Jangan Jadikan Kedah Jelapang Babi!

Penulis suka mengingatkan Kerajaan Negeri Kedah dengan Firman Allah dari surah Al-Maidah,ayat 3:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sebenarnya, ayat ini amat bersesuaian dengan fenomena yang berlaku di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.Penulis sengaja mengambil ayat ini secara penuh kerana ia melibatkan amaran daripada Allah agar kita tidak perlu terpengaruh ataupun takut dengan sekutu kita hanyalah kerana mahu mendapat sedikit undi yang murah.

jatanegerikedah

Kerajaan PAS Kedah tidak seharusnya menjadikan Negeri Kedah Negeri Jelapang Padi sebagai sebuah Jelapang Babi pula untuk kepentingan duniawi yang sedikit!

Dilaporkan di dalam Utusan Malaysia hari ini bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pembukaan ladang penternakan babi di kawasan lain setelah Jabatan Veterinar tidak membenarkan perkara itu dilakukan di Bukit Selambau,Kedah. Blog Angin Perubahan menyebutkan bahawa ini melibatkan 162 hektar tanah bagi menampung 46,000 ekor babi bagi satu-satu masa.Dalam laporan Utusan Malaysia  juga, Menteri Besar PAS Kedah tersebut turut berkata:

“atas sebab teknikal itu, kemungkinan tapak lain yang lebih sesuai dan tidak menjejaskan keselesaan semua pihak akan dicari. Kita kena lihat sama ada pembukaan ladang penternakan babi ada bantahan atau tidak daripada orang ramai, sebab itu kena cari kawasan sesuai jauh dari penduduk.”

Oleh itu, sukalah penulis mengingatkan kepada Datuk Seri bahawa sebelum ini,jamaah Datuk Seri mengaitkan orang yang memberi lesen,menghidang atau menyediakan makanan yang haram itu samalah seperti orang yang memakan ataupun meminum perkara yang dilarang Allah. Namun,sekarang ini pendirian PAS setelah memiliki kuasa sudah berlainan.Sepatutnya, Datuk Seri tidak menawarkan mana-mana tapak di Bumi Jelapang Padi ini sebagai kawasan penternakan babi.

Sepatutnya Datuk Seri wajib lebih gentar kepada Allah sebagaimana dalam ayat 3,surah Al Maidah tadi dalam mengharamkan perbuatan memakan babi tersebut daripada gentar ataupun cuba mencari keredhaan dari sekutu partai Datuk Seri.Mereka ini sebelum ini telah berputus asa dalam menyesatkan parti Datuk Seri,namun, apabila parti Datuk Seri membuang penubuhan Negara Islam sebagai matlamat utama dan dengan izin Allah, parti Datuk Seri memenangi banyak kerusi dan menambah lebih banyak negeri dalam kekuasaan,parti Datuk Seri seolah-olah tidak yakin akan peringatan Allah pula.

Datuk Seri harus ingat bahawa rakyat negeri Datuk Seri belum sampai ke tahap lapar sehingga memaksa mereka memakan makanan yang haram tersebut. Ingatlah Datuk Seri, bahawa Kedah adalah negeri Jelapang Padi dan penulis yakin rakyat Kedah tidak sudi negeri tanah tumpah darah mereka ini menjadi negeri Jelapang Babi untuk menampung keperluan sesetengah pihak yang selama ini tidak redha dengan ugama Datuk Seri tersebut.

Buat masa ini, penulis menunggu apakah tindakan daripada Faisal Mustafa dan kuncu-kuncu anak negeri PAS Kedahnya,apakah kalian akan bersetongkol dengan perbuatan Kerajaan Negeri yang jelas bertentangan dengan hukum pengharaman babi ini?
Ataupun mereka akan kembali menyanyikan lagu sumbang yang lama,orang lain pun membuka ladang lagi besar untuk menyembunyikan perbuatan parti mereka ini! 
Kita tunggu dan lihat kisah selanjutnya!
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: