Perebutan Diari Merah Anwar: Tamatkah Dengan Keputusan Kes Anwar-Saiful?

Apabila Nik Nazmi menjadi ADUN Seri Setia Selangor, maka dengan tidak semena-mena, ramai di kalangan anak muda yang bergentayangan di sekeliling Anwar berangan-angan untuk memegang Diari Merah Anwar. Barangkali, itulah makam yang paling tinggi untuk mahasiswa-mahasiswa penyokong Keadilan.

Kadang-kadang terasa, kita bukan melihat politik Melayu tetapi seperti membaca komik Cina. Seperti membaca komik Senjata Misteri adakalanya. Maka, di sini mungkin kelebihan mahasiswa ahli jamaah. Tiada relik yang hendak dikejar. Tiada serban merah Nik Aziz ataupun ketayap merah Haji Hadi. Cumanya, ada yang mahu menjadi ikon gerakan mahasiswa, yakni melalui apa cara sekalipun, tidak kisahlah termasuklah melanggar hukum qazaf ataupun menyatakan parti pemerintah sebagai parti syirik untuk mempopularkan diri ataupun hendak mengatakan fikrah merekalah yang paling jelas.

Gerakan pemuja Anwar rupanya telah beralih kiblat dari IPTA khususnya UM dan UIA ke universiti swasta. Barangkali, ini ada kesan dari dominasi gerakan mahasiswa pembangkang oleh jamaah PAS dan juga penguasaan Aspirasi ke atas IPTA baru khususnya bekas-bekas Kolej Universiti. Ditambah pula UNITEN pernah dihuni dan dijadikan tempat belajar oleh anak Anwar sendiri.

Selepas kes tuduhan liwat Anwar 28 Jun, nama Saiful Bukhari tiba-tiba muncul. Sebelum ini, namanya hanyalah tertumpu di UNITEN. Lebih-lebih sedikit, namanya menjadi bualan hangat sekumpulan mahasiswa yang bergentayangan di dalam grup Anwar Ibrahim Club (AIC). Maka, marahlah sekian rakyat jelata di dalam AIC melihatkan kenaikan mendadak Saiful Bukhari memanjat dan mendaki jawatan di Pejabat Anwar. Tidak disangka-sangka bagi mereka bahawa orang yang mereka seranahkan selama ini, akhirnya naik lebih tinggi dari mereka.

Malang sekali bagi Saiful, sejarah ditulis oleh dua golongan. Golongan yang menang dan golongan yang menguasai media. Saiful diserang hebat sejak dia “bergraduasi awal” dari kampus UNITEN. Oleh itu, sebenarnya Saiful pun bercadang mengorak  untuk meninggalkan dunia politik yang tidak ubah seperti dunia mafia baginya, untuk mencapai cita-citanya sebagai juruterbang.

Namun, PRU ke 12 mengubah segala-galanya.Sebermula dari Rahimi Osman yang menjadi seolah-olah dewa bertangan lapan menyelesaikan masalah Anwar sebagai Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik dalam kemelut pilihanraya. Dari situ, ini menunjukkan PKR yang gah sebenarnya kurang bala tentera. Kebanyakan penyokong hanya mampu berzikir reformasi tetapi hanya setakat di dalam hati dan mulut sahaja. Panglima di Kedai Kopi tarafnya.

Dari situ, Saiful Bukhari dikatakan datang membantu. Tatkala, mereka yang berzikir akan nama Brother Anwar Bin Ibrahim selesa di kampus dan tempat kerja, anak muda inilah yang menghunuskan pedangnya di medan kempen dan pilihanraya. Tidur 2-5 jam sehari tidak menjadi masalah, kerana ingin menolong kawan dan juga PKR.

Namun, atas dasar itulah yakni obervasi Brother Anwar Bin Ibrahim, Saiful Bukhari memanjat tangga sebagai orang harapan Anwar dan bukannya orang-orang AIC. Tetapi, penulis sangsi dengan cara orang-orang AIC berfikir. Mereka marahkan Saiful Bukhari kerana “berjaya” menawan hati Anwar. Jikalau benar, adakah wajar dimarahkan musang makan ayam kerana memang itu makanan musang? Tidakkah yang patut dimarah si empunya ayam kerana membiarkan rebannya bocor dan tidak terjaga?

AIC sepatutnya tatkala itu, patut menyedari bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim bukanlah seorang jeneral dan strategis perang yang bijaksana dan baik seperti yang digembar-gemburkan. Jikalau “agen” musuh pun tidak dapat dihidu, apatah pula dengan cabaran yang lebih besar dari itu? Kenapakah Saiful sahaja yang dimaki dan dikeji oleh geng Najwan Halimi dan Ainis Azreen? Tidakkah sang pencinta musang pun patut dikaji dan dianalisis kesalahan dan ketidakbijaksanaannya?

Tetapi, di dalam dunia ini, seperti biasa, orang hanya mahu melihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya walaupun sebenarnya, suara hati mereka tahu bahawa apa yang mereka percaya itu salah.

Oleh itu, kita akan lihat selepas ini, apakah perjuangan memiliki ‘Diari Merah Anwar’ akan terus menjadi igauan puak-puak mahasiswa pemuja Anwar? Jawapannya hanya menunggu tatkala siapakah yang benar, Saiful ataupun Anwar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: