Mahasiswa PAS Menghadapi Pilihanraya Kampus!

Komen terakhir penulis tentang dunia politik mahasiswa yang terakhir adalah tentang walimah si penjaga agama bulan November yang lepas.Cuti semester ditambah lagi dengan keadaan politik nasional yang lebih menarik, menjemput penulis untuk lebih aktif menerjah gawang pembangkang di peringkat tersebut dari meneropong ke dunia mahasiswa.

Hakikatnya,kemunculan penulis adalah untuk membantu mahasiswa anti-PAS tidak kiralah yang bergelar Penggerak Mahasiswa ataupun Aspirasi.Nama itu tidak penting kerana sewaktu pemerintahan Jamaah Islam Kampus dari pertengahan dekad 90-an (1996) sehinggalah tumbangnya mereka pada tahun 2004,Aspirasi adalah semboyan mereka.

Tanyalah mahasiswa dan kakitangan Universiti Malaya di zaman itu, siapa yang tidak pernah mendengar slogan,”Teguh Mendokong Aspirasi Mahasiswa” laungan NADi yakni aparat Jamaah Islam Kampus/PMIUM.Tetapi, sekarang,merekalah yang paling jijik mendengar perkataan Aspirasi.Sedih orang-orang seperti Zainul Azizi Mat Zain ataupun Anwar Ridwan Zakaria(mungkin pura-pura tidak sedih) apabila kata-kata keramat zaman mereka itu diludah dan dikencing oleh ahli jamaah muta’akhirin ini.

Begitu juga apabila terjadi di UPSI,ada yang mempertikaikan perlantikan Presiden MPPnya kerana menang tanpa bertanding dan dipilih dari kerusi Fakulti.Sejarah membuktikan juga bahawa di Universiti Malaya,saudara Wan Jemizan Wan Deraman pada pilihanraya kampus UM tahun 1997 juga dipilih dari Akademi Pengajian Islam.

Sedangkan sepatutnya, pemenang kerusi umum yang patut dipilih mengikut dalil puak-puak PAS di UPSI.Jikalau tidak percaya,tanyalah naqib-naqib anda dari kalangan ex-UM di sana.Tidak hairan juga,kenapa di zaman tahalluf siyasi,bolehlah pula mereka menerima Borhan Che Daud sebagai Presiden padahal tiada pertandingan berlaku. Ini tidak adil, hanya kerana beberapa peratusan politikus mahasiswa yang tidak mahu bertanding, maka sesama mereka memfaraidkan jawatan-jawatan MPM sesama mereka.Satu untuk engkau,satu untuk aku,eh eh untuk engkau,eh eh pun untuk aku pada zaman itu.

Oleh itu, semua rengekan mahasiswa PAS ini tidak perlu dilayan.Jikalau mereka,  yakni Jamaah PAS Kampus yang membuat keputusan,diletakkan kepala babi Bukit Selambau sebagai Presiden pun,puak-puak PAS Kampus ini akan menyeranahkan segala puji-pujian kepada keputusan Majlis Syura Mas’ul mereka.Maka pihak yang menamakan diri mereka sebagai Pro-Kualiti yang anti-PAS di UPSi tidak perlu berasa bersalah di atas henjutan keji pihak PAS Kampus di UPSI atau nama lainnya Pro-Kebajikan.

Jika begitulah keadaannya,begitulah juga dengan Kongres Pro-Mahasiswa Nasional Sabtu lepas di Glenmarie,Ampang.Mungkin tindakan mereka menjemput Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan hendak menggambarkan Pro Mahasiswa bukanlah alat PAS seperti yang diigaukan dari tahun 2004.

Tetapi, inilah dilema Ahli Jamaah Islam Kampus.Semakin lama, semakin ceroi kePASannya.Hanya bersumberkan bai’ah dan tamrin-tamrin wajib sahaja mengikat fikrah yang makin celaru.Mereka tidak lagi hairan dengan hudud.Jika dahulu, barangkali,Presiden PMI akan meminta semua memahami syariat dan tidak mempolitikkan hukum agama.Tetapi, sekarang, mereka tidak lagi peduli.

Adakah mereka pernah berfikir jikalaulah kuasa autonomi AUKU juga termasuklah perlaksanaan Hudud di kampus, adakah JIK seantero Malaysia meluru ke arah perlaksanaannya?Ataupun baru dijeling DEMA sudah terbirit-birit lari?Lebih malang sekali,belum apa-apa lagi,puak JIK ini berkata Hudud bukan matlamat sebaliknya ke arah pembinaan mahasiswa yang adil dan bersih dari campurtangan HEP?

Persoalan yang bunyinya kartun ini harus dinilai semula kerana di situlah titik soal perjuangan JIK yang sebenarnya iaitu hendak mendaulatkan Islam.Jikalau termimpi pun tidak persoalan yang berbunyi kira-kira ini, jauh sangatlah kualiti ahli yang ada pada hari ini dengan zaman Muhamad Hussin dan tidak hairanlah jikalau kali ini, PRK fi kulli makan yang bakal menjelang ini merupakan titik kekalahan kepada PAS Kampus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: