Abdul Wahid Endut Calon P036,Erdogan PAS Menggigit Jari!

Telahan penulis dalam mengenai pertelagahan dalaman menentukan siapa calon PR kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah tepat.Ini dibuktikan dalam artikel penulis yang lalu. Sekarang ini, kita melihat bahawa PAS Terengganu tidak tunduk kepada propaganda dan provokasi dari Puak Erdogan yang jelas mahukan Syed Azman.

Ataupun calon itu adalah sekurang-kurangnya Mat Sabu (yang anti Muqabalah dan bertindak sebagai buffer) untuk bertanding.Puak Erdogan sekarang menggigit jari.Calon yang diwarwarkan untukbertanding tidak menjadi kenyataan.

Bagi penulis,tidak pernah dalam sejarah PAS,mereka begitu sukar untuk memilih calon.Tidak pernah lagi Presiden PAS ‘terlalu bijak berstrategi’ sehinggakan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengumumkan nama calon. Seperti yang penulis tekankan dahulu, ini bukan soal untuk berhadapan dengan UMNO tetapi dengan soal berhadapan dengan perpecahan dalaman yang makin genting di dalam PAS.

Kenapakah perebutan ini serius?Kerana pilihanraya kecil ini berlaku di negeri yang potensi untuk PAS menang itu ada.Jikalau ia berlaku di Negeri Sembilan,Johor ataupun Melaka,mungkin PAS cepat sahaja menamakan siapakah calonnya. Ini kerana kemungkinan untuk sang calon PAS untuk menjadi Yang Berhormat itu tipis.Oleh itu,tiada harta rampasan perang yang bakal dinikmati.

Toh,PAS sekarang “sudah kuat”.Kononnya,sudah mampu menubuhkan kerajaan bayangan dan menjadi Menteri Besar di 2 buah negeri yang tidak pernah dimimpikan oleh mana-mana ahli PAS sebelum ini.Oleh itu,sekarang masing-masing berebutkan laba dan jawatan yang terbentang luas.

Dan ini disukarkan lagi dengan adanya jamaah dalam jamaah iaitu puak JIM dan simpatisannya (nama lainnya,Erdogan) serta Syiah di dalam PAS.Golongan-golongan ini apabila PAS lemah,mereka berhibernasi tetapi apabila PAS kuat,mereka akan menjengol kepala laksana kura-kura mencari makan.

Pemilihan Wahid Endut yang diisytiharkan sendiri oleh Harakahdaily sebagai anak didik Mustafa Ali wajar dianggap kekalahan serius puak Erdogan dalam PAS.Puak Muqabalah yang diterajui PAS Terengganu mula dituduh ‘keras keng’ oleh mereka yang mahukan Syed Azman sebagai calon.

Pelbagai ugutan dan cercaan ataupun nama lainnya kritikan (yang ditakuti Husam) mula kedengaran.Ada yang dikatakan tidak mahu membantu jentera,tidak mahu turun mengundi,mengatakan Wahid tidak diterima oleh kaum Cina dan India serta pelbagai lagi ugutan.Ini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Abdul Wahid tidak solid.

Walaupun begitu,seperti biasa ada yang akan mempertahankan keputusan Presiden PAS sepert seolah-olah ia adalah wahyu dari Allah Taala.Mereka yang hendak mematikan kritikan Erdogan mengatakan keputusan Majlis Syura wajib ditaati dan tentunya keputusan Presiden PAS itu disertai oleh solat istikharah sebagai gula-gula.

Bagi penulis,strategi berpolitik yang duniawi pun Rasulullah izinkan sahabat mengkritik dan bersoal jawab.Contohnya,dalam Perang Badar,Rasulullah telah memutuskan untuk menempatkan tentera Islam agak jauh dari sumber air,tetapi seorang sahabat telah bertanya adakah ini wahyu ataupun cadangan Rasulullah secara peribadi?Jika ianya peribadi,sahabat tersebut mencadangkan agar tentera Islam diletakkan dekat dengan perigi.

Rasulullah menerima cadangan sahabat tersebut kerana ia adalah pandangan Rasulullah sendiri dan bukannya wahyu.Dalam konteks ini,adakah pemilihan Wahid Endut oleh Haji Hadi ini tarafnya lebih tinggi dari pemilihan tempat berkubu dalam Perang Badar oleh Rasulullah?Ini menunjukkan PAS meletakkan pemimpin mereka seperti puak Syiah meletakkan ulama’ mereka sehingga taraf maksum yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

Sebenarnya,keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS dengan meletakkan Abdul Wahid Endut sebagai calon adalah tindakbalas dan reaksi kepada Erdogan PAS.Kuasa media Erdogan tidak mampu berhadapan dengan kekuatan kuasa puak Muqabalah.

Selepas ini,kita akan melihat bagaimana reaksi Erdogan PAS pula.Adakah PKR dan DAP akan bermati-matian membantu puak Muqabalah di Kuala Terengganu?

Sama-sama kita saksikan pada 17 Januari nanti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: