DAP Punca Dato’ Rafiah Tidak Disambung Kontrak?

Kebelakangan ini kita dapat perhatikan isu perlantikan ataupun lebih tepat penamatan kontrak bonda Dato’ Rafiah Salim sedang di api-apikan oleh sesetengah pihak. Mereka ini cuba menghasut dan mengadu-dombakan Dato’ Rafiah agar bertindak mengeluarkan kenyataan yang berbau anti KPT.

Oleh itu, penulis menasihatkan agar mahasiswa Universiti Malaya tidak turut sama menari di atas lantai yang kurang rata itu.Kita harus melihat sesuatu perkara tersebut dari sudut yang lebih besar dari ruang lingkup dunia mahasiswa semata-mata. Ada yang mengatakan bahawa AUKU adalah punca jatuhnya penarafan Universiti Malaya.Tetapi, harus diingat jikalau ‘undang-undang cekik darah’ AUKU itu puncanya, kenapakah 3 buah universiti (Peking University, Tsing Hua University, dan Chinese University Hong Kong) di China berada dalam 50 buah universiti terbaik dalam penarafan THES.

Semua maklum bahawa pemerintah Beijing bukanlah sebaik kerajaan Malaysia. Peristiwa Medan Tiananmen 1989 merupakan saksi kepada sikap pemerintah China terhadap mahasiswa yang melawan rejim komunis tersebut.Berapa ramai mahasiswa yang mati digilis kereta kebal tentera komunis China.Oleh itu, berdasarkan faktor tersebut, jika ada yang cuba mengaitkan AUKU dengan kelembapan Universiti terutamanya dari segi penarafan, kenyataan tersebut tidak berasas langsung.

Hakikatnya, kejatuhan Universiti Malaya disumbangkan oleh faktor-faktor seperti berubahnya tiang gol oleh pihak penilai THES,kurangnya pakar-pakar dari UM yang dikenali di peringkat antarabangsa di kalangan “peer”,”citation” kerja-kerja yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik UM, jumlah pensyarah yang mempunyai phD dan juga jumlah pelajar antarabangsa di UM.Kesemua ini tidak berkait dengan politik mahasiswa.Tiada indeks mahasiswa boleh berpolitik dalam penarafan THES.Oleh itu, sangkaan-sangkaan dan tuduhan dangkal pemimpin mahasiswa pembangkang seharusnya ditolak jikalau punca kejatuhan UM dikaitkan dengan kebebasan bersuara mahasiswa pembangkang.

DATUK RAFIAH SALIM

Dato’ Rafiah Salim tidak disambung kontrak hasil dari usaha pembangkang yang mengaitkan kemeruduman UM dengan dirinya yang tidak mempunyai phD.Sekarang,mereka pakat-pakat cuci tangan selepas insiden ini. 

Oleh kerana penarafanTHES,UM selalu menjadi sasaran di Parlimen,khususnya dari parti pembangkang. Kita seharusnya melihat faktor-faktor yang menyumbang rentetan peristiwa penamatan kontrak bonda Rafiah.Selepas kegagalan UM mendapat tempat sebagai “top 200” dunia perkara ini telah menjemput ulasan ahli Parlimen DAP:

“Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD,”

“Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini,”

Lim Lip Eng (DAP-Segambut)

Ucapan ini dikeluarkan oleh Lim kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu. Perkara ini dilaporkan oleh Intan Abdullah dalam artikel bertajuk:UM merudum kerana Naib Canselor tiada PhD?(Nota:Oleh itu, Intan Abdullah juga ber”dosa” kerana mewarwarkan perkara ini sehingga sampai ke laman web mahasiswa pembangkang dan tatapan umum pembaca Harakah).

Penulis merasa sedih kerana pemimpin mahasiswa pembangkang yang lantang bersuara tidak mengkritik ucapan oleh Lim dan tidak pula beria-ia mempertahankan Bonda Rafiah yang dihina oleh ahli Parlimen Segambut semasa kenyataan ini masih lagi segar.Tetapi, apabila KPT bertindak berdasarkan tekanan pihak pembangkang terutamanya DAP, barulah keluar ‘air mata buaya’ pemimpin mahasiswa pembangkang menyokong Bonda Rafiah.

Tidakkah ini satu hipokrasi pemimpin mahasiswa pembangkang namakan sahaja PMIUM dan pembangkang MPPUM bertopengkan Pro-M?

Jikalau Bonda Rafiah disambung kontrak nescaya pihak mahasiswa pembangkang ini akan mengkritik KPT kerana masih mengekalkan Bonda Rafiah yang tidak berjaya walaupun berusaha keras dan gigih untuk menaikkan kedudukan UM kembali ke tangga 200 Universiti terbaik dunia.

Mereka akan menyebarkan fitnah bahawa cengkaman isteri seorang ahli kabinet masih berpengaruh dalam menentukan siapa NC universiti-universiti Malaysia sebagaimana tuduhan palsu lagi tidak bertanggungjawab Norazali Zainuddin, Exco PMIUM merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional terhadap Profesor Dato’ Ghauth Jasmon, NC baru UM, sebagai kroni Dato’ Khaled dan Dato’ Idris kerana berasal dari satu negeri.

Oleh itu, penulis menyeru kepada mahasiswa dan juga Bonda Rafiah supaya tidak terpedaya dengan dakyah palsu mahasiswa pembangkang yang terkenal dengan taktik kotor dan adu-domba mereka semata-mata untuk memburukkan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: