Debat Anwar-Shabery Cheek, Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak:Bolehkah Anwar Menang Bersih?

Malam ini jam 9.00 malam bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, akan berlaku suatu debat yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua penyokong tegar UMNO dan PKR. Untuk sekelian lamanya, Penasihat PKR menunggu peluang untuk muncul di kaca TV secara rasmi selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana dan merengkok di dalam penjara kerana rasuah (bukannya kerana liwat seperti sangkaan ramai). Hampir 10 tahun lamanya, suaranya berkumandang semula di kaca TV secara jemputan.

Tajuk kali ini sebenarnya pada mata kasar tidak menguntungkan kerajaan. Sesuai dengan banner penulis, kekalahan dialami parti kerajaan dalam PRU yang lalu adalah kerana harga minyak dan harga barangan. Maka, disebabkan itulah nampaknya Brother Anwar Bin Ibrahim dengan tidak memikir panjang turun berpencak di gelanggang debat.

Brother Anwar Bin Ibrahim terus menerjah masuk ke gelanggang atas dua faktor utama. Pertama, peluang untuk berucap di dalam media elektronik arus perdana. Kedua, peluang membakar kemarahan rakyat dengan media yang jutaan manusia akan saksikan. Kedua-dua peluang ini tidak akan disia-siakan oleh Brother Anwar Bin Ibrahim.

Menurut kiraan ramai, Menteri Penerangan yang mutakhir ini, bukanlah lawan untuk Anwar. Mereka mengirakan taraf untuk bertempur dengan Anwar samada Perdana Menteri kita, Pak Lah ataupun Dato’ Seri Najib. Kurang dari itu, bagi Anwar adalah seperti cicak mengkarung baginya. Lawan seperti Datuk Ahmad Shabery Cheek  adalah makan kacang dalam sifir kungfunya.

Namun, sebenarnya jika dilihat pada tajuknya secara halus, ia adalah satu jerangkap samar yang dalam untuk Penasihat PKR. Silap gaya, ia adalah point of no return. Ini adalah berkenaan Master Plan Anwar jikalau menjadi Perdana Menteri dalam berhadapan dengan krisis harga bahan bakar global tersebut. Perdebatan ini bukannya untuk menuding  jari kepada kesalahan kerajaan yang sedia ada seperti yang disangka ramai, tetapi suatu viva terhadap hipothesis bagaimana sebuah parti pembangkang mahu menyelesaikan masalah yang ada jika sukses membentuk kerajaan.

Sebagai seorang Menteri muda yang juga bekas Presiden PMIUM sebelum zaman JIK dan Syabab (apatah lagi unit TAMPAN), penulis mengenali beliau sebagai seorang yang bijak mengambil peluang dari kesilapan musuh dan pandai melakukan serangan balas dengan tajam. Pada pandangan penyokong PKR dan pembangkang umumnya, Anwar mesti menang bersih dan menutup rapat segala hujah musuh.

Tetapi, Ahmad Shabery datang sebagai underdog. Beliau tidak perlu tertekan dalam pertempuran kali ini kerana gadaiannya hanyalah untuk mencalarkan dan mencaca merbakan hujah Anwar.Walaupun beliau sanggup meletakkan jawatan jika Kabinet merasakan dirinya tumpas, tetapi ramai yang tahu, jikalau matlamat yang penulis gariskan sudah tercapai, ia sudah merupakan kemenangan besar. Jikalau Anwar gugup dalam membentangkan hipothesisnya, ini tentu merupakan salah satu bala besar Anwar dalam jangka masa sebulan ini (selain dari tuduhan liwat dan sumpah mubahalah Dato’ Seri Najib).

Penulis meramalkan seperti biasa, Anwar akan membentangkan hujah-hujah retorik yang tiada isi untuk menambahkan kemarakan api amarah rakyat. Tetapi, hujah-hujah ini bakal dihadapi oleh Ahmad Shabery dengan kajian yang mendalam. Anwar sebenarnya tiada masa, kerana Brother Anwar Bin Ibrahim menghadapi banyak medan pertempuran hadapan dan sesungguhnya menganggap ini hanyalah mainan semata-mata. Brother Anwar Bin Ibrahim banyak bermain sembunyi-sembunyi di kedutaan orang, menyaman sana-sini dan menuduh orang lain pun ada salah laku. Masa yang berharga untuk berhadapan dengan debat ini terbuang sia-sia.

Dalam menghadapi medan yang dijangkakan ramai sebagai berat sebelah (yang memihak kepada PKR) mungkinkah Ahmad Shabery akan menggunakan buah-buah kunci dan jurus Dosa-Dosa Anwar sewaktu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana untuk mematikan serangan Brother Anwar Bin Ibrahim? Penulis yakin hikmat-hikmat itu masih tersimpan kemas dan rapi serta menunggu masa untuk dipancarkan sahaja.

Adakah Anwar akan menang bersih ataupun akan dicalarkan oleh Shabery Cheek? Oleh itu, marilah kita melihat, siapakah yang akan berjaya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: