Demonstrasi Rakyat Depan Parlimen:Anwar atau Ginie Lim Berbohong?

Dato’ Seri Najib telah bersumpah. Sumpah tersebut telah dilakukan dengan hukum syara’ seperti yang disebut oleh pihak Mufti Perlis. Sepatutnya tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang mengaitkan Dato’ Seri Najib sebagai orang yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

Tetapi, kita dapat melihat kupasan sumpah Dato’ Seri Najib tidak mendapat kupasan meluas melainkan daripada mykmu.net. Maka, terbungkamlah aparat-aparat PAS. Mereka menjangkakan bahawa Dato’ Seri Najib bersalah lantas tidak berani bermubahalah  tetapi akhirnya, dengan sumpah tersebut, menjawab persoalan dan teka-teki yang sengaja ditimbulkan oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba lari dari isu sebenar iaitu tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim oleh Saiful Bukhari Azlan.

Brother Anwar Bin Ibrahim dengan sedaya-upaya dan sesungguh-sungguh iltizamnya cuba lari dari menjawab dari isu tuduhan ini. Selepas cubaan untuk mengenakan Dato’ Seri Najib gagal, muncung senapangnya dihalakan pula terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tujuannya adalah jika produk keputusan tidak menyebelahi Brother Anwar Bin Ibrahim, yang boleh disalahkan adalah proses. Proses yang tidak mampan dan penuh keraguan kononnya. Dan rakyat diminta agar percaya tentang hakikat tersebut.

Untuk mengalihkan tumpuan rakyat, usul tidak percaya dilakukan dengan tergesa-gesa. Sokongan bulat PAS diabaikan dan dikatakan PAS lebih gemar kepada pembubaran Parlimen daripada usul tidak percaya. Puncanya, PAS lebih yakin parti tersebut akan memenangi lebih banyak kerusi, tetapi PKR tidak pula berani kerana kes tuduhan Brother Anwar Bin Ibrahim dan kes berebut harta rampasan perang (ghanimah) PKR di Selangor serta rakyat yang semakin kembali kepada akal waras masing-masing akan menyebabkan PKR barangkali akan hilang separuh dari kerusi yang dimilikinya.

Maka, usul tidak percaya kepada Dato’ Seri Abdullah Badawi dijadikan wacana untuk mencapai matlamat ini. Usul ini telah dijangkakan akan ditolak. Oleh itu, kenapa isteri Brother Anwar Bin Ibrahim kekal bersusah-payah mengemukakan usul ini? Ini tidak lain untuk mencemar nama Parlimen dan juga sistem yang ada di Malaysia.

Jangkaan bahawa usul ini akan ditolak diharapkan boleh menjana sokongan rakyat terhadap mereka. Diberitakan bahawa PKR tiada campurtangan dalam mengorganisasikan rapat umum di hadapan parlimen. Anwar berkata kerajaan berbohong dan pihak keselamatan termakan bohong.Hasilnya, sekatan jalanraya yang menyusahkan rakyat.

Secara logiknya, adakah kerajaan sanggup membuang masa dan wang untuk satu perkara yang hanya fatamorgana?Tentulah sekali, tuduhan bahawa ada demonstrasi ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Namun, sekarang kita beroleh jawapannya, perhimpunan haram ini tidak mendapat sambutan dan sebab itu, dengan mudah sekali Anwar mengatakan ia satu pembohongan.

Tetapi, jika kita lihat laman-laman dan blog-blog pimpinan PKR, perancangan dan seruan untuk rakyat berhimpun itu memang wujud. Ini dibuktikan oleh Azrinizam Ibrahim yang membuktikan Ginie Lim (Koordinator Media Parti Keadilan Rakyat) pernah mengajak penyokong PKR untuk menyatakan sokongan terhadap undi tak percaya di hadapan Parlimen.

Sebagai Muslim yang percaya dengan hukum-hakam Islam, saya sepatutnya percaya kepada Anwar. Tetapi, Anwar perlu mengatakan dengan tegas bahawa koordinator media itu yang memandai-mandai mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa pengetahuannya.

Nasi sudah menjadi bubur. Adakah Ginie Lim sanggup mengaku dirinya berbohong untuk menjaga air muka Anwar? Ataupun Anwar mungkin mengaku bahawa dirinya terlupa dan menjilat ludah dan kahak hijaunya kembali?

Kesudahannya, pihak keselamatan  dan rakyat menjadi mangsa. Namun, untuk mengatakan PKR tidak terlibat adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Anwar ataupun Ginie Lim mesti berkata benar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: