Tamrin Panjang: Satu Dokumentasi di Luar Jamaah IV

Umumnya, dari ketiga-tiga dokumentasi yang lepas, pembaca mungkin dapat menyimpulkan beberapa perkara samada daripada aspek sejarah, perlaksanaan, hukum dan kesan TAMPAN (Tamrin Panjang) terhadap anak usrah( setelah berbai’ah kepada pimpinan JIK/PMI/PAS) yang mengalaminya. TAMPAN merupakan sebahagian daripada proses perkaderan, namun, tanpa TAMPAN maka tiadalah ahli-ahli JIK/PMI yang diikat dan mampu ditarik dan disorong sebagaimana yang dikehendaki oleh PMI, khususnya dan PAS secara umumnya.

TAMPAN untuk mencapai tujuan politik PMI di kampus dan PAS secara kebangsaan adalah seumpama hukum yang biasa digunakan oleh aparat-aparat PAS di kampus, “Tidak sempurna yang wajib itu melainkan kewujudannya maka, perkara itu adalah wajib”. PMI tidak akan wujud tanpa TAMPAN, maka dengan itu bagi PMI, TAMPAN wajiblah dijalankan untuk terus wujud dan signifikan.

Ternyatalah bahawa PMI yang wujud pada hari ini semenjak dari tahun 1983, bukanlah PMI yang dikehendaki dan diaspirasikan oleh mereka yang bertanggungjawab menubuhkannya pada tahun 1956 terutamanya Prof. Naquib AL Attas. Roh yang menghuni tubuh PMI pada hari ini bukanlah roh PMI yang sama yang melahirkan Masjid Ar Rahman pada tahun 1963.

Kader-kader PMI ini tidak lain dan tidak bukan cuma dilatih untuk menjadi bidak-bidak PAS di kampus dan buruh mereka secara paksa atas nama bai’ah dan wala’.Contohnya, semasa TAMPAN salah satu daripada “pendidikan” yang diajar adalah cara-cara untuk berdemonstrasi.

Teknik-teknik seperti rebat (berpegang tangan semasa berdemonstrasi), mempertahankan kepala demo dan ketahanan sewaktu diserbu FRU diajar semasa sesi rehlah TAMPAN sebagai manifestasi jihad PMI di kampus. Oleh itu, tidak hairanlah PMI mengagung-agungkan demonstrasi kerana mereka memang telah dilatih untuk mencintai dan memuja demonstrasi semasa sesi TAMPAN lagi.

Dengan itu, wajarlah pencinta-pencinta Islam dan mahasiswa bersatu-padu dan berada di dalam satu saff untuk membanteras da’yah PMI/JIK yang ternyata bersalahan dengan aqidah, hukum dan nilai kemanusiaan sesuai  dengan tuntutan AL Quran iaitu:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”   As Saff:4

[Nota: Surah As Saff merupakan surah yang wajib dihafal oleh peserta-peserta TAMPAN dan biasanya ia digunakan sebagai indikator bahawa dia juga telah diTAMPANkan dan dibacakan sebagai surah lazim jika seseorang AU menjadi Imam di surau-surau Kolej. Jika Imam yang singgah di surau kolej tersebut membaca surah As Saff sebagai surah bacaannya. maka AU yang mendengarnya hampir pasti bahwa si Imam tersebut adalah seorang AU juga. PMI amat menekankan surah ini berbanding dengan surah-surah lain. Sesungguhnya kecintaan PMI terhadap surah ini menyebabkan ramai ahlinya yang bukan dari kalangan Akademi Pengajian Islam berlumba-lumba menghafal surah ini dan bukannya surah-surah hafalan yang diutamakan Rasulullah seperti surah Al Mulk, Al Waqi’ah, surah AL Kahfi dan sebagainya kerana sentimen TAMPAN bukannya atas kecintaan terhadap Islam ataupun suruhan Rasulullah SAW]

Dokumentasi TAMPAN ini diharapkan dapat menyedarkan anak-anak usrah yang belum mengikut TAMPAN, mereka yang sudah diTAMPANkan dan juga pemegang taruh Universiti tentang bahaya TAMPAN dan pengaruhnya. Bagi mereka yang belum diTAMPANkan, mereka sudah mendapat pendedahan tentang apa yang mereka akan dihadapi di akhir pentarbiyyahan mereka kelak.

Apabila maklumat ini mereka perolehi, terpulang kepada mereka, samada ingin terus menjadi buruh paksa PAS ataupun seorang yang merdeka dan menyokong mana-mana parti siasah atas dasar kefahaman bukan atas dasar ketakutan. Namun, jikalau mereka sudah terjebak, kunci untuk membuka rantaian bai’ah masih ada yakni segala perjanjian untuk melakukan perkara yang haram adalah tidak sah dan haram. Cuma, terpulang kepada mereka saada untuk terus meratah dan melapah yang najis padahal yang halal banyak di depan mata.

Bagi yang sudah berbai’ah, penulis tidak berharap mereka akan terus meninggalkan jamaah. Iman mereka bukanlah iman sahabat Nabi yang bisa menuangkan dan memecahkan tong-tong arak sebaik saja turun ayat mengharamkan arak. Cuma berdoa sahajalah, agar maut tidak menjemput sebelum taubat dilafazkan. Sindrom “apa orang lain kata” akan bermain di kepala. Mereka yang keluar dari jamaah atas takut akan Allah ini akan dipulaukan dan dinista dan ditohmah sebagai orang yang mendapat rasuah dan kepentingan duniawi yang sedikit. Bukan mudah untuk menghadapai cabaran ini sebagai seorang mahasiswa yang akan berhadapan dengan kawan-kawan yang kebanyakannya pun ahli jamaah (AU).

Tetapi, tidak hairan pula sebahagian yang lain akan menjadi seperti Yahudi yang berusaha menidakkan keRasulan Muhammad SAW yang akan cuba memadamkan dan menafikan wujudnya TAMPAN dengan jari-jari mereka. Namun, ingatlah tindakan mereka seumpama golongan kuffar terhadap Islam:

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya,sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). ” As Saff:8

Golongan ini tidak akan meninggalkan JIK/PMI laksana Abu Jahal dan Abu Lahab yang tidak akan meninggalkan berhala AL Latta dan ‘Uzza walaupun mereka tahu kebatilannya. Mereka tidak akan meninggalkannya kerana mereka akan hilang jawatan, pangkat dan pujian dunia yang sedikit ini. Bagi mereka, kebesaran dan puji-pujian yang mereka perolehi ini adalah berpunca dari jamaah dan bodohlah mereka, jikalau mereka meninggalkannya.

Ada pula yang tidak mahu meninggalkan jamaah kerana berpendapat jamaahlah yang memberikan wanita, cinta yang selama ini dicari dan dipuja melalui Unit Baitul Muslim. Maka, adakah patut golongan ini mengkhianati jamaah yang menyediakan idaman kalbu mereka ini? Maka,sebenarnya,  berbahagailah mereka yang tidak bertuhankan hawa nafsu dan kepalsuan yang sementara ini dan memilih jalan kebenaran iaitu meninggalkan yang bid’ah dan mengambil yang sunnah.

Akhir sekali, penulis menghalalkan sesiapa sahaja yang ingin membukukan dan mencetak dokumentasi ini tidak kiralah ia samada di pihak Kerajaan seperti BTN, Biro Penerangan, Hal Ehwal Pelajar Universiti ataupun pihak kolej-kolej kediaman dan fakulti. Sebarkanlah ia kepada kesemua yang diketahui telah menjadi anak usrah, bakal menjadi anak usrah dan juga sesiapa sahaja yang cintakan Islam dan sayangkan mahasiswa. TAMPAN dan bai’ah perlu diketahui dan difahami oleh semua masyarakat samada ibu-bapa, politikus di pihak kerajaan ataupun pembangkang, mahasiswa dan pencinta gerakan mahasiswa.

Maka, setelah TAMPAN dan Bai’ah batil tidak wujud lagi, maka ketika itu barulah kita yakin bahawa jika mahasiswa tiba-tiba senada dengan pembangkang, ia benar-benar dari naluri mereka, kerana mereka tentu sekali akan menyokong kerajaan (jika kerajaan pula benar) tanpa rasa takut ataupun salah kerana tiada bai’ah batil yang membelenggu leher mereka.   

One Response to “Tamrin Panjang: Satu Dokumentasi di Luar Jamaah IV”

  1. […] ataupun dwi tahunan. Sila baca beberapa artikel pendedahan penulis (klik sini, sini, sini serta sini) dan juga pengakuan benar di […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: