Anwar Takut Lantai Simen dan Ditelanjangkan?

Baru-baru ini Anwar telah semangatnya pergi ke BPR untuk menyerahkan dokumennya tentang apa yang dikatakan salah laku Ketua Polis Negara dan Peguam Negara semasa mengendalikan kesnya 10 tahun yang lalu. Begitulah keadaannya jikalau orang dilayan mengikut cara yang dia mahu. Maka,segalanya baik dan indah belaka.

Anwar dalam kes tuduhan liwatnya bukanlah pesalah politik ataupun orang yang menuduh. Dia adalah tertuduh. Sudah menjadi hak yang tertuduh, hanyalah apabila diisytiharkan bersalah, barulah jatuh hukum. Jika belum lagi sabit kesalahannya, maka orang itu sama macam orang lain. Bebas dan merdeka.

Namun, sebagai orang yang dituduh, tiada layanan istimewa patut diberikan kepadanya semasa soal siasat ataupun sebarang pemeriksaan dlakukan oleh pelbagai agensi yang terbabit. Anwar bukan Ketua Umum PKR, bukan bekas Timbalan Perdana Menteri dan dia bukan juga bakal Perdana Menteri (walaupun sekadar angan-angan) sewaktu ditahan untuk soalsiasat. Dia hanyalah tertuduh seperti orang lain yang dituduh salah.

Penyokong Anwar wajar berfikir dengan waras. Benar, Anwar orang yang dihormati dan disanjungi penyokongnya. Namun, penyokongnya harus berfikir bahawa undang-undang sepatutnya neutral dan buta. Ia tidak kira siapa. Jikalau Anwar mahukan layanan istimewa, maka ia tidak adil untuk rakyat biasa yang juga dituduh samada memang itu kesalahannya ataupun dianiaya. Apakah penyokong PKR hendakkan seorang pemimpin yang hanya hendakkan penyokongnya berkorban tetapi dirinya sendiri tidak mahu sedikit pun kesusahan?

Rakyat yang menyokong PKR sanggup bermandikan air asid dan berjemur di tengah panas. Malahan, ada di antara mereka yang sanggup berkorban diISAkan. Tetapi, bagaimana dengan Anwar? Brother itu seolah-olah tidak sanggup susah. Cerita lantai simen diperbesar-besarkan.Malahan, untuk kemudahannya, dia boleh berkubu di kedutaan asing terbirit-birit menyorokkan diri.

Dalam kes Anwar telanjang, HKL dan Anwar memberikan dua versi yang berbeza. Satu seolah-olah tidak malu mengaku ditelanjangi, satu lagi menafikan kehormatan Anwar dicabuli. Kita tidak pasti samada wartawan tersilap tafsir kerana secara harfiyahnya iaitu literalnya, tiada kata-kata bahawa Anwar tidak ditelanjangkan daripada mulut Pengarah HKL.

“Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu,” kata Dr. Zaininah dalam kenyataan di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0720&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive

Oleh itu, barangkali kehormatan Anwar disaksikan, cumanya, berapa lama? Adakah dia dibogelkan terus tetapi sebentar atau dibiarkan berbogel untuk suatu ketika yang lama? Itu persoalan yang rakyat harus tanya kepada Anwar. Jikalau dia dibuka baju dan seluar luar dan dalam untuk melihat keadaan kesihatannya dan ditutup pantas, maka ia mengikut prosedur yang biasa.

Untuk orang normal yang ingin membuat pemeriksaan biasa terutamanya untuk ke Universiti pun, doktor akan melihat kemaluan orang yang diperiksa. Tidak timbul soal kehormatan dicabuli. Apatah lagi jikalau orang yang dituduh salah dalam jenayah seks. Maka, sukarlah untuk tidak percaya bahawa anu si tertuduh tidak akan diperiksa. Ini bukan perkara yang lucu.

Oleh itu, sepatutnya kes Anwar telanjang tidak seharusnya diperbesar-besarkan Anwar. Yang patut Anwar marah adalah kepada R Sivarasa kerana tidak melakukan sesuatu untuk menasihatkannya agar tidak dibogelkan. Peguamnya boleh bertegas dengan hospital tetapi dia tidak. Sivarasa tidak memberi nasihat demikian sebagaimana tegasnya Sivarasa dalam isu DNA.

Perkara ini sebenarnya keanak-anakan. Tetapi, keanak-anakan Anwar ada matlamat. Tujuannya ialah untuk mewujudkan keraguan terhadap semua institusi yang boleh mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat ini mengikut undang-undang negara. Hospital, Pejabat Peguam Negara, Bukit Aman dan selepas ini mungkin Jabatan Kimia akan cuba dicemarkan imejnya sebaik mungkin oleh Anwar.

Ini kerana jabatan-jabatan kerajaan ini boleh mensabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut. Sebelum keputusan dijatuhkan, maka cemarkanlah nama jabatan-jabatan ini supaya jatuh kredibilitinya. Padahal, sepatutnya Anwar menunjukkan contoh yang baik terhadap rakyat agar menjunjung kedaulatan undang-undang. Tetapi, tidak pula kesnya dengan BPR kerana harapannya keputusan BPR akan berpihak kepadanya. Jadi, itu sebabnya kredibiliti BPR tidak diganggu gugat untuk mencapai matlamat politiknya.

Oleh itu, rakyat terutamanya penyokong PKR harus berwaspada. Sokonglah Anwar sebagai seorang pemimpin politik sahaja, tetapi janganlah bicara soal perjuangan kepadanya. Orang yang banyak dalih dan musabab seperti ini bukanlah seorang pejuang tetapi politikus yang berhati tikus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: