FAKTA:Antara Agenda Negeri atau Peribadi Dato’ Seri Nizar

Kerajaan Negeri Perak telah mengisytiharkan bahawa suatu unit penerangan khas telah dibentuk untuk menangani propaganda BN.Begitulah seperti yang dinyatakan oleh Harakahdaily hari ini. Nampaknya,Menteri Besar Perak lebih mementingkan soal-soal propaganda dan dakyah daripada kerja sebenar iaitu membangunkan negeri Perak.

Pengumuman itu dilakukan semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) semalam.Usaha pertama ini dimulakan dengan penerbitan Edisi Khas FAKTA.Sebanyak 30,000 cetakan akan diberikan secara percuma kepada rakyat negeri Perak menurutnya lagi.

Satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah berkenaan dengan sumber kewangan Kerajaan Negeri untuk  menampung kos percetakan FAKTA.FAKTA diterbitkan hanyalah semata-mata untuk agenda politik Dato’ Seri Nizar yang dibongkar oleh media masa.Akibat kepanasan,satu mekanisme untuk memuaskan hati sendiri telah diambil tetapi dengan menggunakan peruntukan dari wang rakyat dan peruntukan Kerajaan Pusat.

Tidakkah malu kepala Negeri Perak tersebut tatkala ada yang berazam untuk meniru Khalifah Bani Umaiyyah,Umar Abd Aziz, yakni tidak mencampurkan soal peribadi dengan wang rakyat,ada pula yang tidak segan silu dan hilang pertimbangan menggunakan dana tersebut untuk satu perkara yang tidak perlu.

Difahamkan buletin Citra Perak akan terus dicetak dan diedarkan secara percuma seperti biasa.Tidakkah molek,agar dimuatkan sahaja tindakbalas Dato’ Seri Nizar dalam buletin yang sama.

Jangan nanti ada pula yang ingin mengaut kesempatan pula untuk mendapatkan projek peribadi terbaru Dato’ Seri Nizar apatah lagi jikalau ianya kerap dicetak lebih dari Citra Perak sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: