Cerita Anjing dan Kambing di dalam Politik Kampus

Mahasiswa pembangkang seringkali mendendangkan lagu lama, bahawa adakah mereka pembangkang jikalau mereka itu lantang? Lantas itu dijadikan dalil setaraf dalil naqli untuk mengabsahkan kempen-kempen mereka yang kononnya didasarkan di atas nama Pro Mahasiswa.

Ini adalah seumpama kisah anjing yang perasan dirinya kambing. Walau macam mana keras dan lelah usahanya mengembek tetapi bunyinya tetap seperti anjing. Walaupun anjing itu tidak mahu mengaku dirinya sebagai anjing, tetapi kalau disembelih dagingnya mengikut mazhab Syafi’iyah di Malaysia ini tetaplah hukumnya najis mughalazah.Maka, barangsiapa yang masih mendekati  dan membelai golongan ini, serupalah seperti hukum menyentuh binatang bernajis tadi.

Oleh itu, tidak perlu malu mengaku diri sebagai anjing ataupun aparatus suatu parti yang mengamalkan perkaderan melalui tamrin-tamrin paksa sejak Datuk Mustafa Ali mengumumkan bahawa perkaderan PAS di kampus diambil alih oleh Dewan Pemuda PAS pada tahun 1982.

Mahasiswa yang bukan anjing ataupun kera sepatutnya kritis bukan sahaja terhadap partai pemerintah tetapi partai pembangkang. Tetapi, itu tidak menjadi kenyataan kerana mereka sudah berbai’ah kepada PAS. Dan jikalau mengkritik PAS itu bermakna mengkritik dan mendahului pimpinan serta tidak wala’. Dan mereka yang tidak berbai’ah disuruh agar dihentikan usaha itu kerana dianggap PAS itu Islam. Mengkritik PAS seperti mengkritik Islam, kesimpulan simplistik dari golongan ini padahal itu tiada benar dan tiada asas sekali.

Mereka yang keras dan lelah usahanya mengembek ini sangat keras terhadap pimpinan kerajaan atas perkara yang bukan menjadi fakta. Tidak dibuktikan lagi bahawa benar Altantuya itu dibom oleh pemimpin sebuah parti politik. tetapi, perkara itu dipegang dengan gengaman erat oleh anjing mengaku kambing ini. Tetapi, anjing-anjing ini berat hati dan hanya mampu menggoyangkan ekornya sahaja pula dari menerima hakikat bahawa ada pimpinan parti tertentu suka dan gian menduburi bekas aktivis mahasiswa. Jikalau kenyataan kedua dianggap fitnah, maka yang pertama juga mesti dipandang sama. Itu barulah dinamakan orang yang tengah belajar dan dengan izin Allah, bakal menjadi orang terpelajar.

Begitu juga ada sesetengah kumpulan dikatakan chauvinist (bukannya chauvenis). Kita ungkap apakah takrifan chauvinist dari Wikipedia:-

“Extreme and unreasoning partisanship on behalf of a group to which one belongs, especially when the partisanship includes malice and hatred towards a rival group”

Ini bermakna anjing-anjing ini pun bermentaliti seperti orang yang belum merdeka juga apabila membenci pihak tertentu dengan ekstrim dan tidak berasas seperti tuduhan jenayah tanpa bukti tadi. Penulis juga ingin bertanya apakah mereka hendak menyokong orang mengamalkan kediktatoran parti atas nama wala’, tidak boleh melangkaui pimpinan dan juga bai’ah? Wajarkah mahasiswa di Malaysia dijajah oleh mentaliti seperti ini?

Bolehkah mahasiswa diajar bahawa kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu untuk keamanan negara sedangkan golongan yang sama boleh melakukan hisbah terhadap orang yang membocorkan rahsia golongan yang sama? Oleh itu, kita tidak boleh beretorik, jikalau orang lain melakukannya kita berkata itu zalim tetapi apabila golongan kita yang melakukannya, kita salakkan ia berteraskan kepada suruhan agama dan sunnah.

Sebagai mahasiswa janganlah kita bersikap chauvinist dan untuk permulaan, fahamilah takrifan chauvinist.Tarbiyyahlah diri kita dahulu dengan mengetahui maknanya dan bukan menggunakannya tanpa mengetahui apa maksudnya.Kita tidak perlu menjadi pengerusi Lajnah  Tarbiyyah dalam hal ini.

Oleh itu, di dalam kampus jikalau ada pihak yang mengembek tetapi bunyinya seakan-akan menyalak maka berwaspadalah dan ianya haruslah ditolak. Jikalau diikut maka rosaklah minda dan binasalah badan laksana meminum sup yang disangkakan berdaging kambing tetapi rupanya berdaging anjing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: