Apabila Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Tidak Tahu Membezakan UNIMAS Dgn UMS

Diberitakan bahawa terdapat satu laman mahasiswa pembangkang yang mengaku kononnya mereka bebas. Lalu diajaklah sekelian mahasiswa untuk menghantar tulisan mereka kepada laman tersebut. Tetapi, pada hemat mereka,mahasiswa semuanya bodoh.Mahasiswa semuanya sedar bahawa pendedahan tentang cara aparatus PAS mengkaderkan mahasiswa untuk menyokong mereka dengan penyiaran tulisan penulis di dalam laman mereka merupakan faktor utama berlakunya penyingkiran besar-besaran artikel lama di laman tersebut.

Tiba-tiba sahaja mahasiswa pembangkang melakukan rombakan besar-besaran terhadap portal itu sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak senang dengan antaramuka barunya. Sebelum-sebelum ini, hanya “shoutbox” yang asyik bertukar-tukar tetapi kali ini, lebih banyak yang ditukar dan dibuang.

Mereka di laman itu menjerit-jerit kononnya mahukan demokrasi. Tetapi, sebenarnya mereka hanya mahukan demokrasi terpimpin sahaja. Tiada unsur hasutan,fitnah ataupun mala fide di dalam artikel ataupun “shoutbox” yang boleh menyebabkan pengendalinya ditahan Akta Hasutan, ISA malahan AUKU.

Namun, disebabkan ia memberi gambaran sebenar terhadap wajah sebenar JIK/PMI, ia dibuang dan dibersihkan. Mereka tidak berani menyiarkan penamat kepada kisah TAMPAN (Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?) kerana ia adalah jurus terakhir yang bakal menggoncangkan kepercayaan dan kethiqahan mereka yang telah berbai’ah bathil kepada JIK/PMI. Ini adalah kerana kepala-kepala najis mula memetik punat memarahi aparat-aparat PAS di alam maya. Ini bagaikan nasib si batu dalam kisah Ahmad Albab,akhirnya dibuang ke dalam penjara oleh tuan Sarjana.Begitulah nasib pengendali laman tersebut kerana menyiarkan pendedahan berkenaan Tamrin Panjang.

Dengan itu,keluarlah artikel-artikel yang kadang-kala tidak berkualiti. Adakalanya semata-mata melepaskan batuk di tangga. Sehinggakan ada artikel yang ditulis menunjukkan kedangkalan orang yang menulisnya. Tetapi, inilah nasib bagi orang-orang yang asabiyyah yakni menyokong antara satu sama lain atas dasar kezaliman dan kepuakan yang sempit.

Artikel tersebut disiarkan semalam,kononnya seorang pelajar Universiti yang diangkat oleh aparat-aparat PAS sebagai kepala lutut yang mendakwa kemenangan PAS Kampus di dua buah Universiti, adalah amaran kepada Aspirasi. Namun,yang menyerlahkan “kebijaksanaan” kepala tersebut adalah kemampuannya membezakan antara Unimas dan UMS. Harus diingat oleh sang kepala dan kawar-kawarnya bahawa Unimas adalah Universiti Malaysia Sarawak manakala UMS adalah Universiti Malaysia Sabah.

Dikatakan di UMS, pihak anti Kerajaan telah menafikan 3 buah kerusi di sana,walhal kejadian itu hakikatnya berlaku di Unimas. Kepala mahasiswa pembangkang itu seolah-olah tidak yakin apabila hanya merujuk Universiti tersebut sebagai berada di Borneo sahaja, menunjukkan ketidakcaknaannya dalam menghadam maklumat. Jikalau beginilah kualiti kepalanya,apa lagi yang boleh diharapkan dari juak-juaknya.

Aparat-aparat PAS sering memandang rendah terhadap musuh-musuh mereka.Mereka menganggap hanya mereka sahaja ahli dalam politik kampus umumnya dan politik gerakan mahasiswa Islam khususnya. Tetapi, sebenarnya mereka tidak lebih dari berbangga diri dengan angan-angan kosong mereka.

Oleh itu,sempena 25 tahun PAS masuk ke dalam kampus,sudah tiba masanya untuk mahasiswa muziumkan sahaja PAS dan penyokong-penyokongnya buat selama-lamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: