Mubahalah Liwat Anwar-Saiful: Benarkah Nik Aziz Terlebih Pandai?

Isu liwat masih tidak sudah. Isu ini agak berpanjangan dari 28 Jun yang lepas selepas Saiful Bukhari Azlan melaporkan bahawa dirinya diliwat. Maka, ramai yang sangsi. Ada yang beranggapan ia satu konspirasi, tetapi ada juga yang kata mungkin ianya asli. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, Mufti Perlis Dr Asri berkata, harus dilakukan Mubahalah. Datuk Nik Aziz juga bersetuju begitu juga dengan sayap pemuda Jamaah di Selangor.

Namun, ada yang tidak bersetuju. Sejak Sabtu lepas, Zulkifli Noordin, pemuka PKR sudah membantah. Katanya, bersumpah sambil junjung al Quran cadangan Yang Berbahagia Dr. Mufti itu bukan dari sunnah. Mungkin pemuka PKR ini sudah keliru, bahawa bukan Dr Asri yang mencadangkan junjung-menjunjung ini, tetapi “ketua kampung” PR, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, ini cara Kristian, bukan cara Islam. Dikatakan lagi sumpah menyumpah ini tiada dalam Islam dan bukan dari hadith mahupun al Quran. Takjub penulis. Kalau Mufti Perlis tak ikut hadith dan Al Quran, siapa lagi pula, yang berkempen ikut hadith dan Al Quran.

Seolah-olah, hendak dikata bahawa PAS hendak menganjurkan konsert tayang punggung kalau benar Dr Asri mengeluarkan nasihat bukan dari al Quran dan hadith. Itulah analogi dan perumpamaan yang sahih.Begitulah yang boleh disimpulkan, kadangkala sokong membawa rebah. Pemuka PKR sepatutnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar tidak salah tuduh.

Dinukilkan di dalam Harakahdaily bahawa Mufti Perak, Datuk Harussani pula tidak bersetuju dengan upacara sumpah Anwar ini. Dalam kenyataan asalnya, Mufti Perak berkata mereka yang mencadangkan mubahalah ini sebagai:”cadangan dari orang yang terlebih pandai.”  Mereka sepatutnya memetik kenyataan ini terus dari Dr Asri sendiri bukannya terlebih pandai mengatakan beliau dalang yang mencadangkan upacara angkat Al Quran.

Jikalau ini kualiti kewartawanan Harakah, maka sukarlah rakyat henak percaya dengan kethiqahan Harakah selepas ini dan ini boleh mendatangkan fitnah kepada orang yang tidak bersalah. Namun, persoalannya, kenapakah pandangan Datuk Nik Aziz, Pemuda PAS Selangor dan Dr Asri ini seolah-olah diperlekehkan oleh media utama PAS? Kenapakah kedegilan Anwar untuk bersumpah dan pandangan Datuk Harussani lebih diangkat dan dipuja? Milik siapakah Harakah? Anwar atau PAS? Ataupun tindak taduk Harakah dikuasai oleh aparat Anwar yang masuk PAS tetapi sanggup membelakangkan jamaah demi bos lama?

Maka, melihatkan seolah-olah media PAS sendiri tidak senada dengan suaranya, mungkinkah kenyataan terbaru MB Kelantan yang tidak mahu menjadi orang tengah itu dipengaruhi oleh sikap Harakah yang tidak menghormati pandangannya? Pelbagai spekulasi dan andaian yang boleh ditafsirkan daripada tindakan “ketua kampung” Pakatan Rakyat tersebut.

Ketakutan dan belitan Anwar untuk bersumpah dapat dilihat dengan tindakannya untuk membabitkan ulama’ luar negara. Prosedur yang mudah disusahkan seperti permintaaan Puteri Gunung Ledang nampakanya. Apa susahnya bersumpah dengan nama Allah mengikut prosedur yang digariskan oleh Mufti Perlis tersebut?Tetapi, dilaporkan bahawa Saiful Bukhari sendiri telah mencabar Anwar untuk bersumpah. Maka, tidakkah Anwar terasa tercabar untuk menjaga maruah dirinya dan ahli keluarganya?

Ternyatalah jika Anwar masih berdolak-dalik dalam hal sumpah ini, maka nyatalah si cicak mengkarung bernama Saiful Bukhari Azlan telah berjaya mencalarkan Brother Anwar Bin Ibrahim ini secara saraf dalam pencak silat mempertahankan maruah diri dan keluarga. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: