Ketuanan Melayu:Malay Supremacy atau Malay Ownership?

Konsep Ketuanan Melayu buat masa kini telah disalahtafsirkan.Di dalam media berbahasa Inggeris malahan ke Wikipedia, Ketuanan Melayu secara tidak bertanggungjawab diterjemahkan sebagai Malay Supremacy.Jika diterjemahkan semula ke Bahasa Melayu bagi yang pertama kali mendengarnya tentulah ia bermaksud Keunggulan ataupun Ketinggian Melayu,ataupun “Malay Superiority”.

Bagi orang Melayu, Ketuanan Melayu tidak bermaksud demikian.Ketuanan Melayu bermaksud pengiktirafan orang Melayu sebagai penduduk dan pemilik asal Tanah Melayu. Itulah yang dimaksudkan sebagai “Tuan” iaitu Tuan kepada Tanah Melayu ini bukannya kaum lain menjadi hamba.

Sejarah telah membuktikannya.British sendiri berulangkali mengiktiraf perkara ini apabila memulangkan semula negara ini kepada Raja-raja melayu di bawah Persekutuan Tanah Melayu selepas Malayan Union ditolak.

Pesuruhjaya Tinggi Bristish,Sir Hugh Clifford berulangkali mengingatkan pegawai-pegawai British bahawa “negeri ini adalah negeri Melayu dan kita dijemput oleh Raja-raja Melayu”.Ketuanan Melayu ataupun pengiktirafan bahawa negara ini adalah dimiliki asalnya oleh orang Melayu tidak pernah ditolak oleh British.

Di dalam dunia yang global ini, sesetengah pihak menolak konsep bantuan ataupun melebihkan sesuatu kaum supaya boleh bersaing dengan kaum yang lain atas nama meritokrasi. Tetapi, hakikatnya di negara maju yang mempunyai penduduk asalnya contohnya Australia dan New Zealand,konsep ketuanan penduduk Aslinya telah diiktiraf oleh kerajaan negara-negara tersebut.

Mengambil contoh Australia,pada Februari tahun ini, Perdana Menterinya Kevin Rudd telah mengambil dasar untuk merapatkan jurang pendidikan,taraf kesihatan, dan taraf hidup penduduk asli Australia.Polisi Pendidikan Penduduk Asli dan Pulau Torres Kebangsaan dirangka untuk menaiktaraf pendidikan orang Asli, penyertaan orang Asli dalam Pendidikan, dan membuat keputusan dalam pendidikan.Ini tidak ubah seperti sebahagian dalam polisi Dasar Ekonomi Baru dalam hal pendidikan.

Selain dari itu, penubuhan badan-badan seperti ANTaR (Australians for Native Title and Reconciliation) diwujudkan untuk menyedarkan rakyat Australia secara perundangan dan kesedaran tentang “Ketuanan” Penduduk Asli Australia terhadap bumi Australia.Ini tidak termasuk lagi tentang pengiktirafan Bendera Orang Asli Australiayang dikibarkan di serata Australia termasuklah majlis perbandaran.

Oleh itu, konsep mengiktiraf “Ketuanan” bangsa asal sesebuah negara telah rancak berlaku.Dan penulis merasa hairan,ada pihak di dalam negara kita yang berpatah balik ke belakang.Apakah munasabah seorang “Tuan” hanya meminta 30% daripada kek ekonomi negara? Dan adakah munasabah juga bangsa “Tuan” masih mempunyai 301,000 isi rumah berpendapatan kurang dari RM1000?

Justeru,pengiktirafan orang Melayu sebagai “Tuan” kepada Tanah Melayu sepatutnya tidak dipertikaikan kerana bangsa yang dipandang tamadunnya lebih tinggi dan mulia oleh sebahagian dari pihak itu telah mengiktiraf “Tuan” asal bumi yang mereka tumpang selama ini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: