Apabila Penjaga Agama Menjadi Penjaga Solidariti

Muktamar JIK(Jamaah Islam Kampus) biasanya diadakan lebih awal dari muktamar PMI. Selalunya dalam sebulan ataupun dua bulan.Muktamar PMI hanyalah kulit ataupun wayang sahaja. Mana tidaknya, ia perlu diadakan supaya ia kekal sah dan juga sebagai indikator bahawa seperti persatuan yang lain,mereka juga beraktiviti. Namun, aktiviti yang ditunjukkan hanyalah yang legal semata-mata. Yang haram semuanya dibentangkan semasa muktamar JIK.

Tidak penulis ketahui seratus-peratus samada pucuk pimpinan JIK sudah berubah. Biasanya amir kampus memegang juga jawatan Presiden PMI. Penulis cuba menjadi nujum pak belalang,meneka sama ada sudah berubah ataupun tidak struktur tanzim jamaah tersebut tatkala Presidennya sekarang sudah menjadi Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Sekiranya belum lagi,maka Amir Kampus memegang satu lagi jawatan jamaah yang sangat membebankan apatah lagi jikalau berlatarbelakangkan “tarbiyyah”.

Biasanya, aparat PMI yang memegang jawatan Pengerusi SMM terpaksa banyak beralah terutama sekali dari aspek ke”thiqahan”nya. Orang yang menjadi Pengerusi SMM banyak berhubung dengan DEMA (sayap politik DAP di kampus-kampus),mengeluarkan kenyataan akhbar yang merugikan umat Melayu dan umat Islam serta terlibat dalam demonstrasi atau perarakan yang tiada faedah dari segi ugama yakni meniru perbuatan kafirin seperti membakar lilin,membawa keranda dan sebagainya.

Mungkin juga dihantar Haafizuddin kerana nampaknya si empunya badan dirasakan kuat dan mampu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Mungkin juga dihantar oleh si penjaga ugama ini kerana beranggapan orang lain sebelum ini hanyut dengan kelaghaan non muslimah di dalam mesyuarat-mesyuarat bersama DEMA.

Selama ini, sang Pengerusi-pengerusi SMM hanyalah sesuai berhadapan dengan muslimah/siswi yang cukup sifat auratnya,tetapi pabila memakai baju SMM,terlupalah bahawa mereka ini pernah berbai’ah bukan sahaja setakat pimpinan Jamaah kampus dan PAS Pusat tetapi juga kepada Allah Taala.

Majlis Syura Kampus mungkin telah memberi kata jawabnya melihat keghaflahan pengerusi-pengerusi SMM sebelum ini.Maka,inilah masanya Haafizuddin merubah kealpaan orang-orang yang terdahulu yang pernah tercabut thiqahnya di pandangan masyarakat samalah tercabutnya ketayap mereka dalam mesyuarat SMM.Adakah “solid” ugama si penjaga agama?Itu persoalan yang akan diperhatikan ramai.

Jikalau tidak,maka malanglah sekali sang penjaga agama.Bukan sahaja rugi di pandangan mahasiswa tetapi rugi juga di pandangan agama.Penulis mengucapkan takziah atas taklifan baru ini yang seolah-olah seperti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran(harapnya yang tercicir itu bukanlah agama).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: