UMNO Bubar, PAS Bubar, JIK Bubar Tidak?

Ada yang bertanyakan penulis tentang apa pandangan penulis tentang muzakarah/muqabalah yang diperkatakan. Pendapat penulis, sebenarnya lebih baik ia diadakan sebelum pilihanraya yang lepas, kerana ia menggambarkan kejujuran UMNO dalam isu perpaduan umat Islam dan Melayu. Jika ini berlaku, maka tentulah sekarang kedudukan orang Melayu dan Islam tidak tercabar. Isu-isu seperti isu Lina Joy, IFC dan pelbagai lagi berlaku rancak sebelum PRU-12 dan dengan kelemahan UMNO dan PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, maka ketuanan Islam dan Melayu tercabar.

Lalu, dicadangkan Nik Aziz, bahawa PAS dan UMNO dibubarkan. Kalau UMNO saja dicadangkan bubar, orang UMNO dikatanya kecil hati dan sebaliknya. Jadi, yang eloknya ikut MB Kelantan itu, kedua-duanya bubar. Maka, tiada lagi melainkan satu sahaja parti untuk orang Melayu Islam.

Penulis merasakan idea ini mungkin praktikal dan mungkin tidak. Pertamanya, kedua-dua parti adalah parti yang berpaksi kepada kuasa. UMNO sudah dan sedang berkuasa dan PAS terliur menjatuhkan yang berkuasa. Kedua-duanya ada orang yang ikhlas untuk kekuatan Islam dan Melayu. Kedua-dua juga ada malaun dan penyamun yang tidak sukakan penyatuan tersebut. Namun, dalam permuafakatan itu ada yang untung dan ada yang rugi.

Penulis pernah menyatakan bahawa dalam muzakarah ini, di peringkat kampus, pemenangnya adalah mahasiswa PAS. Jikalau PAS masuk BN, tentulah beberapa kementerian akan diberikan kepada PAS selain daripada pengekalan MB-MB PAS di beberapa negeri yang telah dikuasai PAS. Malahan, mungkin PAS akan diberikan kerusi MB di Selangor jikalau mereka berminat.

Andaian tersebut cumanya akan sah sekiranya PAS dan UMNO bergabung dalam Barisan Nasional. Sekiranya PAS dan UMNO menjadi satu parti sahaja, perkiraan penulis menjadi tidak sah. Penulis melihat saranan PAS tersebut nampaknya tidak melihat kepada peringkat lebih mikro lagi dan hanya melihat kepada kekuasaan semata-mata.

PAS menghadapi masalah kepercayaan. Jika mereka inginkan kuasa untuk daulatkan Islam, ia nampaknya malap di bawah Pakatan Rakyat. Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam di bawah Pakatan Rakyat, dan tidak ada negeri Melayu yang akan dibenarkan menjalankan hukum hudud dan qisas di bawah PR. Hairan juga penulis apabila MB Kelantan meletakkan syarat untuk bersama dengan UMNO adalah dengan kelulusan melaksanakan Hudud dan Qisas tetapi dengan PKR hanyalah atas syarat menentang ketidakadilan. Orang tidak ada kuasa apa-apa pun boleh janji.

Namun, perkiraan yang lebih getir adakah jika pergabungan ini berlaku tarbiyyah PAS di kampus akan diteruskan? Jika ia diteruskan, tidakkah ia sama dengan membuat jamaah dalam jamaah seperti yang ditentang oleh golongan tarbiyyah PAS terhadap proksi IRC/JIM dalam PAS? Tetapi, sanggupkah mereka membuang tanzim yang dianggap ahli jamaah sebagai qudus dan tidak boleh diubah itu?

Maka, tentunya pergabungan PAS dan UMNO ini mengundang dilema besar bagi aparat-aparat PAS di kampus. Silibus usrah perlu dirombak semula dan bermacam overhaul perlu dibuat kepada jamaah di kampus. Jadi yang pening kepala adalah lajnah tarbiyyah dan murabbi-murabbi kampus.

Kiranya, PAS di kampus lebih untung jika PAS menyertai BN dan bukannya pergabungan dan pembubaran parti masing-masing. Dan keputusan jemaah PAS mengenai muqabalah ini bakal dinantikan, adakah PAS sanggup mengorbankan apa yang ada di kampus untuk maslahat umum?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: