Layakkah “Nasihat” Taha Jabir Al ‘Ulwani Dikatakan Fatwa?

Pertama sekali, penulis membaca di Harakahdaily tentang “fatwa” yang dikeluarkan oleh seseorang yang bernama Dr. Taha Jabir Al ‘Ulwani. Penulis agak kehairanan kerana siapakah sebenarnya Dr Taha ini. Selalunya, kita jarang mengambil sesuatu “fatwa” melainkan daripada seorang mufti.

Dr Taha Jabir Al ‘Ulwani adalah Presiden Cordoba University yang dahulunya adalah Graduate School of Islamic and Social Sciences di Washington. Oleh itu, beliau bukanlah mufti mana-mana negara ataupun negeri. Maka, boleh dikatakan ia adalah nasihat tetapi bukannya fatwa. Jikalau begitu, barangkali nasihat daripada Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam UM pun boleh dikatakan fatwa. Mungkin ada yang membandingkan dirinya dengan Syeikh Qaradhawi ataupun Syeikh Al Albani, tetapi dalam keadaan isu yang tengah hangat sekarang ini lebih baik “fatwa” ini dikatakan nasihat dari ulama’ luar negara bukannya dilabel sebagai fatwa.

Lantas, penulis pun membaca apa yang dinamakan “fatwa” tersebut. Penulis bersetuju dengan kebanyakan perenggan awal “fatwa” tersebut sehinggalah tiba-tiba terdapat tuduhan daripada terjemahan Dr Taha Jabir Al Ulwani tersebut yang bermaksud:

“Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka. “

Adakah patut bagi seorang yang bergelar ulama’ menjatuhkan hukum terhadap kerajaan Malaysia walaupun tiada bukti? Walaupun inilah yang hendak didengar oleh pihak pembangkang terutamanya PKR dan PAS, tetapi ini adalah tuduhan yang tiada bukti. Dikatakan kerajaan Malaysia sama seperti Kerajaan Atheis Ba’ath Iraq.Oleh itu, tidak patut bagi sesuatu fatwa yang mengandungi fitnah dan pembohongan padahal sepatutnya perkara ini perlu dikaji dan diperiksa. Tidak patut bagi seorang intelek yang mengetuai sebuah institusi Islam di Amerika berlaku begitu dan “fatwanya”mempunyai unsur malafide dan fitnah.

Oleh itu penulis sukalah mengingatkan agar umat benar-benar menghayati ayat 6 surah Al Hujurat yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. “

Oleh itu mari kita selidik latarbelakang Dr Taha Jabir Al ‘Ulwani dan kenapakah Dr Taha Jabir Al ‘Ulwani sanggup mengeluarkan “fatwa” berkenaan? Dr A. Hamid Abu Sulaiman, Dr Jamal Barzinji, Almarhum Prof Ismail al Faruqi, dan Dr Taha Jabir Al ‘Ulwani adalah pengasas IIIT (The International Institute of Islamic Thought ).Di dalam laman Cordoba University juga mengesahkan perkara ini bahawa Dr Al Ulwani adalah Pengarah International Institute of Islamic Thought.

Mentor mereka adalah Almarhum Prof Ismail al Faruqi, bekas Professor of Religion di Universiti Temple Amerika Syarikat. IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 dan berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat . Dikatakan Anwar juga salah seorang daripada pengasas IIIT dan Dr Taha  pernah memimpin Anwar selepas kematian Prof. Ismail Faruqi dalam MSA Canada, USA. Oleh itu, tidak hairanlah Dr Taha Al Ulwani terus mengeluarkan fatwanya untuk menyokong Anwar.

Selain itu mari kita lihat apakah yang cuba dibawa oleh Dr Taha Al ‘Ulwani. Perkara ini terdapat dalam objektif dan misi Cordoba University iaitu:

“The curriculum develops an “ijtihad orientation” that is capable of overcoming the drawbacks of the classical Islamic legacy, while benefiting from the depth and richness of its contributions.”INTRODUCTION TO THE GRADUATE SCHOOL OF ISLAMIC AND SOCIAL SCIENCES

Bermaksud, kurikulum yang dibentuk untuk pengajian Islam di Cordoba Universiti adalah berdasarkan panduan ijtihad yang berupaya menyelesaikan kemunduran warisan Islam klasik di masa yang sama mendapat faedah dari kedalaman dan kekayaan sumbangannya.Jadi apakah maksudnya? Ia disimpulkan oleh Prof. Charles Kurzman sebagai Islam Liberal dan Islam liberal inilah yang ditentang oleh PAS.

Selain itu, Dr Taha giat mempromosikan dialog antara agama terutamanya dengan agama Kristian. Dr Taha Al Ulwani terlibat dalam Washington Theological Consortium (WTC)sebagai ahli bersekutu dalam lembaga pemegang amanahnya yang dianggotai oleh ramai pemuka-pemuka Kristian Amerika. Malahan, salah seorang public trustees (pemegang amanah awam) adalah Mary Hennes Brown, pegawai belanjawan dan politik karier untuk CIA. Oleh itu, hubungan WTC dan CIA tidak dapat dinafikan.

Dengan itu, penulis berharap Harakah agar perlu berhati-hati sebelm menyiarkan sesuatu “fatwa”. Bagi penulis, Harakahdaily perlu memeriksa dahulu latarbelakang pemberi fatwa kerana dibimbangi boleh menyesatkan fikrah ahli jamaah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: