Anwar Umpama Serupa Budak Menjerit Serigala

Semasa kecil, penulis seringkala membaca kisah dongeng. Dongeng yang popular adalah Kisah Budak Menjerit Serigala. Sebermula kisahnya adalah seorang budak yang satu hari sudah bosan bermain-main. Lalu, untuk mencari hiburan, si budak tersebut pun mengacah-acah orang kampung bahawa ada serigala yang mengejarnya. Tatkala orang kampung tiba dengan pedang, pisau, cangkul dan apa sahaja lagi senjata, budak itu ketawa mengilai-ngilai dengan gelagat orang kampung yang ada. Alkisah disebut, jeritannya itu hanyalah lawak jenaka sahaja kepada orang kampung yang datang ikhlas menolong.

anwarwolfowitz

Anwar tidak putus dari janji-janji kosongnya.Tetapi,penyokong yang fanatik masih percaya.

Berlalulah orang kampung dengan marah bukan kepalang. Sekali lagi dicuba, maka termakan lagilah orang kampung dengan lawak bangang si budak. Tetapi,  malang tidak berbau,maut tidak dicari. Suatu hari, benar-benar ada sang serigala yang mengejar si budak, lalu dijerit-jeritnya lagi akan hal serigala ingin mengejarnya. Namun, kali ini tiada siapa yang peduli lagi kerana disangkanya auta lagi.Lalu kenyanglah serigala itu membaham akan budak tersebut.

Brother Anwar boleh dimisalkan laksana budak tersebut. Sebenarnya auta sahaja omongannya. Orang Malaysia diperbodohkan sahaja dengan gelagatnya bukan sekali tetapi berulangkali. Orang Malaysia dibodohkan dengan isu kononnya ada orang yang hendak membunuhnya apabila dia berlari terbirit-birit ke kedutaan Turki. Orang Malaysia dibodohkan dengan isu DNA. Orang Malaysia dibodohkan dengan isu bersumpah dan baru-baru ini, isu tubuhkan kerajaan baru.

Brother satu hari mungkin akan bercakap benar tentang sesuatu. Tetapi, ketika itu orang sudah tidak peduli lagi kerana bukan sekali, tetapi banyak kali dikelentong Brother. Orang akan melihat ia seperti lawak Just For Laugh ataupun lawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu. 

Selepas ini, Nik Aziz mungkin akan lebih berhati-hati lagi dan tidak mungkin difanatik lagi sebagai ini sebagai orang yang berijtihad setelah istikharah oleh orang yang menggunakan akal dan juga budi dalam menilai sesuatu strategi politik yang nyata didasari oleh pengaruh orang yang tamak dan haloba di sekeliling Tuan Guru PAS itu.

Buat masa kini, masih ada lagi yang percaya dengan lidah-lidah media pembangkang. Tetapi, sokongan dan kepercayaan itu akan makin luntur sekiranya lidah-lidah pembangkang ini masih lagi dan terus lagi terjerit-jerit akan serigala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: