Jikalau Tun Berhutang Kepada ISA7, Buat Apa Presiden Gamis 2006 Bergambar Dengan Tun?

Tun Dr Mahathir merupakan tokoh yang kontroversi dan kekontroversiannya tidak dapat kita nafikan menyebabkan banyak pihak tidak dapat mengagak tindakannya. Tun Mahathir adalah seorang yang tidak dapat dijangka pergerakannya dan ini merupakan salah satu sifatnya yang digeruni ramai.

Berlainan dengan Jamaah Islam Kampus(JIK) atau nama luarannya,Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), pergerakannya boleh dijangka dan jikalau diamati,memang sama sahaja pattern dan pola gerakannya. Oleh itu,jikalau seorang itu amat mengkaji gerak geri dan silat tarinya,nescaya takwim PMI/JIK terlalu mudah dibaca dan mudah dimatikan gerak langkahnya.

PMI hanya mampu melahirkan orang-orang yang taksub kepada pemimpinnya dengan cara menjemput Ustaz yang sama di dalam program jamaah. Itu sahaja cara mereka membina rasa kagum mereka kepada para Ustaz mereka, bukannya melalui strategi akal dan minda.Maka,mereka ini tiada hampir pun 30 batu dengan seorang tokoh yang berusia 83 tahun ini dari sudut pemikiran menghadapi lawan dan tentangan.

Sekonyong-konyong diberitakan bahawa ada sebahagian makhluk yang mengaku sebagai pemimpin mahasiswa ini memprotes kedatangan Tun untuk berucap dalam Forum Perpaduan eHala tuju Perpaduan Malaysia Ke Arah Tahun 2020. Forum yang berlangsung hari ini disambut dengan protes kononnya Tun tidak patut masuk campur dalam hal pemerintahan negara dan dituduh sebagai mastermind dalam Mesyuarat Agung UMNO kelak.

Hairan sekali,jikalau Persatuan Hindu yang haram serta tidak redha dengan Islam ini merempuh masuk jamuan Aidilfitri yang diadakan oleh Ulil Amri dikatakan inilah demokrasi. Tiada pula yang kononnya mendakwa mereka adalah gerakan mahasiswa yang pergi ke ROC yakni Pejabat Pendaftar untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan dan Ulil Amri kerana biadapnya Hindraf. Tetapi,jikalau ada seorang tua ingin berblog dan merasa beliau perlu bercakap apa yang dia rasa dia perlu bercakap, ini dianggap sebagai tidak demokrasi. Inilah mungkin namanya demokrasi terpimpin ajaran PAS kepada anak didik mereka di kampus-kampus.

Lebih lelucon lagi apabila dikatakan Tun mempunyai hutang kepada mahasiswa. Dikaitkan Tun dengan ISA7 yang dirasuk oleh bai’ah dan wala’ kepada PAS dan Jamaah Kampus itu. Tetapi, takjub juga penulis kerana bukankah bekas Presiden, Hanif Baderun galak bergambar dengan Tun di Taman Melawati sekitar pertengahan tahun 2006?TidakkahTun yang sama juga “berhutang”dengan gerakan mahasiswa? Jadi, samada Hazman Abdullah GMUKM yang bangang ataupun Hanif Baderun yang khianat?

Perkara ini mudah dibaca,apabila roda Tun seolah-olah tidak bersama kerajaan,maka bergentayanganlah puak-puak JIK ini untuk menggambarkan Tun sebagai sebahagian dari mereka.Apabila Tun dianggap sebagai sebahagian dengan kerajaan,maka mereka mula memerangi Tun walaupun bukti itu tidak ditahqiq ataupun disahihkan lagi.

Maka,tidak hairanlah semua gerak geri dan joget lambak PMI/JIK ini hanya berkiblatkan kepada satu yakni benci dan hasad kepada UMNO.Mungkin PMI tidak seharusnya meletakkan Islam sebagai sebahagian dari namanya tetapi sepatutnya memohon kepada HEPA untuk menukarkan namanya kepada Persatuan Mahasiswa Bencikan UMNO dan Kerajaan.

Sebab itulah, kita lihat syirik dan kufur boleh ditoleransi oleh puak-puak JIK ini melebihi UMNO dan Kerajaan berlawanan dengan pesanan Luqman Al Hakim,bahawa syirik kepada Allah itulah zalim yang sangat dahsyat. Itulah kesimpulannya bagi orang-orang yang berfikir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: