah yang dapat. Jika sentimen kepartaian tidak diambil kira, tiadalah siapalah yang peduli. Untung juga ada kes ini, sekurang-kurangnya adalah sebab musabab Ustaz Ahmad Awang boleh melawat Mesir.

Kita lihat dari sudut duniawi. Soalnya mudah. Siapa yang tidak bayar sewa,maka wajarlah dia keluar dari tempat persewaan itu. Mudah. Dalam dunia ini,tatkala penulis sedang menulis, sudah berapa ratus manusia dihalau dari rumah masing-masing kerana tidak membayar sewa. Tiada siapa pun yang bersimpati, sendiri salah,sendiri yang tanggung. Jika diberi perlepasan sebulan dua,itu adalah belas ihsan si tuan rumah. Tidak kejam si tuan rumah,sebaliknya berbahagialah di akhirat kerana atas budi baik tuan rumah.

Itu baru sebulan dua. Bagaimana pula jika dua tahun? Tidak ada tuan rumah yang sebangang itu yang membenarkan sang penyewa bermaharaja lela bergentayangan di dalam rumahnya dalam dunia sebenar. Hanya kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo sahaja yang mempunyai belas ihsan sedemikian rupa yang membenarkan hatta penentang mereka duduk secara percuma.

Kerajaan negeri Selangor tidak meminta satu sen pun bayaran balik hutang akibat tinggal secara percuma selama dua tahun dari bekas penyewa tersebut. Adakah wujud tuan rumah yang lebih baik dari itu?

Kemudian,diungkit tentang duit zakat yang kononnya wajar diterima oleh mereka. Seolah-olah dari kenyataan mereka itu seperti wang zakat itu adalah mak bapak mereka yang punya dan wajib mereka dapat. Sebagai lelaki Muslim yang merdeka, mereka sepatutnya malu dengan perbuatan mereka yang menadah-nadah tangan meminta wang zakat,padahal mereka masih mempunyai tulang empat kerat. Apatah lagi, dari konsep wang zakat sendiri,tidak semestinya pelajar-pelajar tersebut menerimanya.

Itu dari segi duniawi,tetapi bagaimana pula membiayai orang yang menentang kerajaan dengan wang zakat? Maka,kononnya PAS akan membantu dengan wang pula. Itulah tanda bahawa mereka ini adalah agen-agen PAS selama ini. Menentang kerajaan Islam yang sah adalah haram hukumnya dan menggunakan wang fi sabilillah untuk kerja yang haram adalah haram juga hukumnya.

Ada pula yang mungkin berhujah,kami menolong mereka yang ingin memperjuangkan Islam.Tetapi,harus diingat juga, Khawarij juga ingin menegakkan Islam yang “dicemar” oleh Saidina Ali, tidakkah perbuatan Khawarij di pandangan “pendokong Islam” mutakhir ini juga adalah perjuangan Islam?

Maka, sepatutnya mereka berasa malu untuk meminta wang dari jalan Allah untuk perbuatan derhaka kepada Allah. Adalah wajar bagi kita untuk bersama dengan pemimpin yang ada selagi mana dia masih lagi seorang Muslim.

Jika menegakkan hukum Allah sepenuhnya menjadi prasyarat, maka semenjak dari zaman Saidina Ali lagi telah terbatal hujah tersebut.Jangan dikira lagi Turki Uthmaniyyah yang mengangkat parlimen sebagai penggubal undang-undang dan juga membuang serban yang sunnah dengan digantikan tarbus yang bid’ah. Malahan,berapa ramai pemimpin PAS sendiri yang mengambil riba dan juga mengumpat dan memfitnah.Tidakkah ini juga sebahagian dari hukum Allah?

Oleh itu,harus difikirkan,wajarkah Kerajaan Khir Toyo terus membantu sang bughah? Dan tidak malukah sang bughah ini menggunakan wang fi sabilillah untuk melawan Allah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: