Sokong 16 Sept: Nik Aziz Patut Letak Jawatan?

Orang Kelantan terutamanya orang PAS tentunya marah dengan headline penulis hari ini. Jikalau hendak tahu kesimpulan penulis, bacalah sehingga habis. Selagi tidak habis, jangan marah lagi. Ikut Tuan Sadiq Segaraga, kalau marah, nanti kena jual.

nik_aziz

Nik Aziz selalu mempertahankan Anwar.Apakah yang sebenarnya berlaku sehingga meyebabkan nama Tuan Guru terjejas akibat 16 Sept.?

Kalau tidak kerana Nik Aziz, soal Brother mahu jadi PM tidak bising dan sureheboh sangat dalam PAS. Kerana back up Nik Aziz, orang PAS yang dulu mati-mati tak suka Anwar, terpaksa juga sokong Brother. Masih terngiang lagi di telinga ucapan Mat Sabu di Parlimen semasa Brother Anwar Bin Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan, bagaimana wang negara digunakan untuk spekulasi mata wang yakni Foreign Exchange sebanyak berbillion-billion dollar. Duit Malaysia digunakan oleh Mami Anwar ini seolah-olah dia sudah jadi God of Gambler. Tetapi, ramai yang terlupa terutamanya orang PAS yang dahulunya cukup marah dengan kalimah Al Adlu wal Ihsan dan Belanjawan Nabi Yusuf Alaihissalam Anwar.

Ramai orang Kelantan sayang Nik Aziz. Tetapi, kes 16 September mencemarkan maruah dan juga darjat Nik Aziz. Nik Aziz macam wali ataupun menghampiri wali. Tetapi, apabila Nik Aziz masih beriman dengan 16 September dan terus mempertahankan 16 September serta berang dengan orang PAS yang tok mboh dengan 16 September, taraf Nik Aziz ada sedikit jatuh kerna itu.

Hemat tajuk penulis, bukanlah jawatan MB Kelantan yang patut diletak. Namun, kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS yang patut kena letak. Sebab menjadi Mursyidul Am, seorang itu adalah umpama drebar. Walaupun ada Presiden, tetapi kata-kata Mursyidul adalah yang bisa. Maka, jikalau  drebar tersalah jalan, ke manakah haluan penumpang sekelian. Jadi, apabila drebar sudah salah baca peta, wajarlah diberikan kepada yang lain yang lebih layak.

Koma.Tunggu dulu.Ingatkah sekelian kepada cerita Lord Of The  Ring 2, tentang  Raja Rohan bernama  Theoden. Theoden ini seorang raja yang  perkasa  tetapi  malangnya, kena guna-guna atau kena sihir  oleh pembantunya  bernama  Brima  Wormtongue yang dihantar  Saruman. Jikalau orang Kelantan terutamanya PAS, sayang sangat Nik Aziz, mungkin perumpamaan  Nik Aziz seperti Raja Theoden boleh diambil  perhatian.

Maka, si Brima ini pun acapkali  menyihir Raja Theoden dengan ubat guna-guna supaya segala titahnya bersesuaian dengan kehendak negara musuh yang disangka sahabat. Lantas, datanglah Gandalf juga si ahli sihir (tapi baik) membebaskan Raja Theoden dari sihir Brima,Maka, selepas itu bolehlah si Theoden ini berfikir macam orang yang waras.

Siapakah Brima Wormtongue di sisi Nik Aziz ini? Penulis acapkali menujukan Brima ini sebagai Anual Bakhri Haron. Anual seperti yang didedahkan oleh penulis adalah aparat Anwar dari zaman kampus lagi. Tetapi, Brima Kelate ini tidak keseorangan, Husam Musa turut menyediakan fasiliti yang baik untuk membiakkan aparat Anwar ini dalam kelambu PAS.

Sekarang, Nik Aziz terkedu menahan sihir yang tak habis oleh kumpulan Erdogan ini. Orang yang setia kepada parti dicop pengkhianat oleh golongan ini. Tetapi, adakah PAS sayangkan Nik Aziz ataupun sanggup melihat Nik Aziz malu tersipu bahana hendakkan Anwar menjadi Pi Em? Bolehkah PAS Kelantan membiarkan Nik Aziz diperlakukan seperti Maharaja dengan Baju Baru akibat peristiwa 16 September ini?

Ataupun, PAS Kelantan perlu mengambil tindakan drastik, meminta Anual dan Husam berundur dan berhenti melangkaui pimpinan seperti yang selalu diusrahkan? PAS Kelantan perlu berani, jikalau mereka mahu melihat kepimpinan Jamaah diletakkan di hadapan bukannya Mami Anwar.

PAS perlu kuat dan tabah serta perlu membuang kelam kabut-kelam kabut yang dibina oleh aparat-aparat Mami Anwar di dalam Jamaah. PAS perlu melakukan sesuatu. Adakah PAS sanggup membiarkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mencemar kethiqahannya sebagai pimpinan jamaah angkara Anual dan Husam?

Sepatutnya biarkanlah Nik Aziz kekal sebagai lagenda setaraf dengan Tok Kenali ataupun Tokku Paloh di pandangan orang ramai dan janganlah jatuh taraf tersebut disebabkan oleh orang yang terimbau-imbau masa lalu, dan juga masa hadapan yang belum tentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: