GAMIS & PMN Masih Dalam Paradigma Lama

Masakini, massa masih lagi melihat ke arah Brother Anwar Bin Ibrahim. Sakit belakang, telanjang dan DNA, mungkin menjadi keywords bagi brother kita itu. Kagum juga, peguam Anwar bijak dan pandai menyelamatkan Anwar dari ujian DNA tapi gagal menyelamatkan Anwar dari dibogelkan katanya. Pihak hospital sepatutnya boleh memberitahu berapa saat dan minit kes bogel itu berlaku serta disertakai dengan dokumen prosedur piawai.

Jabatan Kimia juga boleh menerangkan, mereka tidak memerlukan sampel darah Anwar tetapi cukup dengan gurisan sel-sel pipi Anwar. Kita hendak periksa DNA bukan periksa kandungan kolesterol, asid urik dan pelbagai lagi bahan larut penanda penyakit. Dengan cara itu barulah, Anwar boleh terbungkam. Orang macam Brader, hanya dengan cara itu saja yang boleh diajar.

Kita berbalik kepada tajuk hari ini. Paradigma sebenarnya adalah perkataan yang dipopularkan oleh Brother Anwar yang hilang sakit belakang ketika menari dalam pilihanraya Ijok dan ketika berdiri berjam-jam menyampaikan ceramah. Dan perkataan paradigma penting dalam menerangkan halatuju organisasi dan di mana organisasi itu hendak dibawa. Itulah kepentingan paradigma.

Parti Mahasiswa Negara (PMN), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) adalah front yang diwujudkan asalnya oleh PMIUM. Kerana dari awalnya, PMIUMlah antara teras dan punca sejarah  dan tradisi politik mahasiswa. Malahan, kes peperangan antara Jamaah yakni ABIM dan PAS di kampus juga berpunca dari rampasan kuasa Muhammad Hussin dalam muktamar PMI supaya PMI dikuasai oleh PAS. Maka, sekiranya kita hendak mengkaji paradigma ketiga-tiga persatuan ini, maka mestilah dikaji dari sejarah PMIUM. Sesiapa yang berkata front-front ini ditubuhkan tanpa campurtangan parti politik, maka orang itu samada buta sejarah ataupun berbohong.

Ada yang mengatakan bahawa GAMIS akan hebat dan dikagumi jikalau mula menjadi jurubicara Ummah. Difahami jurubicara Ummah ini secara simplistiknya ialah mesti lawan kerajaan. Itu  baru jurubicara Ummah. Jikalau katalah Koperasi AL Hilal kepunyaan PAS menyeleweng dan lesap wangnya, katakanlah sehingga memberi kesan kepada ribuan orang, GAMIS sepatutnya tidak masuk campur. Kerana yang menyeleweng itu bukan kerajaan ataupun parti pemerintah. Jikalau dilawan, tidak gahlah GAMIS dan sebagainya, kerana yang menjadi antagonisnya bukanlah parti pemerintah ataupun kerajaan.

Tidak juga menjadi jurucakap Ummah jika membina sistem pangkalan data untuk mengumpul maklumat orang miskin di kampung-kampung dan juga pautkannya kepada pejabat zakat dengan pemantauan dari GAMIS supaya semua orang miskin dapat duit zakat. Sepatutnya mudah, kerana ramai graduan agama yang kerja di pejabat-pejabat Zakat. Hairan, jikalau benar hendak membina kerajaan yang adil dan kemiskinan sifar, kenapa pejabat zakat yang ramai penyokong Jamaah semakin besar tetapi orang miskin pula terpaksa mengemis dalam program Bersamamu?

Tidak juga jadi jurucakap Ummah untuk membina sistem maklumat yang berintegrasi tentang laporan kesesakan lalulintas diawasi oleh BBMN. Ia hanya akan menjadi bicara si jurubicara Ummah apabila ia keluar dalam Harakah untuk kritik kerajaan kerana buat “roadblock” untuk menghalang PAS/PKR yang hendak buat demonstrasi (yang juga disertai jurucakap Ummah tadi).Itu barulah dinamakan mereka jurubicara ummah.

Jurubicara Ummah juga sepatutnya tidak malu menyelesaikan masalah kampus. Berapa banyak kursus yang belum diakreditasi di IPTA oleh MQA? Apakah nasib pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang tidak diakreditasi tetapi pinjamannya diluluskan oleh PTPTN? Adakah jurubicara Ummah ini dengan pakaian BBMN,GAMIS dan PMN ini ada perangkaannya? Ataupun mereka tidak peduli dengan semua ini kerana itu bukan masalah mereka?

Teringat penulis pada pimpinan GAMIS dan PMIUM generasi JPA sewaktu PTPTN baru diperkenalkan, semuanya tidak peduli dan buat tidak reti. Mereka tahu ada caj 4% tetapi tidak ada bantahan besar-besaran.Kerana bagi pimpinan masa itu, masalah PTPTN bukan “masalah aku”, “masalah aku” adalah bagaimana mahu tolong PAS dengan isu reformasi 1998. Mereka hanya berminat dengan isu-isu popular, asyik menelah samada Dato’ Seri Najib pernah berjumpa Altantuya ataupun tidak, tetapi tidak meluangkan masa untuk mengkaji dan menjangka C4 yang bakal merosakkan atau menyusahkan mahasiswa dengan dasar yang ada.

Kelemahan  “jurubicara ummah” dikatakan terletak kepada tarbiyyahnya. Mananya tidak lemah kerana di hujung-hujung tarbiyyah sebelum Tamrin Jelas Fikrah ataupun TAMPAN, tiada lagi penekanan terhadap silibus tentang aqidah, akhlak, ibadah dan lain-lain. Yang ada hanyalah politik. Mana mungkin ada keikhlasan kerana semuanya berpaksikan politik semata-mata. Mana mungkin akal boleh jadi kreatif jikalau silibusnya hanya mampu melahirkan robot semata-mata.

Asal tarbiyyah sepatutnya bersumberkan tauhid yang sebenar-benarnya. Jamaah hanyalah wadah yakni seumpama sebuah kereta dan Hari Akhir itu adalah seperti destinasi. Tetapi, akhirnya output dan produk jamaah hanyalah manusia yang memuja-muja kereta tersebut tetapi terlupa akan tujuan pertama kereta itu dibeli iaitu untuk sampai ke destinasi.

Maka ramailah yang terlebih basuh dan polish kereta itu, dan takut untuk melalui jalan yang berliku kerana takut kereta bercalar ataupun terkena selut. Ramai yang tak sampai ke destinasi sambil berasa gah memandu kereta tersebut walhal orang yang tidak memakai kereta itu yakni hanya berbasikal pun sampai dahulu. Walaupun digembar-gemburkan dalam grup sedemikian hanya pakai kereta sahaja yang boleh sampai ke destinasi idaman.

Malahan, ada yang sehingga sanggup tidak sampai ke tempat yang dituju kerana obses dengan kereta tersebut walaupun kereta itu pancit dan rosak. Oleh itu, silibus usrah hendaklah diubah sebagaimana yang dibuat hampir 1500 tahun yang lepas bukannya sekadar melihat isu semasa semata-mata.

Paradigma mereka akan dulu kini dan mungkin selamanya adalah sedemikian kerana masih gagal merubah wala’ mereka daripada PAS/JIK kepada Islam. Mereka berlaku zalim dan khianat kepada yang lain hanyalah kerana wala’ dan bai’ah mereka kepada PAS/JIK dan bukanlah kepada Islam.

Selama mereka masih berpaksikan apa yang ada di atas bumi sehingga itulah mereka tidak akan dapat menguasai bumi ini. Malah lebih malang, mereka tidak dapat membuat keputusan seperti orang merdeka dan menguasai diri mereka sendiri.

Ingatlah seorang hamba tidak akan dapat memerdekakan hamba yang lain apatah lagi orang yang sudah merdeka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: