Uncle Chan Maybe U Can Learn From Anwar

Liwat anak jiran, warga emas dipenjara

PUTRAJAYA 24 Julai – Seorang warga emas yang telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat anak lelaki jirannya berusia tujuh tahun, diperintah oleh Mahkamah Rayuan hari ini menjalani hukuman penjara lapan tahun dan disebat 10 kali.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Jamhirah Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak yang membebaskan Chan Wai Heng, 57, daripada tuduhan tersebut pada 15 November 2006.

Mahkamah dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh pada 25 Mac 2003 yang mensabitkannya.

Kanak-kanak tersebut berusia sembilan tahun ketika memberi keterangan. Mangsa merupakan anak yang diasuh oleh isterinya manakala kejadian berlaku antara Januari dan April 2002.

Hakim Mohd. Ghazali yang bersidang bersama Hakim Datuk Md. Raus Sharif dan Hakim Datuk Heliliah Mohd. Yusof memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa mulai hari ini. Bagaimanapun, lelaki itu terlepas hukuman sebatan kerana usianya melebihi 50 tahun.

Mahkamah Tinggi membebaskannya atas alasan keterangan kanak-kanak itu tidak disokong manakala wujud percanggahan pada keterangan dua pakar kanak-kanak dan seorang doktor berhubung koyakan pada dubur mangsa.

Jamhirah berhujah, kanak-kanak itu layak dipanggil sebagai saksi walaupun umurnya sembilan tahun dan keterangannya dikuatkan lagi oleh keterangan dua pakar yang memeriksanya.

Hakim Heliliah ketika membacakan penghakiman, berpuas hati bahawa hakim bicara berhak menentukan sama ada seorang saksi kanak-kanak layak atau tidak memberi keterangan walaupun dia tidak memahami maksud pernyataan bersumpah yang dibuatnya.

Menurut beliau, hakim berkenaan didapati mematuhi peruntukan Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 ketika merujuk kepada situasi di mana seorang saksi kanak-kanak tidak memahami sebab dan akibat sumpah yang dibuatnya.

Ujar Hakim Heliliah, keterangannya masih boleh diterima walaupun tidak diberi secara bersumpah jika hakim bicara berpendapat bahawa dia cukup cerdik untuk mewajarkan keterangannya diterima asalkan dia memahami tanggungjawab bercakap benar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

__________________________________________________________________

Uncle Chan, lu can say maa:

1- Wa olang tua, itu anjing..kucing pun wa susah mau tangkap, ini lu kata wa main sama budak 9 tahun punya bontot. Lu ada gila ka? Itu budak boleh gigit, tendang sama wa..Wa olang tua, mesti ada sakit-sakit belakang punya maaa..mana boleh main sama itu budak punya bontot…lu gila maa?

2-Itu budak manyak colot, manyak bolo punya budak…tatak pandai maa.Lu check sama dia punya cikgu…lu tengok dia punya lesult..tatak bagus ooo

3-Wa check sama plosecutor sama Polis Ipoh punya bos..wa nanti lepot sama BPR..wa tatak pecaya sama polis sama itu plosecutor..

4-Lu mau amik wa punya DNA ka? Haiyooo siau maaa…after this lu mau taluh wa punya DNA dalam itu budak punya bontot…lu gila maaa…siauu..

5-Wa punya cap jali aa?Lu mau amik apa lagi..siauu..lu amik wa punya cap jari dali wa umo 12 tahun lagi buat sama itu IC..sikalang lu mau lagi kaa? Sampai wa mati pun itu cap jali tatak ubah la..bolo punya olanggg…

6-Lu mau wa sumpaah potong ayam ka? Itu wa punya tokong tatak ajaq punyaa..nanti wa tanya sami itu China mali…dia olang wa pecaya maa..tatak macam sini punyaa..tatak bagus..tatak walak maa

7-Nanti wa punya supporter panggil wa maa…lawan tetap lawannn…

Errr…American Embassy tak mau tolong ke….?????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: