Zalim dan Fasiqkah PMI/Kampusnegara Jika Tidak Menghukum Zainulfaqar?

zainulfaqar1

Zainulfaqar pernah menuduh seorang bekas TNC HEP mempunyai skandal seks tanpa mengemukakan 4 saksi yang hak.Tuduhan Zainulfaqar boleh dilihat di link ini.

Penulis melihat terdapat sedikit perdebatan di antara pembaca blog penulis tentang wajarkah Otai PMN dikenakan Qazaf. Ada juga yang sampai sanggup keluar dengan beruk katanya berkenaan hal ini. Pada dasarnya, adakah patut jatuh kewajipan menjalankan hukum itu ke atas si penuduh apa nama bekas TNC UM itu. Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada As Sunnah dan juga pandangan ulama’. Oleh kerana orang PMI masih thiqah dengan Zaharuddin, maka penulis akan mengambil pandangannya dan kupasannya dalam hal ini. 

Hukum qazaf adalah berdasarkan ayat berikut:

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Pada pendapat Imam Qurtubi: Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi). [1]

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433) [1]

Zaharuddin juga menambah bahawa selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh. Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah. [1]

Maka, harus diingat bahawa tuduhan terhadap bekas TNC tersebut dilakukan tanpa melihat sendiri perbuatan zina tersebut dan telah disebarkan dengan meluas di internet. Harus diingat bahawa mengikut kupasan Zaharuddin, penuduh tersebut adalah fasiq dan sebarang kesaksian darinya mesti ditolak.

Barangkali ada yang mahu mengambil hukum yang paling ringan (tetapi ada risiko kerana para tabi’in dan ulama’ salafus soleh banyak yang menolak kaedah ini), tetapi setakat ini penulis tidak melihat ada usaha untuk meminta maaf secara terbuka ataupun cubaan untuk menarik balik tuduhan, yang dikaluti adalah persediaan hendak mengadu domba mahasiswa dengan kerajaan dan pihak keselamatan pada hari ini di Stadium Kelana Jaya. Seolah-olah, tiada sikit pun rasa kesal di hati nampaknya.

Meskipun PMI/JIK ataupun PAS tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan hadd kerana tiada kuasa sebagai pemerintah, tetapi mereka boleh memboikot, menggantung keahlian atau melarang sebarang kerja kewartawanan dijalankan (oleh sang penuduh kerana larangan penerimaan kesaksian darinya oleh Allah) jika pihak berkenaan ikhlas memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah di atas muka bumi ini.

Jika tidak, maka mereka telah mengingkari hukum Allah kerana Allah telah memberi amaran bahawa haram mengambil persaksian dari orang yang fasiq. Dan ingatlah bahawa orang yang tidak menjalankan hukum Allah boleh jatuh dalam tiga kategori iaitu kafir, zalim ataupun fasiq. Maka , PMI boleh memilih salah satu dari tiga perkara ini jika tidak takutkan Allah Taala. Dan mana-mana orang PMI pun tidak seharusnya cenderung kepada orang yang patut kena qazaf ini jika benar-benar takut pada Allah Taala.

Sekarang wujud persoalan bahawa perlukah bekas TNC tersebut bersumpah bahawa beliau tidak pernah berskandal? Sebenarnya, beban itu adalah pada yang tertuduh bukan pada yang dituduh. Ini adalah konsep yang diterima pakai di mana-mana tempat dan masa, fi kulli makan wa fi kulli zaman. Maka bebanan itu, tiadalah pada pundak bekas TNC tersebut sedikitpun.

Kes otai dan apa nama bekas TNC ini adalah berlainan dengan kes Anwar-Saiful Bukhari. Melainkanlah tuduhan asal skandal seks itu adalah  lubang kunyit si otai ini pernah mengandungi DNA bekas TNC tersebut, maka bolehlah dicabar kedua-dua pihak bersumpah. Inilah keindahan hukum Islam.

Malah, jika kita merujuk pelbagai hadith tentang hukum hadd ke atas zina pun, Nabi kurang mahu menjalankan hukum rejam ke atas pengaku dan menyuruh pengaku tersebut supaya pulang sahaja. Namun, selepas berulangkali si pengaku datang untuk dijalankan hukum Allah, maka barulah Rasulullah menjalankan kewajiban tersebut.

Hukum meminta la’nat ini adalah untuk terutamanya si suami yang syak bahawa anaknya itu bukan anaknya dan dia tidak ada saksi untuk pertuduhan zina isterinya tersebut walaupun berlaku perbuatan keji itu berlaku di hadapan matanya. Oleh itu, diminta kedua-dua belah untuk meminta la’nat jikalau salah satu bersalah dan mereka akan bercerai selama-lamanya. Ini adalah hukum yang difahami umum.

Maka, DNA hanyalah sebagai qarinah sahaja tetapi bukan sumber hukum yang muktamad. Barangkali pembuktian melalui DNA ini hanyalah penguat syak ataupun pemati syak sebelum upacara li’an dijalankan. Oleh itu, dikiaskan hukum li’an ini untuk kes Anwar-Saiful Bukhari kerana Saiful tiada saksi yang membolehkan kesahihan liwat ini berlaku serta Anwar dikiaskan berada di pihak isteri yang dikatakan berzina maka Anwar perlu membalas balik pertuduhan tersebut melalui sumpah la’nat. Diharapkan kebenaran selepas itu akan muncul sebagai petanda kebenaran.

Hakikatnya, menuduh lelaki ataupun perempuan yang sebagai penzina ataupun peliwat ini adalah salah besar dari hukum agama. Namun, sekarang kita akan melihat keikhlasan sebuah jamaah Islam di Kampus melaksanakan hukum Allah apabila terkena pada salah satu orang kuatnya.

Adakah kampusnegara, mahasiswakini ataupun Harakah akan terus membenarkan orang yang patut kena qazaf ini terus mengadu domba mahasiswa dan rakyat? Adakah PAS dan alatnya akan terus mengambil berita, meneruskan polisi pengendalian maklumat ataupun laporan dari makhluk ini?

Jikalau mereka teruskan, tanyalah mereka samada mereka patuh kepada hukum Allah Taala menurut ayat 4 Surah An Nur ataupun golongan inilah yang Allah Taala maksudkan dalam ayat 3 surah As Saff (surah favourite budak-budak PMI dalam tamrin dan solat jamaah).

[1] Liwat: boleh percaya atau tidak.Dipetik dari www.zaharuddin.net (6 Julai 2008 )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: