Hassan Ali Isytihar Perang Ke Atas JIM Dalam PAS?

Angin tiada,ribut tiada,tiba-tiba sahaja Dato’ Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor memecat dua nama besar dalam Gerakan Islam Malaysia, Khalid Samad(Pengasas Suara Islam UK) dan Saari Sungib(Abu Urwah yang banyak menulis dan menterjemah buku-buku haraki serta pernah menjadi Amir IRC) dari Badan Perhubungan PAS Selangor.Tindakan Hassan Ali seperti dalam kitab perang Sun Tzu, mencantas tanpa ada pokok bergoyang.

Inilah sebenarnya hakikat di dalam PAS.Soal pecat-memecat sangat garang berlaku terutamanya di antara faksi-faksi yang berlainan.Tahun 2009 bukannya terlalu lama untuk ditunggu, tetapi nampaknya Hassan Ali seperti sudah kepanasan berhadapan dengan dua nama ini. Kita tidak tahu bagaimanakah jikalau mereka memerintah negara nanti. UMNO hendak memecat orang pun berfikir seribu kali,dan jika dipecat pun tentulah salahnya besar bukannya sekadar mengkritik pimpinan.Politik sebegini adalah politik Sivaji the Boss,bukannya politik Melayu.

Penulis melihat berita ini dari pelbagai aspek.Pemecatan ini tentunya mengundang dan menjemput kemarahan besar golongan JIM dalam PAS.Penulis mendengar di dalam PAS sendiri ada jamaah dalam jamaah.Tokoh-tokoh yang dikatakan dihantar masuk ke dalam PAS oleh golongan IRC ini seperti Dr Hatta Ramli, Dr Mariah Mahmud,Mujahid Yusof Rawa,Dr Hatta Ramli,Saari Sungib sendiri dan juga Dr Lo’Lo’ Ghazali.Ini tidak menjadi rahsia lagi kerana salah satu komen pembaca dalam Tranungkite mengesahkan tulisan penulis.

Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya tentulah menjadi rebutan.Maka, kes pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib mengesahkan bahawa Hassan Ali tidak mahu PAS ditekan oleh proksi JIM dalam PAS ataupun PKR dalam menentukan hala tuju PAS Selangor.Reaksi ini ditunjukkan oleh pelbagai individu dalam PAS serta media-media utama. Namun, untuk kepentingan Melayu dan Islam, Hassan Ali lebih wajar berada di jawatan tersebut berbanding dengan nama-nama yang dipecat kerana lebih konsisten dalam mempertahankan hak Melayu sebagai perbandingan.Bagi yang lain, mereka lebih berminat dengan kuasa atas nama mengukuhkan Pakatan Rakyat dan melupakan serta meremeh-remehkan agenda Islam dan Melayu.

Namun, kes pemecatan ini senyap diperkatakan oleh media-media PAS.Mereka lebih galak menceritakan “pergolakan” UMNO dari menjaga kain sendiri. Berita pemecatan ini mengecewakan penyokong PAS yang mahukan sumber bebas “fasiq dan munafiq” kerana hanya Utusan Malaysia dan Malaysiakini yang melaporkan berita ini.

Sumber Harakahdaily pula mengelirukan kerana menyebutkan Iskandar Abdul Samad,Adun Cempaka sebagai Timbalan YDP II padahal dia adalah Timbalan YDP III mengikut laman web Badan Perhubungan PAS Selangor.Jika ini disengajakan maka Harakah sengaja berbohong kerana berita tersebut seolah-olah menggambarkan Timbalan YDP II redha dan cuba mengelakkan penyokongnya tidak berpecah.Oleh itu, penyokong PAS yang bijak akan melihat penipuan yang cuba dilakukan oleh lidah organ parti tersebut semasa isu itu masih hangat diperbincangkan semalam.

Pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib menunjukkan bahawa PAS Selangor mempunyai dilema.Walaupun hari ini, Khalid diberitakan bersetuju dengan pemecatannnya, namun jika diterjemahkan kenyataannya, ternyata ia lebih berbentuk sindiran:

“Ia adalah soal memberikan Dato’Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat,”

Ini bermakna Khalid Samad dan juak-juaknya akan melihat bagaimana Hassan Ali bersendirian berhadapan dengan sekutu mereka dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa dibantu oleh penyokong-penyokong PAS dari latarbelakang tanzim JIM.Ini akan melemahkan lagi kekuatan jentera PAS di Selangor.

Buat masa ini, penulis yakin bahawa aparat-aparat JIM di dalam PAS Selangor tidak akan berdiam diri.Kita akan melihat pelbagai kelemahan Hassan Ali bakal didedahkan terutamanya di Tranungkite dan blog-blog kepunyaanahli-ahli  JIM dalam PAS.Inilah masanya kita akan melihat kembali kata-kata Khalid Samad bagaimana Hassan Ali bakal membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: