Pro Mahasiswa, Ahli Jamaah Kampus dan Tuan Guru dengan Jubah Barunya

Kekadang adalah agak lucu melihat aksi-aksi aparat PAS apabila kritikan dan pandangan diketengahkan terhadap pemimpin mereka. Mereka tidak segan untuk mengatakan bahawa pimpinan mereka sahaja yang betul, seolah-olah sudah pimpinan mereka seumpama ayatullah-ayatullah Syiah yang ada wilayah faqih.

hadi_jubah

Jamaah PAS tidak menggalakkan kritikan.Jika ini berterusan,Tuan Guru mungkin akan syok sendiri seperti kisah Maharaja dengan baju baru.Kali ini bukan baju baru tetapi jubah baru.

Maka, apabila berlaku kesalahan yang menjolok mata, mereka sekadar mengangguk-angguk dan memuji seperti Tuan Guru dengan Jubah Barunya. Padahal, Tuan Gutu hanya memakai serban sahaja dan tidak lebih dari itu. Namun, ahli jamaah terus memuji Tuan Guru dan keputusannya memakai Jubah Barunya itu dengan segala puji-pujian walhal nampak semua aurat dan benda sulitnya.

Dengan itu, maka, sebenarnya jauh lagilah pemikiran mereka yang dikatakan kononnya pro-mahasiswa kita. Golongan yang kononnya Pro-Mahasiswa kita masih chauvinist dan partisan membuta tuli. Jikalau begini, maka tidak perlu kita menjerit-jerit bahawa pejabat TNC HEP perlu diserahkan kepada mahasiswa, kerana mahasiswa yang kononnya dikatakan pro-M otaknya adalah korup.

Pemikiran yang korup dan tidak intelek ini boleh dilihat dari usaha keji mereka untuk menakutkan mahasiswa bahawa menyertai Aspirasi seperti menjadi Saiful Bukhari. Ini dilakukan kerana Saiful Bukhari mengaku diliwat oleh Brother Anwar Ibrahim dan sesiapa yang menyertai Aspirasi mungkin akan diliwat. Inilah pewarnaan yang keji yang cuba dilakukan oleh unit saraf aparat-aparat PAS di kampus. 

Namun, mereka lupa, jikalau itu yang dijadikan modal, tidakkah ia memberi erti yang buruk kepada aparat-aparat PAS itu sendiri? Ia membawa implikasi bahawa adakah bekas pemimpin mahasiswa (lebih nakal lagi jikalau dia berasal dari Pulau Pinang) yang lantang menentang kerajaan, berjanggut setompok dan rajin memakai baju melayu itu berpotensi sebagai seorang peliwat walaupun kelak sudah berusia 60-an? Oleh itu, saraf perlu berhati-hati. Jangan senjata memakan diri.Kasihanilah pimpinan ataupun bekas pimpinan anda itu dengan saraf anda.

Sebenarnya, sejarah membuktikan bahawa Aspirasi bukanlah mahasiswa totok UMNO tetapi adalah dari pelbagai golongan tetapi bukan PAS Kampus. Noramin Ahmad pernah menjawat Timbalan Presiden MPP UPM yang tidak suka establishment adalah Aspirasi.

Malahan, di zaman BMB dahulu di Universiti Malaya sendiri, ia adalah sebenarnya usaha kolektif di antara mahasiswa-mahasiswa anti-PAS berbilang bangsa, agama dan jamaah, dan mereka bukannya penyokong kerajaan. Hatta, Jamaah Tabligh juga aktif menentang PMI di Fakulti Pergigian di bawah sepanduk BMB pada tahun 1995-96.

Maka, harus diingat bahawa mahasiswa tidak sepatutnya membiarkan PAS Kampus ini terus bertapak di kampus-kampus. Mereka sering bersembunyi dengan sepanduk kebajikan di laman-laman mereka, tetapi apabila kita lihat sejarah laman-laman tersebut, “usaha baik” mereka hanyalah bermula selepas bulan Ogos. Oleh itu, di manakah mereka bersembunyi sebelum saat itu?

Untuk pengetahuan semua. mereka tiada masa untuk kebajikan mahasiswa kerana mereka lebih sibuk bertamrin, berusrah dan bermesyuarat dengan Pemuda PAS. Untuk menghabiskan upacara tahunan mereka dengan aktiviti gempur dan tarbiyyah ini telah menyesakkan dada dan nafas ahli-ahli mereka sehingga mereka tercungap-cungap untuk survive di dalam kampus.

Oleh itu, tidak dihairankan kenapa mereka hanya mampu menjadi burung kakaktua sahaja kepada PAS dan gagal menganalisa isu-isu dengan akal mereka. Itu sebabnya hanya seorang dua sahaja yang kritis sehingga rajin menulis di merata-rata tempat tetapi malangnya, mereka masih dalam kepompong yang sama dan idea mereka tidak mampu untuk keluar dari sempadan tersebut.

Jadi, mahasiswa perlu bertanya wajarkah mereka menyokong kelompok yang-

1. Menyokong, memuja dan memaparkan wajah seorang yang sudah disabitkan kesalahan rasuah dan pesalah itu tidak membantah atau merayu sabitnya kesalahan itu?

2. Tidak menyatakan bantahan terhadap rasuah seks terhadap Ahli Majlis Daerah Perak Tengah dari PKR dan hanya menunggu tindakan Kerajaan Pembangkang.

3.Menyokong, memuja dan memaparkan wajah seorang yang sedang dituduh meliwat. Benar, seseorang itu tidak bersalah melainkan diisytiharkan benar-benar bersalah. Tetapi, wajarkah kita memilih yang syubahat sedangkan yang halal itu banyak?

Maka, perkara-perkara inilah yang harus dipantau dan diamati oleh mahasiswa. Mahasiswa sepatutnya memikirkan apakah masa depan negara ini jikalau orang yang sekadar menjadi pak angguk ini diberi peluang untuk mentadbir kampus.

Mereka hanya akan memberikan kuasa ini kepada kelompok-kelompok mereka sahaja walaupun kelompok mereka ini bukanlah pandai buat kerja ataupun diketahui mahasiswa sekolej sebagai korup dalam konteks mahasiswa(tidak tahu bayar hutang, janji tidak pernah tepat, pinjam barang tidak diberi balik).

Oleh itu, sempena AidilFitri ini mahasiswa harus membersihkan diri dan akal mereka dari pengaruh berbahaya ini. Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat kepada semua, khususnya mahasiswa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: