Benarlah Bahawa Geng Sekam Cinta Pukul Pegawai HEP !!

*Nota:Artikel ini ditulis oleh penulis pada 28 Januari 2006,hampir menjelangnya Tahun Baru Cina. Sekam Cinta merujuk kepada sebuah siri drama di TV3 yang mengisahkan seorang professional yang akhirnya terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas. Walaupun 2 tahun berlalu, artikel ini amat relevan dengan perjuangan mahasiswa samada perjuangan tersebut akan menjadi Jihad yang pejuangnya mendapat keredhaan Allah ataupun perbuatan tersebut hanyalah suatu kejahatan yang membawa fitnah kepada Deenul Islam.
Tahun Baru Cina bakal menjelang, Awal Muharam tidak lama menyusul dari belakang. Namun, malang sekali, kita melihat gerakan mahasiswa PAS lebih bajingan, barangkali sempena menghampiri tahun anjing. Kita tidak tahu kalau menjelang tahun babi, mahasiswa PAS lebih membabi buta pula sifatnya sempena mengikut horoskop Cina tersebut.

Peristiwa terpukulnya saudara Kalam Azad merupakan detik sedih kepada mahasiswa. Kebiadapan ahli dan bekas ahli PMIUM yang bertindak memukul dan menerajang Kalam Azad menunjukkan bahawa sifat militan dan penakut memang tidak dapat dipisahkan daripada PMIUM. Mereka ini yang sudah berbai’ah dan beraku janji dengan cita-cita perjuangan yang ganas ala Sekam Cinta ini tidak segan silu untuk menggunakan kekerasan. Kebijaksanaan yang Allah Taala berikan kepada mereka digunakan pada jalan yang bathil. Kecintaan mereka kepada umat telah dikorupkan oleh geng Sekam Cinta sehingga menyebabkan mereka tidak dapat membezakan di antara Islam yang sebenar dengan perjuangan yang bathil.

Maka, terungkaplah apa yang diindoktrinkan dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin PMI dalam bentuk perbuatan. Selama ini, mereka hanya menerbitkan sifat jahat mereka dalam bentuk pemaksaan siswi-siswi berempit, berdemonstrasi tidak kira tempat dan juga memorandum biadap. Tetapi, hari ini kita dapat melihat bahawa mereka tidak segan silu untuk menggunakan terorisme untuk mencapai matlamat mereka.

Mangsa kali ini adalah sdr. Kalam Azad, seorang pegawai HEP Universiti Malaya yang tidak jemu-jemu menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa Universiti Malaya. Oleh kerana takut akan kebejatan mereka terbongkar, maka ahli Sekam Cinta bernama ZainulFaqar alias Syamsul Azura, Ghadafi dan juga Khairul Anwar Mat Zuki alias Mat Sabu pantas memukul sdr Kalam untuk memastikan tiada lagi gambar diambil untuk diambil sebagai bukti penglibatan mereka dengan PAS. Perkara ini penting kerana ada di antara mereka ini yang berkhidmat dengan kerajaan di Putrajaya, maka adalah penting pekung ini ditutup.

Tidak dapat diselindungkan pula bahawa penyokong mereka berasa bangga pula dengan tindakan teroris tersebut melalui ruangan Ucapan Siswa Idealis Mahasiswa:

BARU
diterima pada: 21 Januari 2006
daripada: anbu_squad
kepada: kalam/kelam
ucapan:
kalam kenapa hatimu kelam
seperti berada dalam kegelapan
bagaikan haruan makan ikan
mengapa engkau menjadi org suruhan

kalam ditampar oleh seorang pejuang islam semasa demontrasi utk membertahankan artikel 121(a)
20 januari 2005…masjid negara..kerana sikap kurang ajarnya

Wa makaru, wa makarollah, wallahu khoirul makiriin, mereka merancang, Allah merancang, tetapi Allah jua sebaik-baik perancang. Jika mereka lepaskan Kalam Azad bebas dan merdeka, maka tiadalah mudarat bagi mereka. Tetapi, kerana naluri pengganas yang meresap di hati, maka akhirnya mereka bakal terjebak. Diberitakan bahawa sdr. Kalam sudah melaporkan kepada Balai Polis Brickfield akan kejadian tersebut dan suatu medical check up telah diadakan di Hospital Kuala Lumpur.Begitulah hebatnya perancangan Allah untuk membongkar sifat ganas PMIUM.

Dilaporkan juga tisu rahang sdr Kalam terkoyak akibat pukulan penganas-pengganas geng Sekam Cinta cawangan Universiti Malaya tersebut mengakibatkan beliau sukar berkomunikasi dan makan. Kita hairan mengapakah saudara Kalam yang terkenal berhemah ini menjadi mangsa, apakah mereka akan mengambil tindakan yang sama jika Mahaganapathy yang berada di situ? Nyatalah pengkhianat-pengkhianat bangsa ini hanya berani memukul bangsa sendiri. Seperti yang dicabar Syamsul Azura yang semakin takut menanti Zainul Faqar dipenjarakan, pihak berwajib telah menyiasat dan akan mula mengambil keterangan dari beliau tidak lama lagi. Maka, kita akan melihat bahawa kebenaran akan pasti muncul dan kebathilan akan hancur dengan sendirinya walau mereka yang derhaka kepada Allah, dan Rasul serta mereka yang berkuasa di kalangan mereka, amat membencinya. Saat kehancuran buat mereka pasti akan tiba.

Tindakan sdr Kalam mengambil gambar tatkala demonstrasi berlaku adalah hak beliau. Ini perkara asas dalam hak asasi manusia. Jika SMM menuntut agar hak mereka berdemonstrasi dibenarkan, salahkah pula orang yang hendak mengambil gambar? Adakah kerana beliau pegawai HEP maka dinasabkan haram hukumnya pula untuk pegawai HEP memetik kamera? Apakah kerana beliau pegawai HEP maka boleh geng Sekam Cinta cawangan Universiti Malaya memukul sehingga mencederakan sdr Kalam? Inilah bukti bahawa kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PMIUM, GAMIS dan SMM omongan kosong semata-mata. Jika memetik gambar pun dibelasah, maka apa yang akan terjadi jika kita serahkan kampus, dan lebih besar lagi negara kita kepada golongan seperti ini. Negara kita akan menjadi huru hara dan hukum rimba bakal menjadi undang-undang Malaysia.

Akhir kalam, saya ingin menasihatkan kepada pihak laman web mahasiswa pembangkang, jika anda ingin hilang kredibiliti anda, teruskanlah menyiarkan kenyataan Syamsul Azura berkenaan hal ini. Jangan biarkan kebodohan seseorang menjejaskan perjuangan anda di jangka masa yang panjang. Jika tidak pandai menyembunyikan jejak, maka janganlah disabitkan orang lain akan kesalahan kita.Salah langkah laman web tersebut pula dikatakan menghasut untuk bersama dalam demonstrasi haram yang mengakibatkan saudara Kalam dipukul. Biarlah dia dengan blognya sahaja yang tenggelam mempertahankan egonya yang karam itu.

Buat pengakhiran, Selamat Awal Muharam dan Selamat Tahun Baru China!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: