Muzakarah PAS-UMNO: Mahasiswa PAS Yang Untung

Ada pihak yang cuba membidas fakta penulis tentang Anual Bakri sebagai orang kuat PMI di zamannya. Bagi penulis, jika pembidas mempunyai fakta, silakan, Tetapi, masalahnya, bidasan yang diberikan hanyalah berdasarkan peristiwa kini dan bukannya apa sebenarnya yang berlaku di zaman itu.

Pembidas mengatakan bahawa Anual Bakri sama seperti Mohd Ridhwan Alias kini. Ini seolah-olah hendak mengatakan bahawa Presiden PMUM zaman-zaman aktifnya Hishamuddin Rais adalah sewarak Borhan Che Daud ataupun Presiden PMUM zaman pasca BMB adalah penyokong kerajaan Pusat yang kuat. Tidakpun ia seolah-olah hendak menafikan bahawa Hasbi Muda juga aktif dalam PEKUMA ataupun Hilman Nordin dengan AKIUM. Mereka yang disebutkan kononnya adalah ahli “pasif” kedua-dua persatuan fakulti tersebut.

Penulis sebenarnya menunggu apa mahasiswa pembangkang fikirkan tentang faedah dan keburukan muzakarah PAS-UMNO terhadap mahasiswa secara am dan khususnya terhadap mahasiswa PAS/JIK yang berselindung di sebalik PMI. Namun, sampai ke hari ini, tiada ulasan yang diberikan oleh mereka yang terpilih, yang kononnya tidak jumud dan beku ini. Hairan, mereka ini kononnya kritikal terhadap isu nasional dan antarabangsa, tetapi hal makan pakai mereka ini pun tidak dapat mereka fikir sendiri.

Kokokan mereka sama seperti di luar. Mendengar komen Pak Syeikh Omar seolah-olah mendengar komen Rashid Maidin dan Abdullah CD pula. Hairan juga, orang lain tidak bising, dia pula yang buka pekung. Mahasiswa Cina dan India (Non-Muslim) tidak peduli pun. Kalau puak-puak ini pandang lain  kalau Pak Syeikh tidak bersalam dengan perempuan ataupun hendak tangguh mesyuarat kerana mahu solat, ada kemungkinan jugakah Pak Syeikh ini sanggup korbankan benda-benda asas ini kerana hendak jaga hati orang lain? Golongan tarbiyyah PMI perlu muhasabah sedikit Pak Syeikh kita ini.

Sebenarnya, mahasiswa PAS adalah pemenang kepada muzakarah ini. Jikalau berlaku tahalluf dengan UMNO, tentulah PAS boleh menuntut beberapa kementerian. Kebiasaannya, tentulah UMNO tidak akan melepaskan kementerian-kementerian yang besar-besar. Maka, antara Kementerian yang bakal diberi kepada PAS adalah Kementerian Pengajian Tinggi. Ini adalah antara Kementerian yang kecil, tetapi bagi PAS ia adalah besar kerana PAS sejak dahulu lagi asyik mensasarkan mahasiswa.

Jikalau PR naik sebagai kerajaan, penulis tidak yakin PAS akan diberikan Kementerian Pengajian Tinggi. Ini kerana Anwar juga makhluk perkaderan, maka rugilah jikalau PAS diberikan KPT. Maka, mahasiswa akan kekal sebagai penyokong PAS sedangkan Anwar juga hendakkan graduan-graduan yang memuja dan memujinya seperti penyokong Hindraf menyembahnya. Dia hendak menjadi hegemoni dan PMI seluruh negara akan ditekan dengan ganas tetapi senyap.

UMNO sejak dari dahulu tidak berminat dengan perkaderan ala jamaah, tetapi berharap graduan menggunakan akalbudi dan lojik masing-masing. Itu taktik UMNO dan taktik UMNO berjaya meneutralkan ramai pro-PAS mahupun ahli jamaah yang dahulunya tegar. Oleh itu, KPT adalah antara kementerian yang mungkin dilepaskan kepada PAS berdasarkan minat PAS sendiri dan juga kepentingan UMNO yang lebih besar.

Maka, jikalau ini berlaku, penstrukturan semula Universiti terutamanya menjelang penamatan kontrak mana-mana Naib Canselor akan berlaku. Naib canselor yang PAS ataupun sekurang-kurangnya Pro-PAS akan dilantik. Begitu juga ada variasi TNC HEP dari kalangan PAS dan UMNO. Oleh itu, barangkali wujud peluang bagi ahli-ahli jamaah PAS untuk menjadi pegawai HEP yang selama ini seolah-olah mustahil untuk dipegang oleh mereka.

Dengan ini, penguasaan PAS terhadap mahasiswa selepas era tahalluf mungkin akan berlaku. Dari sini, kita akan melihat adakah pentadbir Universiti golongan PAS ini akan menjadi manusia amanah, tidak menyeleweng dan tidak korup seperti yang mereka tuduh kepada pentadbir-pentadbir sebelum ini?

Jangan pula selepas ini, semua projek bakal mereka songlap.Janganlah pula selepas ini ada pegawai HEP PAS pun dikatakan mempunyai anak haram dan kuat berzina pula. Penulis rasa setiap kali buletin HEP, ayat 4 surah An Nur tentang hukum qazaf bakal diletakkan besar-besar di muka depan buletin HEP oleh puak-puak HEP PAS ketika itu. Hukum qazaf kalau untuk orang lain tidak sah, untuk mereka pakai selalu.

Oleh itu, perkembangan ini akan menjadi perkembangan yang sihat, kerana mahasiswa PAS pada masa itu tidak boleh mendakwa mereka pro-mahasiswa lagi. Dan jikalau berlaku salah laku dan kezaliman di kalangan pentadbir PAS ini terutamanya kepada mahasiswa, akan timbullah pro-mahasiswa sebenar yang tidak takut terhadap sesiapa kecuali Allah semata-mata.

Inilah kesan muzakarah secara langsung terhadap mahasiswa PAS.Perkaderan tentu lebih mudah jikalau bukan sahaja diberikan KPT kepada mereka tetapi juga jawatan MB Selangor dan Perak di mana di sinilah “hot-spot” kawasan-kawasan tarbiyyah PAS. Peristiwa tahalluf 1998 antara BMB, NADI, JIM, PKPIM dan pelbagai lagi group mahasiswa akan berulang lagi jikalau muzakarah UMNO-PAS berjaya. Jika mereka benar-benar ingin berdakwah dan mendaulatkan Islam di kampus, inilah suasana yang sesuai dan mapan untuk objektif tersebut.

Oleh itu, wajarkah mahasiswa PAS menjadi Pak Angguk bagi pihak yang menentang muzakarah tanpa memikirkan faedah yang bakal mereka dapat? Adakah mereka sanggup melepaskan peluang ini yang hanya muncul 10 tahun lepas?

Jikalau Mahasiswa PAS berani, bawakan apa yang dituliskan penulis ini kepada pimpinan anda, dan lawanlah apa yang sepatutnya anda hendak lawan. Jangan kata pula, penulis tak faham perjuangan mahasiswa PAS pula selepas ini kerana penulis tidak nampak mahasiswa PAS ini faham apa-apapun tentang hal perjuangan untuk diri sendiri dan kampus!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: