Dato’Zahar,U Dah Ready Berjuang Dalam PAS?

Dato’ Zahar Hashim, adakah anda telah buat homework sebelum anda masuk PAS?

Dato’ Zahar, adakah anda masuk PAS kerana ALlah ataupun kerana marah?Jika anda masuk kerana marah,nilai anda sebenarnya adalah parah.Nilai anda di sisi Harakah Islamiyyah sama saja dengan apa yang masuk ke dalam perut dan keluar dari perut.

Dato’ Zahar kata “Niat saya adalah untuk membantu parti (PAS) dan orang-orang Melayu, khususnya di Petaling Jaya Selatan,” katanya.

Bila masa PAS nak tolong orang Melayu,Dato’ Zahar?PAS tidak minat tolong orang Melayu.PAS kata nak Ketuanan Rakyat dalam Pakatan Rakyat.Ketuanan Rakyat bukan untuk tolong orang Melayu.Jadi,apahal Dato’ Zahar masuk PAS?

Dato’ Zahar berkata lagi,”PAS dan Umno adalah sama tetapi PAS lebih baik dari Umno.”

PAS lebih baik kerana apa?Hudud?Baru digertak DAP,Husam sudah gagap.

PAS lebih baik kerana bela Islam?Siti Fatimah murtad di Pulau Pinang,PAS Pulau Pinang bela peguam Siti Fatimah Tan yang bangga orang murtad dengan saluran mahkamah Syariah.Berapa ramai orang murtad tak kisah,asal ikut mahkamah syariah.Bertambah rezeki peguam syarie lah ya?

PAS lebih baik kerana hendak tutup premis benda haram?Arak,pusat urut dan kandang babi tak tutup-tutup di 5 negeri terbaik ikut indeks penarafan Mat Sabu.Skala apa yang dia pakai kita pun tak tau.

PAS terbuka kepada kritikan?Tengok dulu apa komen orang PAS Tranungkite,”kita ikut kepada keputusan pimpinan” macam takda akal sendiri.

Pernah dengar perkataan hisbah Dato’ Zahar?Itu mahkamah tentera PAS.Dalam PAS,tak puas hati,cantas.Lihat nasib Saari Sungib dan Khalid Samad yang terbaru.Ada bawa berunding?Ramai yang dah kena,jatuh hukuman tak panggil bicara. Itulah “keterbukaan” PAS.

PAS lebih baik kerana persaudaraan Islam?

Tunggu dulu.

Kalau duduk sama-sama geng ulama’,terasa nanti Dato’ Zahar menyesal tak masuk sekolah pondok dan bersyahadah dari Azhar semasa kecik.Kurang-kurang pun ada jugaklah degree Akademi Pengajian Islam,dari Universiti Malaya,itu paling busuk.Takut terasa tersilap ambil jurusan pulak.Kalau dulu-dulu dah ada 4 thanawi ataupun shahadah Azhar,boleh jadi pimpinan.Sebab geng ni,hanya iktiraf kepimpinan ulama’.Dato’ Zahar nak jadi tukang pungut derma kilat,boleh sangat dengan geng-geng ini lepas takda apa yang Dato’ boleh sedekahkan dekat diorang,bila Dato’ dah senasib dengan Sadiq Segaraga.Sangat layak.

Kalau duduk dengan geng profesional,Dato’ Zahar masa muda dulu ada degree Engineering ataupun lekeh-lekeh pun Ekonomi dari UK?Pernah masuk IRC?Bukan roomchat tau, Dato’ Zahar! Takpun Majlis Syura Muslimuun..MSM.Tak pernah?Kurang-kurang lagi, biasa masuk JIM kat Malaysia?Dah bai’ah dengan Amir,zaman bila?Abu Urwah?Abu Iman?(Jangan hang bantai Abu Lahab sudahlah, Dato’!)Tak pernah jugak?

Kesian,geng ni tengah panas dengan kes Erdogan,Dato’ Zahar kena pantau pasal masih berbau UMNO.So,Dato’ Zahar,jangan frust kalau geng ni dibawak berkawan,tiba-tiba hilang,sebab diorang pergi usrah ataupun Kuliah Ilmu rahsia geng-geng diorang, tak panggil Dato’ sekali.Jangan kecil hati kalau kena pinggir sebab Dato’ tak pernah bai’ah sama amir diorang.Nak ikut usrah diorang sekarang? Dato’ kalau buat 26 tahun dulu mungkin sempat…sekarang dah terlambat (baca macam Anakku Sazali).

Last-last duduk dengan Hassan Ali dan kawan-kawan macam Roslan SMS.Tulang besi (orang IRC) pukul habis-habis kumpulan ni sebab geng ni dulu biasa duduk dalam tong UMNO.Bolehlah Dato’ duduk dalam kumpulan ni sebab geng ni yang sambut Dato’ masuk PAS, macam Kristian terima hadiah Krismas.

Tapi, kalau silap gaya, Dato’ boleh jadi tak ke mana-mana jika grup ini terpelangkung.Jadilah macam Zaharuddin Abdul Rahman bekas SU (tak pasti SU apa,akhbar, politik,pembancuh kopi?) Hassan Ali,time Hasan Ali merudum,Zaharuddin pun lari kerja bank.Dato’ Zahar nak ikut macam Zaharuddin kot (sekarang kat Lampeter,buat phD disedekahkan oleh kerajaan BN yang dia lawan,biasiswa UIA)?

Selamat Tinggal! Selamat Menjadi Sepah selepas Habis Madu Dato’ Kena Hisap.

Jadi, Dato’ Zahar?Dah ready berjuang dalam PAS?

 

Jangan bilang MZ tak cakap…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: