Kenapakah USM Sasaran PAS KAMPUS?

Penulis 2-3 belakang ini banyak tertumpu kepada politik nasional. Hakikatnya, politik kampus sebenarnya turut juga mengundang polemik. Namun, disebabkan politik panas negara, mata di kampus pun tertumpu kepada politik nasional.

Kekalahan BN yang terbesar pernah dialami dalam sejarah kemerdekaan negara mengundang ketidakpastian dalam banyak perkara. Banyak juga sebenarnya omongan kosong. Itulah sebabnya pasca 16 September menyaksikan politik kampus lebih damai kerana mereka yang bersama PAS ataupun Mami Anwar mengharapkan suatu perubahan drastik.

Tetapi, kampus yang nampaknya diberi perhatian oleh aparat PAS di kampus bukan lagi Universiti Malaya. Universiti Sains Malaysia tidak pernah menjadi paksi tetapi kali ini mengundang perhatian daripada laman mahasiswa pembangkang.

Sesetengah yang naif mungkin berpandangan bahawa ini bersesuaian dengan penobatan USM sebagai Universiti APEX. Namun, penulis melihat ia tiada kaitan, jika ada pun hanya sekitar 5% sahaja.

Penulis melihat perkara ini mempunyai kaitan dengan agen propaganda PAS di kampus. Indikator kepada ini adalah kepada tiada kuasa mega yang menggerakkan mahasiswa PAS di peringkat bekas-bekas aktivis PMI di UM. Sedangkan tenaga penggerak terbesar iaitu Zainulfaqar telah berpindah ke USM. Maka, nampak sekali Zainulfaqar sebagai tenaga penggerak PAS kampus memberi impak terhadap propaganda PMIUSM.

Peralihan medan oleh Zainulfaqar ini boleh menimbulkan keraguan. Adakah Zainulfaqar mahu mebuktikan sesuatu kepada PMI-PMI lain di seluruh Malaysia akan sesuatu? Mungkin jikalau PMIUSM menang kali ini, makam Zainulfaqar akan naik.

Tetapi, penulis merasakan bahawa kemenangan PMIUSM adalah jauh. Politik USM bukanlah UM ataupun cawangan-cawangan UiTM. Bagi penulis, pihak Aspirasi USM perlu melipatgandakan usaha mereka menguasai MPP kali ini dan memastikan aparat PAS ini kalah dengan tangan kosong.

Penulis kasihan dengan Zainulfaqar, jikalau kemenangan PMIUSM ini boleh membawa riak kepadanya, kerana patutnya setiap perjuangan perlu dimulakan dengan niat yang ikhlas. Bimbang keikhlasan ini setelah tiba kemenangan boleh berganti dengan rasa ujub dan riak, bahawa tanpa aku, mesti tidak boleh menang punya.

Mahukah PMIUSM diperalatkan untuk mencapai matlamat peribadi seseorang sahaja? Pimpinan PMIUSM wajar berfikir dengan lebih dalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: