Betulkah JIK/PMI Hendak Boikot Pilihan Raya Kampus Akan Datang ?

Menelusuri pemikiran dan strategi aparat-aparat PAS di kampus-kampus sebenarnya bukan suatu perkara yang sukar. Jikalau seseorang itu telah bergelumang dengan politik kampus untuk 3 tahun berturut-turut, pola dan rentak tari pemain-pemain JIK/PMI boleh diduga dengan pantas sekali.

Setiap gerakan mahasiswa ataupun jamaah sebenarnya seperti seni mempertahankan diri. Dalam cerita silat ataupun kungfu,jikalau lawan memahami dan dapat menduga gerakan lawan,maka ia adalah penghujung nyawa bagi yang dilawan.Maka, bagi sesiapa yang ingin menguasai rentak tari politik kampus apatah lagi yang didasari atas dasar ideologi dan/ataupun jamaah,pembacaan bunga dan seni tari lawan amatlah penting dalam memenangi pertarungan di alam tersebut.

JIK/PMI mempunyai rentak dan bunganya yang tersendiri. Jurusnya paling tinggi adalah hikmat pengikis sarafnya dalam politik kampus. Tetapi, roh yang digunakan untuk menguatkan segala pukulan dan mengasbabkan kekebalannya adalah pemujaannya terhadap PAS dan pimpinannya. Dan untuk mendapatkan bantuan berterusan ini,mahasiswa dikorbankan melalui upacara bai’ah. Syahdan mahasiswa terus dijadikan tenaga kerahan semasa pilihanraya kecil mahupun umum untuk santapan roh agung tersebut.

Maka,diserulah segala hamba jamaah PMI/JIK seantero kampus untuk memboikot pilihanraya kampus. Tentulah ironi sekali. Adakah ini lawak sitcom terbaru waris-waris Raja Lawak Parti Mahasiswa Negara (PMN) [yang mana hilang langsung selepas pilihanraya umum yang lepas?]. Sanggupkah mahasiswa yang berbai’ah dengan PAS ini memboikot pilihanraya kampus?

Penulis tidak yakin mereka berani memboikot pilihanraya kampus dan penulis mencabar mereka untuk melakukannya.Oleh itu, penulis mengingatkan kepada mereka agar jangan berkata sesuatu perkara yang mereka tidak (akan?) lakukan.Dan  ini termasuklah memboikot pilihanraya kampus.

Aparat-aparat PAS ini membuat seribu satu alasan untuk memboikot pilihanraya kampus tetapi itu hanyalah sekadar omongan sahaja. Ini adalah untuk memastikan bahawa pihak lawan tidak bersedia, padahal mereka sejak dari Minggu Haluansiswa lagi sudah mula berkempen dan menyiapkan Operasi Gerak Gempur mereka untuk propaganda mereka.

Matlamat mereka dalam menggembar-gemburkan pemboikotan itu(yang tidak akan mereka lakukan) untuk menarik perhatian mahasiswa supaya bersimpati dengan mereka. Mereka cuba menanamkan perasaan benci kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga pihak Universiti supaya sokongan mahasiswa beralih kepada mereka.

JIK/PMI mahu agar mahasiswa yang terpengaruh,akan turun mengundi dengan marah serta akan mengundi calon-calon mereka yang termakan dengan taktik dan tipu-muslihat mereka. Mereka menjangka mahasiswa akan marah dengan hasutan bahawa mahasiswa sedang ditindas dan penindasan itu adalah dirancang secara teliti oleh pihak KPT.

Hairan sekali,KPT yang mempunyai banyak perkara untuk difikirkan seperti perancangan belanjawan Universiti-universiti, perlantikan pensyarah-pensyarah berwibawa, peruntukan geran-geran penyelidikan bertaraf dunia,peningkatan penarafan IPT tempatan serta pengkomersialan produk-produk boleh mempunyai masa untuk merancang menindas mahasiswa.Mahasiswa pembangkang tentu suka berkhayal ataupun takut dengan bayang-bayang yang tidak wujud. Tidak hairanlah jika Mastika terus diminati ramai termasuklah mahasiswa pembangkang.

Mahasiswa PAS menjangka keputusan pilihanraya umum bakal mempengaruhi pilihanraya kampus.Mereka hendak membuat  taktik”reverse psychology”kepada mahasiswa. Ini samalah taktik yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng (yang sering dikaitkan oleh mahasiswa PAS dengan Umar Abd Aziz,jikalau beliau mengetahui perkara ini,tentulah beliau sendiri akan menangis).

Lim pernah mengingatkan pengundi PRU yang lepas supaya kalau hendak mengundi BN pun,janganlah bagi BN menyapu semua kerusi. Natijahnya, Pulau Pinang berketua menterikan DAP dan PAS dengan tidak malunya meminta sedekah (yang ditolak buta-buta) sebagai Menteri Nikah Kahwin negeri.

Semua taktik ini adalah biasa bagi JIK/PMI. Meraih simpati adalah norma bagi PMI/JIK. Maka, penulis mencabar PMI/JIK agar benar-benar memboikot pilihanraya kampus akan datang di kampus-kampus yang belum diadakan lagi.Kita akan melihat samada mereka akan tergolong menjadi puak-puak yang bercakap apa yang mereka buat ataupun sebaliknya.

Rujukan:Boikot pilihan raya kampus akan datang, Ahmad Albab At Tabani,Harakahdaily, 4 November 2008

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: