Aspirasi Menang, PAS Kampus Menggigit Jari

PAS Kampus sememangnya tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka di kampus-kampus baru di seluruh Malaysia. Setakat ini, kepimpinan yang relatifnya kampus-kampus baru di UUM, UTeM, UMP, UMK, UMT, UniMAP dan UDM dikuasai oleh Aspirasi. Perkara ini sebenarnya mengecewakan aparat-aparat PAS kerana sebahagian kampus ini berada di bawah jajahan PKR-DAP-PAS seperti Kedah dan Kelantan yang sepatutnya bantuan “persenjataan” dan “logistik”  mudah diperolehi.

Terbuktilah, mood mahasiswa didorong oleh kemudaratan yang mereka saksikan apabila masyarakat luar tersalah memilih pemimpin.Mereka semakin percaya bahawa Imam Besar PKR-DAP-PAS, Brother Anwar Bin Ibrahim ini bukanlah Al Masih yang akan menyelamatkan Malaysia atas beberapa pembohongan yang dilakukan terutamanya berkenaan tarikh 16 September. Mahasiswa kembali kerapa akalbudi mereka dan tidak lagi terpengaruh dengan pemikiran cacamerba PKR-DAP-PAS di kampus masing-masing.

Namun, aparatus PAS masih lagi khayal. Mereka menuding jari kepada pihak pentadbir Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi  cuba  bermain sandiwara  dengan  melambat-lambatkan  Pilihanraya  Kampus (PRK) ke Januari dengan tanggapan yang  tiada asas.  Ada yang berkhayal dengan berpandukan model yang mereka asaskan kepada diri mereka sendiri, kenapa Januari yang dipilih oleh pihak Universiti untuk dijalankan PRK?

Pihak berkenaan menganggap Aspirasi seperti mereka yang mengemis dana daripada cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian parti tertentu.  Ini benar daripada Jamaah Islam Kampus yang membuat derma kilat daripada ahli dengan jumlah yang melebihi 3 hari makan. Mereka juga meminta wang ihsan daripada Ahli-ahli Parlimen mereka, Pemuda PAS dan juga cawangan-cawangan PAS. Tetapi, ini tidak sama dengan Aspirasi. Aspirasi bukan seperti Jamaah Islam Kampus/PMI yang mendakwa  kononnya mereka adalah Pro-Mahasiswa.

Cumanya, PMI/JIK ini semakin terkedu kerana mahasiswa semakin tidak ada mood untuk bersama dengan mereka. Mahasiswa semakin bosan dengan tipu helah dan hipokrasi mereka. Mahasiswa yang mereka bela hanyalah kalangan mereka sahaja. Apabila musim pilihanraya tamat, mereka pun hilang.Senyuman dan kemesraan terhadap mereka yang bukan ahli jamaah tamat terutamanya di kalangan siswi. Apabila habis manis, sepah dibuang.

Yang kesian adalah mahasiswa bukan ahli Jamaah yang terpedaya untuk menjadi calon “Pro-Mahasiswa”. Selepas PRK, maka tanggunglah sendiri semua beban tersebut tanpa bantuan PMI/JIK. Adakah Ahli Jamaah ini akan menjemput sahabat-sahabat Cina dan India mereka ini dalam mesyuarat Ahli Jamaah untuk menentukan dasar MPP/MPM? Sudah tentu sekali tidak! Golongan ini hanya menjadi “covergirl” sahaja untuk poster MPP/MPM mereka.

Esok (21 Oktober 2008) adalah tarikh PRK untuk UPSI. Maka, berhempas pulaslah aparat-aparat PAS untuk merebut kampus UPSI ini daripada Aspirasi.Tidak hairan jikalau mereka berkemunginan mendapat bantuan daripada bekas-bekas PMIUM yang banyak bergentayangan sehinggalah di Canseleri pun ada.

Namun, mereka merancang, ALlah juga merancang, dan ALlah jualah sebaik-baik perancang.Perjuangan untuk menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan perlu diteruskan bukan sahaja dengan kemenangan PRK tetapi sebenarnya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: