16 Sept…20 Sept…?Bila Nujum Pak Belalang Nak jadi PM?

Brother Anwar sudah menjadi Ketua Pembangkang di parlimen. Orang Permatang Pauh nampaknya sayang kepada Brother Anwar Bin Ibrahim. Seolah-olah sumpah Saiful tidak makan di Permatang Pauh. Inilah barangkali kejayaan Anwar yang paling besar setelah keluar dari lokap.

Brother Anwar Bin Ibrahim

Brother Anwar Bin Ibrahim

 Brother Anwar sekali lagi temberang.Kali ini 16 Sept,dia bakal jadi Pi Em.Hairannya ramai yang percaya.

Dalam laman web rasmi Keadilan, dikatakan bahawa Brother Anwar, sahabat karib barunya, Lim Kit Siang dan juga pemujanya di kampus, Husam Musa mengutuk politik perkauman sempit yang ditujukan kononnya kepada partai pemerintah. Hairan juga, Husam seolah-olah tidak tahu berkenaan Tafsir Surah Al Hujurat oleh Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi, agar tidak mendahului pimpinan.

Mungkin kerana tafsir itu dalam tulisan jawi menyebabkan Husam yang dari lulusan Ekonomi kurang cekap menafsirkan tafsir itu. Adakah Husam telah merujuk Haji Hadi? Atau dalam hal ini, Haji Hadi lupa memberikan amanatnya. Ternyatalah Husam lebih mendahulukan Anwar ataupun pada hematnya pucuk pimpinan PAS tidak lagi relevan kerana kesemua yang lain dalam perutusan itu adalah kepala tertinggi partai melainkan Husam yang cuma Naib Presiden semata-mata.Mungkin Husam telah menempah jawatan Timbalan perdana menteri dengan Brother.

Sekonyong-konyong, disebutkan al-kisah bahawa Anwar sangguplah berterbangan ke Taiwan untuk melobi orang-orang Backbenchers agar sanggup menyeberang parti. Mungkin pada hematnya, mudahlah kerja itu laksana orang dari Bagan hendak menyeberang ke Tanjung melalui Jambatan Pulau Pinang. Syahdan, asyik-asyik teranjak dari macam-macam tarikh Anwar mahu menjadi PM .

Barangkali, orang Keadilan terpaksa berkali-kali percaya mimpi Anwar. Masakan tidak, jikalau tidak percaya barangkali mengikut firasat dan amalan Tok Guru Anwar, orang yang tidak percaya Brother Anwar akan menjadi Perdana Menteri itu anak luar nikah.

Maka, berubahlah tarikh lagi Anwar hendak menjadi Perdana Menteri. Dighoyatnya lagi, bukan sahaja tarikh 16 September  itu bersejarah tapi tanggal 20 pun ada sejarah.

Sementelah itu, geleng kepalalah orang yang berakal mendengar fantasi Brother Anwar Bin Ibrahim. Hairan..hairan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: