Husam Terperangkap Dek Hudud?

Husam Musa pening kepala.Erdogan PAS sepanjang ini dipandang tidak komited dengan Hudud.Namun, dalam wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam,Kota Bharu, pada Ahad yang lepas, Husam Musa terperangkap.Husam terpaksa akur bahawa Hudud mesti dikempenkan jika mahu terus mendapat sokongan pengundi Islam dan penyokong PAS yang tegar.

husam1


Erdogan PAS selama ini lebih bersemboyankan “PAS for All”.Oleh itu,ini adalah tepat dengan ‘intro’ blog penulis,kemenangan PAS bukanlah disebabkan oleh kefahaman rakyat untuk mendaulatkan Islam tetapi lebih kerana faktor perut semata-mata.Maka, PAS dilihat tidak lagi beriltizam dengan Islam tetapi lebih kepada Anwar dan juga undi bukan Islam termasuklah puak-puak Hindraf.

Mereka hanya bertawakal kepada Anwar dan tidak lagi yakin kepada Allah sebagaimana yang diwarwarkan di dalam usrah dan tamrin.Sekarang ini, lebih malang lagi, apabila Husam bergantung kepada DAP dan PKR untuk menentukan bilakah perlaksanaan Hudud.Satu perkara yang memalukan bagi Husam khususnya dan PAS amnya.

Husam menjangka bahawa isu ini boleh digunakan untuk membantu PAS di pilihanraya di Kuala Terengganu.Tetapi, isu ini lebih membahayakan Pakatan Rakyat dan seterusnya kedudukan golongan Erdogan di dalam PAS.Hukum Hudud disifatkan oleh Lim Kit Siang sebagai bukan dasar Pakatan Rakyat‘.

Golongan Erdogan dalam PAS adalah pendokong setia kepada Pakatan Rakyat.Merekalah yang paling marah apabila golongan ulama’ dan anti-Erdogan mula berbincang dengan UMNO untuk maslahah ummah yang lebih besar.Golongan Erdogan lebih mengutamakan Pakatan Rakyat apabila berhadapan dengan kepentingan umat Islam dan Melayu. Sebarang usaha dari ‘musuh’ mereka di dalam PAS untuk menjaga kepentingan umat diwarnakan sebagai perkauman sempit dan kolot oleh media-media dan blog-blog yang dipunyai Erdogan.

Malahan,Lim Guan Eng dalam hal ini tidak merujuk kepada Presiden PAS, tetapi kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan tentang Hukum Hudud ini.Husam pula nampaknya lebih takut kepada PKR dan DAP berbanding dengan Presiden PAS. Hanya Presiden PAS sahaja yang terhegeh-hegeh mahu merujuk kepada Husam sedangkan Husam tidak pula ingin merujuk kepada kepimpinan PAS terhadap tindakannya yang ingin merujuk kepada PKR dan DAP untuk perlaksanaan Hudud dan sanggup pula melambat-lambatkan implementasi Hudud selagi kedua-dua parti itu tidak redha kepada Hukum Allah.

Jika PAS benar-benar ingin melaksanakan Hudud, maka PAS perlu membersihkan dulu kumpulan Erdogan PAS dari tubuh parti tersebut.Mereka hanyalah parasit yang menumpang kepada PAS jika PAS kuat dan akan lari selepas ini jika PAS kecundang.

Adakah ‘Grand Design’ mereka lebih dari 20 tahun dahulu untuk menguasai PAS akan berjaya selepas ini walaupun Hudud terpaksa digadaikan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: