Qazaf: Adakah Hanya Untuk Penuduh Anwar Sahaja?Orang PMI Macam Mana?

Kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim yang terbaru sedikit sebanyak menenggelamkan kemeriahan politik kampus. Sedikit sebanyak, pemerhati politik kampus terlalai dan tercuai seketika. Dan dalam pada masa ini, makar/perancangan PMI/JIK sebagai alat PAS di kampus sedang digerakkan di atas nama Operasi Gerak Gempur(OGG). Ya, selepas ini ahli-ahli jamaah akan menggempur kolej-kolej seperti Orc dalam filem Lord Of The Rings. Oleh itu, layaklah operasi ini digelar sebagai OGG.

Maka ramailah junior-junior terutamanya tahun 2 jamaah ini yang diperalatkan saluran najis PAS sehingga menipu orang tua asbab percutian semester mereka dipendekkan. Inilah penyelewengan dan machivalisme yang dilaksanakan hatta kepada ibu bapa. Hak ibu bapa untuk bersama anak-anak mereka di Universiti yang sepatutnya pulang, dirampas dan diperkosa oleh gerakan saluran belakang PAS ini.

Syahdan, berbunyilah amir dua jamaah. Kata mereka, rakyat harus bertenang dengan tuduhan Anwar liwat lagi ini. Penulis bersetuju. Biarlah Polis dan Kehakiman Negara yang menguruskan semua. Serta janganlah memfitnah seseorang itu sebagai menggiani lubang kunyit. Penulis sangat bersetuju. Tidak ada bantahan.

Tetapi, harus diingat juga. Tidakkah sepatutnya ada pembelaan ke atas Saiful Bukhari Azlan? Sepatutnya sebagai bekas rakan mahasiswa yang lebih dekat dengan mereka di alam mahasiswa, kedua-dua amir jamaah ini seharusnya meminta penyokong PKR khususnya dan PR umumnya tidak mengganggu dan menghukum Saiful sebagai pemfitnah dan alat konspirasi.

Kedua-dua daripada pemimpin mahasiswa ini sepatutnya juga meminta sebarang serangan saraf tidak membabitkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, DSAI ataupun Saiful Bukhari. Jangan dicerca ahli keluarga kedua-duanya dengan tuduhan si suami atau si tunangnya membontoti dan dibontoti atau sebagainya.

Namun, apa yang penulis dan masyarakat lihat adalah mereka telah bagaikan menjatuhkan hukum bahawa Saiful Bukhari yang bersalah dan Anwar difitnah. Tidakkah ini juga adalah fitnah? Bagi penulis, Anwar perlu telus serta jelas keterangannya bahawa dia bukan sefeel dengan kaum Nabi Luth dan Saiful juga perlu berbuat sesuatu untuk mengatakan bahawa hanya salah seorang yang bersalah.

Penulis tertarik dengan kenyataan Mufti Perlis tentang mubahalah. Masyarakat dapat melihat bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Inilah yang sepatutnya diikuti oleh kedua-dua pemimpin pelajar ini. Janganlah membiarkan akal dan pengadilan diliwat oleh emosi dan perasaan. Suka juga penulis mengambil qawa’id fiqqiyyah yakni:

al-Aslu fi baraa’ati az-zimmah‘ [maksudnya: asal seseorang itu kekal bersih atau bebas dari kesalahan sehinggalah satu-satu pertuduhan itu sah dibuktikan].[1]

 

Oleh itu, Saiful juga tidak bersalah di pandangan masyarakat kerana itu haknya mempertahankan dirinya yang dirasakan dizalimi dan Anwar juga tidak bersalah dari tuduhan liwat ini selagi mana tiada bukti yang sahih. Ini pandangan yang sahih dan sepatutnya diambil oleh semua pihak.

Namun, ada juga yang tidak cermat dengn mengaitkan Presiden MPP sebuah Universiti yang kebetulan segambar dengan Saiful Bukhari. Ini mengaitkan seolah-olah, Presiden MPP itu ada jawapan terhadap peribadi Saiful dan kejadian siyasah kebelakangan ini. Tidakkah tuduhan yang mengandungi unsur mala fide ini menunjukkan seolah-olah penuduhnya tidak habis usrah dan kurang tarbiyyah?

Padahal dikatakan seseorang pejuang yang cukup tarbiyyahnya haruslah tidak dibelenggu maradhu asy-syawat (maksud: penyakit nafsu/emosi) seperti

(1)al-fisqu (kefasikan)

(2)al-kibru (kesombongan atau merendah-rendahkan sesuatu pihak)

(3)al-dzolmu (kezaliman atau tidak meletakkan sesuatu/tindakan tepat pada tempatnya)

(4)al-Kizbu (pendustaan atau menyembunyikan hak); dan

(5)kathratu al-ma’aashi (lazim dalam kemaksiatan).[1]

Maka sesuailah dengan firman Allah:

Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.[As Saff:3]

Janganlah kerana kita terlalu membenci sesuatu pihak maka kita membuat fitnah dan menzalimi peribadi yang kita benci. Akibat terlalu benci maka ada pihak yang mungkin boleh dikenakan qazaf akibat kesemberonoan yang kononnya dilakukan atas nama perjuangan.

Terdapat pihak yang mengadu bahawa bekas TNC sebuah Universiti telah terlibat dalam satu skandal seks, tanpa melihat kejadian itu dengan mata kepalanya sendiri (seperti keris masuk ke dalam sarung mengikut kias ala guru pondok dalam hal ini) serta tiada juga beserta 4 orang saksi yang adil.

Namun, perkara ini telah diadukan kepada Tribunal Universiti Malaya. Maka, sepatutnya sang pengadu harus bersyukur bahawa kes ini seolah-olah tiada tindakan kerana jika diambil serius, si pengadu wajib dikenakan qazaf dalam sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam seratus-peratus kerana dirinya sendiri tidak melihat kejadian itu serta rabun matanya dan mempunyai dendam silam dan berkesinambungan ke atas si yang dituduh(yakni tidak adil).

Oleh itu, kita ingin melihat, adakah jamaah akan mengutuk perbuatan si penuduh yang patut diqazafkan ini? Jikalau jamaah ini benar-benar ingin mendaulatkan hukum Islam, maka kita akan lihat apakah hukuman yang bakal dikenakan oleh jamaah terhadapnya ahlinya walaupun kroninya itu berpengaruh besar ke atas jemaah.

Penulis mencabar Jamaah Islam Kampus supaya melaksanakan hukum Allah ke atas penuduh ini atas kadaran yang mampu. Jikalau tidak, jangan bicara soal keadilan dan kedaulatan hukum Allah yang diperjuangkan, kerana pemimpin JIK sama sahaja zalim dan fasiq dalam tindak-tanduknya ke atas orang yang dalam kekuasaannya atas dasar kronisme, nepotisme serta penuh dengan ampusana wa ampusini.

Oleh itu, penulis yang tiada kuasa ini dan juga orang di sekelilingnya (termasuklah yang dituduh) hanya menanti pembalasan untuk si penuduh ini  dikreditkan di akhirat kelak dengan azab yang maha pedih. 

1.Isu Liwat DSAI Mungkin Afandy Tanjong Ada Jawapan . Dipetik Dari http://zainulfaqar.wordpress.com/2008/07/01/isu-liwat-dsai-mungkin-afandy-tanjong-ada-jawapan/[3 Julai 2008]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: