Keputusan Debat Anwar-Shabery Cheek, Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak:Anwar Gagal?

Biasa sahaja”,begitulah komen sahabat penulis yang merupakan seorang penganalisis politik semasa tentang Debat Anwar-Shabery Cheek. Maknanya, kalau ada pun tidak apa, tidak dianjurkan pun tidak apa. Ia tidak memberikan extra political mileage kepada Anwar seperti yang diharapkan khalayak ramai.

Brother Anwar Bin Ibrahim sepatutnya boleh membelasah Shabery Cheek dengan 8-0. Sama seperti team bola Jerman mengganyang Arab Saudi semasa Piala Dunia di Korea Selatan. Itulah makam Anwar. Sepatutnya, tiada masalah. Inilah peluang terbaik bagi Anwar menutup mulut penyokong kerajaan. Anwar tidak menggunakan kesempatan itu. Penulis tidak keseorangan. Ini disokong oleh Malaysiakini yang mengulas perdebatan tersebut sebagai it was not quite a walkover by PKR de facto leader Anwar Ibrahim“.

Hujah pertama yang dibawakan Anwar adalah untuk memperbaharui perjanjian dengan IPP (independent power producer) dan menggunakan RM 2 billion yang didapati dari usaha tersebut untuk subsidi minyak. Menurut Datuk Shahrir Samad  (dalam artikel Malaysiakini yang sama), ini bukanlah tindakan yang bijak. Tindakan ini hanya menguntungkan TNB semata-mata dalam perjanjian baru tersebut dan bukannya kerajaan. Ini tidak membantu dalam mengurangkan harga minyak dan juga menambahkan nilai subsidi seperti yang diharapkan. 

Selain itu, Anwar gagal menaikkan kemarahan rakyat dan gagal menunjukkan pemimpin negara tidak kompeten dalam menguruskan sumber seperti yang diharapkan penyokongnya yang tegar. Malahan, Brother Anwar Bin Ibrahim memberi ekspresi bahawa kemungkinan di bawah pentadbirannya juga harga minyak tidak dapat dipertahankan berikutan kenyataannya, yang meminta agar dilihat apa akan terjadi dalam tempoh percubaan jikalau harga minyak diturunkan. Anwar tahu perbendaharaan kerajaan akan bertambah gersang jika hendak menjadi kerajaan popular tanpa melihat kebajikan negara pada jangka masa yang panjang.

Rakyat yang melihat perdebatan itu mungkin melihat tidak ada pendekatan yang konklusif dan konstruktif yang mampu menyelesaikan terus masalah kenaikan harga minyak. Benar.Negara perlu berjimat dan perlu menyelesaikan ketirisan wang seperti yang dikatakan oleh Anwar.

Namun, negara telah mengambil langkah ini, pelbagai langkah penjimatan yang diambil.Tetapi kesannya kepada ekonomi negara mungkin menakutkan jika pendekatan Anwar untuk terlebih jimat diambil. Kesannya, industri perhotelan, perbekalan dan pelbagai lagi boleh lumpuh kerana mereka ini hidup atas kebergantungan terhadap kerajaan. Dengan ini, pengangguran akan meningkat lebih jauh dari yang dikatakan oleh Anwar di zaman dia memerintah. Rakyat mungkin akan mula makan pasir di bawah pentadbirannya.

Datuk Shabery Cheek ada menyebutkan bahawa kenaikan harga minyak tidak berlaku sahaja di Malaysia, ia adalah fenomena antarabangsa. Malahan, idea Anwar untuk menurunkan harga minyak kepada RM 2.20 sendiri merupakan suatu peningkatan sebelum pilihanraya. Harga minyak sebelum itu adalah RM 1.92. Oleh itu, Brother Anwar Bin Ibrahim gagal menyangkal bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga minyak jikalau dia menjadi Perdana Menteri selepas keputusan PRU 12 yang lepas. Malah, jikalau diamati apabila dia naik sebagai Perdana Menteri, harga minyak akan tetap dinaikkan.

Kegagalan Anwar untuk berhujah dapat dilihat lagi apabila ditanyakan apakah strategi Anwar jikalau negara menjadi pengimport bersih minyak dunia selepas kehabisan minyak. Sekali lagi Anwar mengelak dan mengeluarkan kata-kata retorik lagi. Apakah strateginya dan metodologinya? Cukupkah sekadar berjimat cermat?

Jikalau hendak dikorek minyak di negara asing, tidakkah kita terpaksa membayar negara pengeluar tersebut degan harga pasaran yang dipersetujui? Mungkinkah akan dikenakan tambahan cukai dari negara tersebut mengambil kesempatan dari kesempitan negara kita dalam krisis bahan bakar tersebut? Maka, harga minyak tetap akan dinaikkan walaupun pelbagai penjimatan dirancang dan dicadangkan.

Dari situ, Anwar gagal menyakinkan umum bahawa esok memerintah, harga minyak akan turun. Tetapi, yang lebih menyedihkan penyokongnya, keinginan dan impian mereka melihat Shabery Cheek diganyang tidak kesampaian. Mimpi mereka untuk mengulangi Insiden di DECTAR tahun 1998 selepas kes pemecatan Brother Anwar Bin Ibrahim yang mana wakil UMNO, sdr Zain Isma diboo oleh khalayak mahasiswa, tidak kesampaian.

Oleh itu, penulis mengucapkan syabas kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana dapat mempertahankan maruah kerajaan dan mampu memberi pandangan kedua kepada penyokong pembangkang terutamanya aparat Anwar dalam PKR agar lebih memandang jauh ke hadapan dan tidak khayal dengan fantasi sebaliknya berpijak di alam realiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: