Aidil Adha dan Jamaah Islam Kampus

Penulis rasanya masih belum terlewat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.Aidil Adha kita sambut setiap tahun pada 10 Zulhijjah.Aidil Adha merupakan titik tolak bagi kita mengingati bagaimana Nabi Ibrahim Alaihissalam diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail Alaihissalam yang menjadi asas kepada ibadah korban.

Ibadah korban sebenarnya bermula lebih awal dari zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam.Upacara korban bermula sejak dari zaman Nabi Adam Alaihissalam lagi. Ia berlaku untuk menentukan jodoh bagi dua beradik yakni Habil dan Qabil.Sebermulanya apabila Qabil tidak berpuas hati dengan jodohnya yakni kembar si Habil,Labuda yang dikatakannya kurang cantik jika dibandingkan dengan kembarnya sendiri iaitu Iqlimah.

Dipendekkan cerita,maka kedua-duanya diminta untuk menyediakan korban dan hanya korban yang ikhlas sahaja akan diterima oleh Allah.Maka,Habil menyediakan korbannya dari haiwan ternakan yang terbaik dengan hati yang ikhlas manakala Qabil memberikan korban dari hasil tanaman dengan serba kekurangan fizikal mahupun rohani.Maka,diterima Allah korban Habil dan ditolak korban si Qabil.

Peristiwa korban berlaku semula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa baginda menyembelih anaknya sendiri sebagai korban.Sesungguhnya,mimpi para Nabi dan Rasul adalah wahyu.Lantas bertanyalah Ibrahim Alaihissalam kepada anaknya,Ismail tentang perintah itu.Namun,Ismail menyuruh ayahandanya melaksanakan perintah Allah.

Ibrahim tidak teragak-agak menunaikan perintah ALlah walaupun diganggu dan dihasut syaitan sepanjang perjalanannya itu.Betapa taatnya Ibrahim kepada perintah Allah walaupun Ibrahim tidak ada anak selain Ismail dan baginda telah berpisah buat sekelian lama dengan Ismail.Baginda menetap di Palestin padahal Ismail di Makkah.

Akhirnya, Allah menggantikan Ismail dengan kibas.Dan semenjak dari hari itu,umat Islam mengorbankan haiwan ternakan sebagai ibadah kepada Allah mencontohi sunnah Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Sebenarnya dua pengajaran yang kita boleh ambil iktibar dari ibadah korban.Pertamanya,korban yang diterima oleh ALlah memerlukan niat dan hati yang ikhlas.Keduanya,seseorang yang ikhlas akan sanggup mengorbankan perkara yang paling disayangi ataupun dikasihi jika itulah tuntutan Allah.

Penulis memahami tunggak kepada perjuangan gerakan Islam bukanlah terletak pada murabbi,mas’ul-mas’ul am,amir kampus ataupun exco majlis mesyuarat kampus.Tunggak perjuangan kepada jamaah Islam kampus terletak pada ahli-ahli jamaah yang ikhlas.

Berapa ramai pimpinan bersilih ganti,ada yang terus menikmati zaman “pencen” selepas turun dari kepimpinan pelbagai aras.Tetapi,berapa ramai pula yang terus berjuang walaupun sudah tiada pangkat ataupun kekal tiada berpangkat menguruskan tamrin-tamrin dan jentera-jentera.

Mereka yang ikhlas adakah benar-benar ikhlas?Keikhlasan mereka ini hanya dapat diuji apabila mereka bertemu dengan “Ismail” mereka yang sebenar.Apakah mereka sanggup mengorbankan “Ismail” mereka jikalau ianya tidak lain dan tidak bukan adalah jamaah mereka sendiri?

Jamaah yang telah menukarkan mereka dari tidak kenal perkara asas Islam sehingga menjadi seorang “ustaz”.Jamaah yang menukarkan mereka daripada orang yang tidak dihairani ramai kepada seorang yang dipandang tinggi oleh masyarakat kolej.Jamaah yang menukarkan mereka daripada hidup sendirian kepada  hidup berpasang-pasangan.

Dan adakah mereka sanggup menyembelih “Ismail” mereka setelah mereka mengetahui bahawa ianya batil seperti mana yang penulis nukilkan sebelum ini dalam TAMPAN 3?

Maka,ketika itu ahli jamaah akan menyedari bahawa sejarah korban ini benar-benar satu ujian yang amat sukar samada kita hamba yang sungguh-sungguh ikhlas dalam hidup dan matinya untuk Allah Subhana Wa Taala ataupun kita hanya pandai bermain dengan kata-kata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: