Apa Muslihat Anwar Tidak Mahu Beri DNA?

Brother Anwar Bin Ibrahim sekali lagi mengelak. DSAI mengelak untuk memberikan DNA kepada pihak berkuasa. Sekali lagi tuduhan telah dibuat terhadap Kerajaan Malaysia yang berkepalakan Yang Dipertuan Agong. Tuduhan tidak berasas sekali lagi. Kononnya, DNAnya barangkali akan dimanipulasi.

Penulis hairan ini berlaku. Bagi penulis, Brother Anwar menunjukkan contoh yang kurang baik kepada masyarakat. Selepas ini, sukarlah kita hendak menangkap penjenayah. Jikalau kita hendak mengambil cap jari ataupun sampel DNA, sang penjenayah tersebut mungkin akan beria-ia meniru kenyataan Anwar. Takut sampel dimanipulasi. Takut dianiaya. Kalau begitu, bungkus sajalah siri CSI, kalau ramai orang macam Anwar.

Kita sudahlah gawat berhadapan dengan kes Nurul Jazlin dan Sharlinie. Bayangkan jikalau akhirnya kita berjaya mendapat penjenayah tersebut, tetapi penjenayah tersebut (yang kita tahu memang licik) menggunakan alasan ala-ala Anwar, tidakkah kita akan terlepas akan seekor raksasa yang selama ini kita buru ke lubang cacing? Anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk melepaskan dirinya secara siyasah.

Anwar sepatutnya tidak takut memberikan sampel. Kerana di sisi ugama Islam (yang dipetik dari Qazaf: Mangsa Fitnah” (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001)) memberi jaminan bahawa keputusan DNA tidak melayakkan Anwar untuk dihukum hudud atas jenayah liwat. Oleh itu, Anwar sepatutnya faham dan tidak takut bahawa walaupun jika didapati bersalah, kerana di sisi undang-undang Islam, Anwar tidak bersalah. Jadi, apakah yang ditakutkan oleh Anwar?

Tidakkah Anwarlah yang terhegeh-hegeh ke JAWI untuk melaporkan tuduhan qazaf?Adakah Anwar ini hanya percaya sebahagian dari hukum Islam dan menolak yang lain. Brother Anwar Bin Ibrahim sepatutnya tawakal dengan Allah dan menyerahkan sahaja DNAnya kepada pihak berkuasa. Jikalau ada manipulasi, maka biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Tidakkah juga Anwar berkata bahawa jikalau dia ditangkap (yakni didapati bersalah), ahli Pakatan Rakyat yang lain boleh meneruskan perjuangannya untuk membentuk kerajaan yang adil? Tidakkah Anwar pernah berpesan bahawa jikalau takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan?

Oleh itu, apa lagi yang Anwar tunggu? Ayuh serahkan sahaja DNA itu. Apa yang ditakutkan dengan keputusan DNA tersebut?

Namun, jikalau Anwar tercirit-cirit takut dipenjara kerana rasa tidak selesa akan sejuknya lantai simen, maka makam Anwar jauh panggang dari api jika dibanding dengan Imam Ibn Hanbal, Ibn Taimiyyah dan juga pejuang-pejuang Islam yang mati di penjara sehingga dikagumi oleh pengikut-pengikut Harakah Islamiyyah!(Ustaz Sidek Noor tentu tersenyum membaca komentar penulis).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: