Bakal Calon PAS KT Tidak Tahan Kritikan?

Tinggal beberapa jam sebelum Presiden PAS mengumumkan siapakah calon PAS untuk Pilihanraya KT 036.Debaran ini lebih hebat dari menunggu detik jam 12 malam Tahun Baru bagi pengamat politik tempatan.Malahan, saat ini ia lebih hebat dinantikan bagi mereka yang memerhatikan perang Erdogan-Muqabalah dalam Jamaah.

Semalam (31/12/2008),Husam Musa bersuara lagi setelah ditemuramah oleh wartawan tentang pemilihan calon PAS bagi Parlimen 036 yang bagi kebanyakan pihak sangat terlewat.Sekali lagi,alasan yang sedap didengar diberikan iaitu, “ia adalah strategi yang bijak”.

Tetapi, yang menarik perhatian penulis adalah tentang ayatnya yang berbunyi:

“Kita tidak mahu calon kita diumum terlebih awal seperti BN bagi mengelakkan calon kita terdedah kepada kritikan.”

Dalam ayat berlapik (diedit?) Harakahdaily:

“Nampaknya Umno terlalu ghairah mengistiharkan calonnya dan kini calonnya telah terdedah kepada kritikan dan serangan dari dalam Umno sendiri dan strategi PAS agak bijak dalam hal ini,”kata beliau.

Penulis menyifatkan kata-kata Husam Musa amat naif dan dangkal.Mungkin kata-kata Brother Anwar Bin Ibrahim patut dihayati oleh Husam,”Jikalau takut akan risiko,jangan bicara soal perjuangan”.

Apakah patut bagi seorang calon PAS yang selalu melaungkan soal ketelusan,keadilan dan kebebasan bersuara menjadi kecut terhadap kritikan?Bagaimana hendak menjadi pemimpin jikalau takut dengan kritikan?Oleh itu,sangat jauh panggang dari api sikap UMNO apabila datang dengan soal kritikan.

Penulis melihat ini adalah sikap hasil dari tarbiyyah PAS (tidak kira PAS tulen ataupun IRC) yang bersikap penakut dan tidak tahan ujian serta kritikan.Mereka tidak boleh menerima pandangan yang berbeza dan takut berhadapan dengan ujian mental.Inilah penyakit yang dihadapi oleh mereka yang mengikuti tarbiyyah PAS.

Namun,penulis melihat serangan dan label telah diberikan oleh golongan Erdogan PAS terhadap calon-calon pro-muqabalah.Contohnya, Dato’Mustafa Ali dilabel sebagai calon sudah ‘expired’. Lobi terus dijalankan untuk memastikan Syed Azman dicalonkan kali ini.Selain itu juga, sabotaj secara sirr(senyap) dijalankan terhadap Mat Sabu di mana ucapan ‘Merry Christmas’nya diwarwarkan begitu hebat pada hari Natal di dalam Harakahdaily mengikut gaya Syiah Khomeini.

Melihat keadaan ini,pilihanraya KT menyaksikan pergelutan hebat PAS.Dan tentunya mereka tidak mahu pergocohan ini disambut dengan kritikan rakyat yang jemu dengan sandiwara golongan-golongan yang berperang dalam PAS ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: